Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Thursday, December 22, 2011

Sweetnya Bila Lelaki Melamar Perempuan Macam Ni :DD

Assalamualaikum...


Eh korang dah tengok video kat MukaBuku tajuk I've been proposed and I'm enganged?? Mula-mula aku macam tak nak tengok video-video macam ni sebab korang tau je lah internet aku selaju kura-kura berjalan. Bila nak tengok video aku perlukan kesabaran yang tinggi supaya aku tak rasa hangat, berangin bila melihat perkataan L.O.A.D.I.N.G itu! Kalau kesabaran nih hilang habis aku kerjakan encik L.O.A.D.I.N.G itu,haha.


Tapi bila melihat lebih daripada 30 orang kawan-kawan aku share video yang same..aku pun rasa aku patut tengok video nih. Apa yang bestnya video nih?? Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri aku...maka aku telah mengeluarkan encik berukband dari laci meja,lalu mula mencucuk encik berukband ke laptop..dan akhirnya terus menekan butang "connect". Sejurus aku ter"connect" maka mulalah aku menekan butang "play" dan mula menonton video ini dengan rasa puas hati berikutan encik berukband tidak lagi selow-melow seperti bulan lalu. Dan aku sangat-sangat gumbira kerana encik L.O.A.D.I.N.G langsung tidak muncul sepanjang aku menonton video ini. Sebelum aku terlupa....aku juga menonton video ini dengan mode "full screen" bagi memuaskan hati aku yang menonton..HAHA (perlu ke nak cakap???)


Ya Allah..tacing sungguh aku menonton video nih, ade lagi ke lelaki macam ni. Yang proposed perempuan dengan cara yang sangat cantik! Tak jumpe terus dengan empunya diri..tapi melalui ibu bapa. Seorang yang tak putus asa..walaupun perempuan ni pernah menolak. Yang sweetnya..lelaki ni belikan perempuan ni kamera dan proposed perempuan ni melalui gambar yang dia ambil sebelum bagi dekat perempuan tu..siap ada ros merah lagi! Hati perempuan mana lah tak cair kan...yang lagi best lelaki ni adalah pilihan ibu bapa perempuan tu. Kalau nak tau perempuan tu baru berumur 19 tahun..hihi. Hai adek!


Mereka baru je bertunang 17 Disember lepas..kalau nak tau macam mane laki ni proposed..tengok sendiri la video ni. Sesuai sangat lagu "A Thousand Years" tu..sekarang ni aku suka sangat dengar lagu nih,hahaha.


Nama adek ni Dena..dan dia ada blog jugak. Check it out k! <<DENA>>








NotaKaki: Lepas tengok video nih..ternanti-nanti lelaki budiman yang datang nak meminang aku :) #angananganmatjenin

Wednesday, December 21, 2011

Story Aku & Lagu

Assalamualaikum...


First time nak join aktiviti Geng Fiq'ra nih..nerbes,haha!. Maaflah ye Geng2 Fiq'ra sekalian..saya tak dapat nak aktif selalu dekat fb group GF sebab tak lama lagi saya dah nak final exam. So..agak sibuk disitu dengan assignment yang dah hampir dengan due date, test2 dan sebagainya. Pagi tadi baru je habis satu test yang sangat S.C.A.R.Y. Test ape?? Test lab yang memerlukan kita mahir mengendalikan alatan2 dalam makmal. Cuak sangat..sampai sakit sakit perut pagi tadi.Bila dah selesai test lab ni rase dah hilang satu beban kat bahu,huhu.


Ok.Korang suke tak lagu Dina & Zizan "Selamat Tinggal" ?? Saya suka lagu ni pertama kali saya dengar. Selalunya susah untuk saya suka sesebuah lagu tu bila pertama kali dengar, mesti nak dengar banyak-banyak kali baru telinga saya boleh terima. Tapi lagu ni laen. Kenapa?? Sebabnya lagu ni kena dengan kisah hidup saya..huhu.

Nak tanya, korang ade pengalaman cinta zaman kanak2?? atau dalam erti kata yg mudah "cinta monyet". Tiba-tiba saya teringat nak buat entry pasal ni sebab saya teringat kat seseorang..ehem ehem. Siapa??? Ermm...biarlah saya perkenalkan 'dia' sebagai Mr.S. Dialah teman sepermainan merangkap jiran saya. 

Saya cerita kat kawan saya yang saya suke Mr.S ni. Biase la kan orang perempuan...tak boleh kalau tak luahkan kat seseorang, mesti, harus, wajib, luahkan kat best friend kite.hehehe. Tapi, yang tak semenggahnya dia pegi bagitau Mr.S yang saya ni suke die. Mane kite nak letak muka kite yang tak berape nak lawo ni..huhuuhuhu.

Surprisingly, guess what?? dia pun suke kat kite! hahaha..*blushing*. Biar betul kan? Ye..betul dia suke kat saya jugak. Dan dan time kitorang tengah berbahagia..tak sah lah kalau tak da watak antagonis yang akan mengacau kebahagian kitorang kan..hehe,ala macam drama tv tu. Dan yang tak bestnya..dia tu kawan Mr.S. Macam tu la lebih kurang cerita cinta monyet saya dolu2.

Tapi..bila makin menginjak dewasa saya dah tak rapat lagi dengan Mr.S,kami bawa haluan masing-masing. Kami tak pernah bertegur sapa lagi..dia dengan hidup dia, saya dengan hidup saya. Saya pon tak tau, ape status hubungan kami. Masihkah? Tamatkah?. Memang menjadi teka teki..sampailah saya masuk matrix, die dah di tahun akhir diploma kat UiTM lendu.

Dengan tak disangka-sangka saya dapat tau satu berita tentang Mr S. Dah lame giler saya tak ingat dan tak pikir pasal dia. Tiba-tiba saya dapat berita yang mengejutkan! Saya dapat tau dia meninggal dunia. Saya tak percaya dan terkejut sangat. Mr.S terlibat dalam kemalangan..berlanggar dengan treler. Besok paginya, saya cepat-cepat pergi beli surat khabar. Memang betul..ade gambar Mr.S dan kawan-kawannya dalam surat khabar..tahun ni genap dua tahun Mr.S kembali ke rahmatullah. Al-fatihah untuk Mr.S..terima kasih untuk segala-galanya, terima kasih untuk segala kenangan manis:p

NotaKaki: Begitulah kisah saya dan lagu..maaflah kalau boring dengan kisah saya ni. Saya join aktiviti ni sebab nak merapatkan lagi silaturrahim dengan ahli Geng Fiq'ra yang lain :DD








saya ahli Geng Fiq'ra yang berdaftar! :p


Wednesday, December 14, 2011

Tahukah Anda Cintan Adalah Produk Keluaran Yeo's???

Assalamualaikum...


Hmmm...korang pernah dengar kan produk Cintan?? Tahu tak Cintan tu adalah produk keluaran Yeo's? Aku tak pernah tau pon pasal ni...sebab selama ni aku ingatkan Yeo's keluarkan produk minuman jer..of course yang paling femes mestilah air soya mereka.


Bukan ape..aku baru je balik dari kilang Yeo's di Petaling Jaya. Aku dan kawan-kawan semua adalah student food tech. So,kami pergi melawat kilang ni untuk melihat cara pemprosesan air minuman..


Terima kasih kepada pihak Yeo's sebab sudi menerima lawatan kami ini. Rasenya banyak ilmu baru yang kami belajar hari ni.


NotaKaki: Yeo's ada produk baru iaitu minuman isotonik H-Two-O. Check it out!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, December 6, 2011

Malam Koboi Yang Tak Berapa Nak Koboi ;-)

Assalamualaikum...


Selamat Hari Selasa blogger blogger sekalian! Ade sesape yang puasa hari ni? Selamat berpuasa ye. Ok lah hari ni nak share gambar2 masa dinner hari sabtu yang lalu.


Dah lame aku nak publish entry ni sebenarnya tp susah la nak upload gmbr guna wayerles..lambat giler. so arini aku try la guna hp je. Dinner aritu buat kat Denai Alam Recreation Club. Korang penah pergi? Kat sana kita boleh naek kuda..tapi sayang la tak dapat tengok kuda sebab diorang dah tido. Maklumlah dinner kami kan malam...(eh takkan dinner siang hari pulak kan).


Layanlah gambar tu..tapi kan aku memang tak ikut tema langsung. Tema dah la koboi..tapi aku pakai macam calon ustazah pilihan je..hahaha. Ala aku mane la ade baju koboi..nak beli pon malas. Kali ni memang dinner paling sempoi la bagi aku..tak pyah keluar duit beli baju.


Published with Blogger-droid v2.0.1
Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, October 31, 2011

Aisha Online Store Giveaway

Assalamualaikum...




Yeay! Excited nak join giveaway ni walaupun agak terlambat.hihi. Sebenarnya baru je follow Aisha Online Store..first thing yang membuatkan aku tertarik dan jatuh cinta adalah HEELS!! Semua heels yang ade kat Aisha Online Store ni semua cantik2 dan sangat comel ok! Aku berkenan sangat dengan Lady Bow Shoes, coooooomel sangat,hihi..tapi tak de budget lagi la nak beli. Tengah kumpul duit ni..hahaha. Kalau nak tau aku memang gila heels..aku tak boleh masuk dalam kedai kasut sebab besar kemungkinan aku takkan keluar dari kedai tu..kalau boleh nak tido dengan kasut kasut tu..muahahahaha :)


Ok. Kepada sesiapa yang nak join giveaway ni cepat tau, sebelum pukul 12 pg hari ni. So, hurry up guys! Hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik;


5 pemenang bertuah akan memenangi the very gorgeous VINTAGE HANDBAG!! (OMG). Wah kalau menang ni boleh hadiahkan kat mak ni..dia dah lama tak tukar handbag baru. Another 2 lucky runner up pulak akan dapat GIFT VOUCHER RM 15!. Kalau nak tau syarat nak sertai boleh [KLIK SINI].


NotaKaki: I WISH I CAN WIN THAT GORGEOUS HANDBAG *^^*



Saturday, October 29, 2011

Weekend Yang Membosankan :-|

Assalamualaikum...


Hye sume! Ni adalah entry kedua menggunakan Blogger-droid. Best la..aku suka blogger-droid ni. Senang nak update entry terkini...tak payah susah2 nak on lappy. Guna phones je..kalau nak insert gambar pon senang, tak perlu lah nak tercari-cari gambar dalam folder lappy lagi. Senang lagi mudah kan. Contohnya kalau pergi event ke melawat zoo negara ke pergi kenduri kawen ke..boleh terus update entry, tak perlu nak tunggu balik rumah on lappy..hihihi o_O


Eh sebenarnya aku kalau bukak lappy konpem terleka dengan benda2 laen sampai terlupa tujuan asal nak update blog. Sebab tu la blog aku selalu bersawang..tak de entry baru..hahaha. Kadang2 nak tengok satu entry baru dalam satu bulan pon susah.


Hmmmmm..arini aku juz nak tunjukkan betapa boringnya hari hari minggu aku. Tolonglah..setiap minggu kenapa mesti nak ada test. Dear my lectures..how about we take a break for 1 week from any test or quizes? Please..i do need a wonderful weekend together wif my besties <3<3


Published with Blogger-droid v2.0

1st entry via Blogger-droid

Assalamualaikum..


Hye sume! Ape khabar? Lame sungguh tak update entry baru kan..haishhh bizi bebenor sem ni. Ape tak nya hampir gila aku dengan experiment, lab report, test bla bla bla. Patut la experiment sem ni dua je...itupon dah buat aku jadi  ...................******%&&/-@/--+)("!&/; hah paham paham sendiri la. Satu experiment je mkn masa sampai 6 jam..tengok tengok data tak bulehh pakai, graf tak dapat linear graf, dan macam2 masalah lagilah..yg for sure kau kena repeat la experiment tu..huhuhuhuhu


Tapi lab instrumental analysis ni je yang susah sebab kena pandai handle instrument..dah la akhir sem nanti ade lab exam..kau handle la instrument tu sorang2..owh scaryyyyy! Lab lagi satu best! Lab food product manufacturing..kau buat makanan contohnya aritu kitorang wat chocolate, jelly, can curry chicken dll..lepas dah siap experiment bleh makan dan tapaw bawak balik bilik sekali. Best knn..hihi.


Ok dah la cite pasal experiment sume ni. Sekarang masanya aku hanya mahu bergumbira sahaja. Lupakan sekejap hal hal yang tak menggembirakan ni. Tengok RUNNING MAN lagi bagus..boleh gelak guling guling golek golek..hahaha


Ok. Lupe nak cakap ape tadi...owhh yeah pasal blogger-droid. First time ni aku publish post gune benda alah ni. Rasenye sesuai la untuk aku yang bizi ni kan..tak payah pikir dua tiga kali nak bukak lappy ke tak sebab takut aku akan terlebih on9 sampai terlupa bahawa aku ade banyak test setiap minggu :'( sob sob. Cian kan aku..kalau hari hari kuliah jarang la dapat on9.


Nota kaki: sedang menerima realiti sem ini dengan tabah dan sabar walaupun selalu rasa science student macam aku ni tak de "life"


Published with Blogger-droid v2.0

Saturday, September 24, 2011

My Kellogg's Special K 2 Weeks Challenge Starts Now!

Assalamualaikum wbt...






Anda ingin kelihatan langsing dengan cara hidup yang sihat? Jom sahut cabaran Kellogg's Special K 2 Weeks Challenge (gaya jurucakap Kellogg's la pulak..perasan! even produk kerepek mak siti pon belum tentu nak amik kau jadi jurucakap,haha) Kenapa aku tiba2 bersemangat nak promote Kellogg's ni? Alkisahnya..aku tak puas hati dengan BMI aku. Korang tau kan ape itu BMI....BMI (Body Mass Index) aku 24...walaupun normal tapi dah nak jadi overweight tu (25-29.9) Tak mau!!!!!!!!!!!!!!!!!!






Below 18.5 = underweight
18.5-24.9= normal
25-29.9= overweight
30 & above= obesity


BMI= Weight (kg)
       _____________________
        
        Height (m) * height (m)






Jadi, aku telah nekad untuk membeli Kellogg's Special K  ni dan sahut cabaran selama 2 minggu. Aku akan menggantikan 2 hidangan harian (sarapan dan makan malam) dengan mengambil Kellogg's. Boleh tahan ke tak makan malam? Hmm...InsyaALLAH, aku cuba untuk tahan. Kalau lapar lagi macam mane? Kellogg's cadangkan kita ambil 3-5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan..InsyaALLAH tak lapar lagi, bagi aku azam yang kuat untuk kelihatan langsing tu dapat menahan diri kita dari makan.












Ape tunggu lagi, jom kita sahut cabaran 2 minggu Kellogg's nih :)))




 kalau nak tahu lebih lanjut, boleh [KLIK SINI]






p/s: tengah makan Kellogg's Special K sambil buat entry ni...sedappppppp!hehe







Jamuan Raya Sana Sini..Kali ni Jamuan Raya FSG~~

Assalamualaikum wbt...




Hye sume! Ape khabar? perut macam mane? sangat sihatkah..almaklumlah banyak jemputan open house sana sini. Poket pon bertambah sihat kan..sebab anda tak payah susah-susah membeli makanan, selagi ada open house selagi itulah kita tak perlu mengeluarkan duit satu sen pon..hihi.




Eh..lame betul kan aku tak buat entry, last entry pon masa awal2 ramadhan dulu. Mintak maaf ye...terasa sangat malas nak menulis. Belum terlambat kan, kalau kita nak wish "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"....ala, raya kan sebulan! (lambat giler wish..orang laen dh berkurun abad wish..muahaha) 




Hmm...semalam, bersamaan 22/9/2011, fakulti aku  (Fakulti Sains Gunaan @ FSG) buat jamuan raya untuk semua warga fakulti..sehari sebelum, jamuan khas untuk pensyarah dan staff, semalam khas untuk pelajar. Maka dengan itu...tak perlulah aku membelanjakan RM3.50 - RM 4.00 di DC untuk makan tengah hari. So, jamuan raya @ open house ni banyak menjimatkan duit kita sepanjang bulan syawal ni. Sebagai contoh...sekitar 2 minggu yang lepas (jamuan raya HEP), aku tak perlu mengeluarkan duit walau se sen pon kerana aku telah siap sedia men"tapau" (apa bahasa aku ni..ala korang paham la kan) makanan untuk makan malam sekali. Hampir semua khemah tu aku pulun makan...free beb! Walaupun terpaksa beratur panjang, tetap aku gagahkan juga demi makanan free yg SUPER DELICIOUS (p/s: semua makanan sedap-sedap belaka...bukan la puji sebab makanan free tapi memang betul2 sedap,rugi sape tak pergi,hahaha)






Ok, berbalik kepada jamuan raya FSG...antara makanan yang disediakan adalah:


1. Sate (ni favourite aku...tak tahu kenapa kawan aku si imah kata tak sedap, so aku rembatlah dia punya...:P)


2. Nasi impit + kuah kacang (tapi kuah kacang kat jamuan raya HEP lebih sedap..hihi,walaupun begitu tetap juga habis aku makan..tak baek membazir!)


3. Nasi impit + lontong (melepas...dh abis dh, aku pergi pon dalam kol 12:30 pm lepas kelas arab)


4. Kuih tepung pelita 


5. Char Kueh Teow Penang (SUPER DELICIOUS!)



dalam sibuk2 beratur...tjah & aku
3 sekawan..syikin,tjah & zai
4 sekawan..tiha,zati,hani & fatin
Ain ke depan nih?? sori ye amik gmbr blkg jer..lalala
masuk jugak la gambar ko intan..ok la tu,haha
char kueh teow penang~~
tengok tu..beratur panjang,time ni hujan dah mula turun
sate oh sate!



P/S: terlupa nak amik gambar makanan kerana terlalu khusyuk menghadap makanan depan mata..lalalala








Tuesday, August 2, 2011

Diari Ramadhan #1

Assalamualaikum wbt…

Hye sume! Apa khabar? Selamat Menyambut Ramadhan al- Mubarak diucapkan kepada semua pembaca blog perempuankampungmoden.blogspot.com dan rakan2 blogger sekalian. Macam mane dengan hari pertama puasa semalam? Ada sesape yang TERbuka atau TER… TER… yang laen ke?? Harap2 jangan lah ye J

Ape menu berbuka puasa semalam? Juadah berbuka puasa aku hanyalah sup udang, rendang ayam dan mee goreng. Tak beli ape2 juadah pon di bazaar ramadhan, cukuplah dengan ape yang ada di rumah. Lagipun, aku hanya tinggal berdua dengan mak. Buat ape nak sediakan banyak sangat makanan kan..nanti tak habis pulak, membazir je. Tak baik membazir di bulan yang mulia ni!

Ape yang aku nak cerita dalam entri kali ni adalah pasal kariah masjid di kampung aku yang terchenta ini..hihi. Satu perubahan yang membanggakan aku bila melihat ramai kariah yang bersama-sama mengimarahkan masjid selama 2 malam ni untuk menunaikan solat terawikh secara berjemaah.

Tahun ni berbeza sangat berbanding tahun2 yang lalu. Kalau dulu, perempuan hanya 1 saf ke 2 saf je…tapi kali ni sampai 3 saf (masjid kampung aku ni tak lah besar mane). Alhamdulillah syukur..ahli2 kariah yang tak pernah nampak di masjid sebelum ni pon turut hadir bersama-sama kali ni.

Satu lagi yang membawa kepada pertambahan ahli kariah ni adalah disebabkan oleh budak2. Selalunya hanya orang2 dewasa yang datang ke masjid..tapi malam tadi ramai jugak la budak2 yang datang, termasuklah anak buah aku. Maka, pada tahun ni bertiga lah kami naek motor. Terpaksalah aku menjemput anak buah aku ni sebelum ke masjid. Tapi tak pe lah..yang penting dia nak ke masjid kan.

p/s: Selamat menyambut pesta ibadat ye..bukan pesta makanan tau! Rajin-rajin kan lah diri solat terawikh berjemaah di masjid2 berhampiran (ingatan untuk diri sendiri jugak)








Pesanan Salam Ramadhan ini dibawakan oleh perempuankampungmoden.blogspot.com

Tuesday, July 12, 2011

Durian Oh Durian!

Assalamualaikum…

Hye sume! Apa khabar? Moga sentiasa sihat dan ceria selalu ye. Sekarang ni dah masuk musim durian, boleh kata setiap rumah kat kampong aku ni semua dah ada bau fragrance yang kuat! Ape lagi kalau bukan penangan bau dari raja buah ni J Durian kat rumah aku ni pun dah mula belajar gugur semalam. Semalam gugur sebiji je..hari ni gugur 3 biji, fuhh…puas melantak durian aku hari ni. Kat kampong korang macam mane? Dah gugur ke belom??

Kepada rakan-rakan blogger yang duduk kat Bandar tu..balik-baliklah kampong hujung minggu ni…mane tau boleh melantak durian, sedap woo! Macam aku ni lain la, memang orang kampong, belakang rumah ni je ada 7 batang pokok durian..kat dusun lagi..sebenarnya kat belakang rumah aku tu ada 8 batang pokok asalnya, tapi sebatang pokok durian tu dah mati sebab kena panah ngan petir,huhuhu.

Durian yang gugur tadi tu dari pokok yang menjadi favourite aku sejak kecil. Buah durian dari pokok yang sebatang tu warne oren. Aku memang suka buah durian yang warna oren ni. Kalau nak tau durian ni bukan warne kuning macam kita selalu tengok tu je..kat rumah aku ni ada 3 colour, kuning, oren dan putih. Oren dan putih dah gugur, Cuma kuning je belom gugur lagi.

Musim-musim durian ni, teringat pulak aku masa kecik2 dulu aku suruh arwah ayah buatkan pondok tunggu durian…bukan pondok yang biasa-biasa tu..tapi pondok kat atas pokok, macam cerita omputih tu, sebenarnya aku bukan nak tunggu durian pun tapi lebih nak main,hahaha. Tapi last-last ayah aku buat gak pondok tapi bukan kat atas pokok macam aku mintak tu la, tapi pondok biasa je kat belakang rumah…merajuk jugak lah aku, nak buat macam mane..impian tak kesampaian..haahahaha

Friday, June 17, 2011

Nisbah Perempuan kepada Lelaki 37:1, so what??

Assalamualaikum…


Hye sume! Kali ni aku nak mengupas isu “nisbah perempuan kepada lelaki 37:1”. Korang pernah dengar kan ayat ni kan…ala, yang dalam filem 3,2,1, Cinta tu. Semalam kan mula ditayangkan di pawagam. Aku bukan la nak buat review filem ke ape..Cuma tertarik nak buat entri pasal ni. Ramai ke perempuan-perempuan di luar sana yang risau kerana masih single lagi?? Oklah aku nak tanya korang salahkah kita masih berstatus single sedangkan semua kawan-kawan kita sudah berpunya? Aku tau ramai yang tak sabar-sabar nak tukar status kat facebook tu dari single ke ‘in a relationship’. Sabar ye kawan-kawan.

Kita ni masih muda lagi..macam aku, semalam baru genap 21 tahun. Masih jauh lagi perjalanan. Tak payah nak sedih sangat lah kalau kita ni belum ada boypren lagi macam kawan-kawan yang lain. InsyaALLAH, ada jodoh yang menunggu kita suatu hari nanti. Percaya dengan Allah, ajal maut, jodoh pertemuan, semua telah diatur olehNYA. Melainkan….kita ni dah umor 30++ tapi masih membujang lagi. Itu memang perlu risau la kan.

Cuba korang fikir, kalau boypren kita sekarang ni memang jodoh kita, tak pe lah bagus sangat lah tuh. Tapi, kebanyakannya yang bercinta masa masih belajar lagi ni tak kekal lama. Kadang-kadang, seorang perempuan tu ada lebih daripada 10 orang ex-boypren. Suami dia nanti entah lelaki ke berapa pun tak ingat. Tapi, kalau kita memang serius nak cari seorang lelaki untuk dijadikan suami, tak nak main-main, dan suami kita tu nanti adalah lelaki pertama dan terakhir yang kita cintai…alangkah bestnya!

Di bawah ni aku bagi sedikit tips untuk dapat jodoh, same-samelah kita amalkan ye ^_^
1.    Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadis nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2.  Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1 kali atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3.  Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4.  Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5.  Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah

6.  Solat hajat 2 rakaat => Doa, 2 rakaat lagi =>Doa, 2 rakaat lagi =>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu aja lah orangnya.(Tawakkal)

7.  Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
a)  Seseorang yang berjihad dijalannya
b)  Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
c)  Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9.  Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

(credit to I luv islam)

 .: Disebabkan aku guna ayat dari filem 3,2,1 Cinta tadi, aku nak komen sikit la ye. Hari tu adelah aku tengok di sebalik tabir filem ni. Aku bukan nak kutuk ke apa cuma nak tegur sikit pasal satu scene dalam filem tu. Ada scene dimana Diana Amir ni cakap kat Farid Kamil lebih kurang camni la ayat dia “aku ada baca,setiap pasangan bercinta akan bercium untuk mengeratkan hubungan, boleh tak kau cium aku Aku rasa orang-orang filem & drama kat Malaysia ni dah tak de sensitiviti agama lagi kut. Aku tengok, pengarah filem ni Melayu & Islam, pelakon pun Melayu & Islam. Tak kan lah tak tau hubungan perempuan dan lelaki yang bukan muhrim tu ada batas-batasnya. Memang bercium boleh mengeratkan hubungan, tapi biarlah mengeratkan hubungan suami isteri…bukannya pakwe makwe. Harap industri perfileman kat Negara Malaysia yang agama rasminya ISLAM ni…boleh buat perubahan, tak perlu la adegan cium ke ape untuk lariskan cerita kita ye.Jangan salah paham..aku bukan nak condem cerita ni ke ape, Cuma nak tegur sebagai saudara sesame Islam ^_^


p/s: renung-renungkan, dan selamat beramal!

Thursday, June 16, 2011

Ucapan Selamat Hari Lahir dari Menteri Belia & Sukan

Assalamualaikum…

Hye sume! Hari ni mood aku sangat lah baik. Nak tau kenapa? Sebab harini hari jadi aku yang ke 21 tahun! Hehe..muda lagi, tak lama lagi boleh mengundi sebab dah cukup umor. Korang nak tau tak sapa yang pertama sekali bagi ucapan Selamat Hari Lahir kat aku malam tadi?? Kalau aku cakap mesti korang tak percaya. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan beb! Hahaha..macam ni lah message tersebut:

Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa sihat & ceria. Negara bangga mempunyai belia seperti anda. Salam mesra Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan
16 June 2011    00:02:20

Hihihi..kembang hidung aku baca message ni,dah lah message hari jadi pertama pulak tu. Terima kasih kepada semua kawan-kawan, yang hantar message dan jugak kawan2 kat fb. Terima kasih atas ucapan & doa kalian semua J

Wednesday, June 15, 2011

Lirik Lagu Terhenti Di Sini - OST Asmara 2 & Nora Elena

Assalamualaikum...


Hye sume! Sape peminat cerita Nora Elena?? Angkat tangan macam saye (imagine jela korang nampak). Mesti suke dengar lagu "Terhenti di Sini -Asfan" kan kan kan? Lagu ni pon penah jadi OST Asmara 2. Kali ni aku nak bagi lirik lagu "Terhenti di Sini" supaya korang boleh nyanyi puas-puas dalam bilik air..hahaha.





Lirik Lagu Terhenti Di Sini Asfan 

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta





p/s: nyanyi jangan tak nyanyi, kasi pecah dinding..lalalala ^_^

Tuesday, June 14, 2011

Comeback!

Assalamualaikum wbt….


Hye sume! Lame dah aku tinggalkan blog ni tanpa sebarang contengan. Nak kate sibuk, tak de lah sibuk, aku bukannya kerja…dok rumah jerr. Tapi entah kenapa, tiba2 aku langsung tak de mood nak update blog, nak tulis cerita atau apa2 bentuk penulisan yang aku minat sebelum ni. Aku rasa down sangat..entah kenapa aku rasa macam ni. Aku pun pelik dengan perangai aku yang satu ni, cepat berubah mood..sampai kadang2 aku pun tak tau ape sebabnya. Syukur Alhamdulillah…I’m back!! Nasib baek aku cepat recover dari penyakit “upside-down mood” nih, kalau tak…bersawang lah blog ni.

Jutaan terima kasih buat rakan2 blogger yang sudi singgah di blog ni..saya akan menyusul ke blog anda semua as soon as possible. Terima kasih jugak kepada abang ben, kerana segmen “Ben Ashaari Redah Blog Baru Je”…bilangan follower saya telah meningkat! Kamsahamnida ^_^

Dengan semangat baru ni aku akan berusaha lebih gigih dari sebelum ni. Aku akan cuba sedaya upaya untuk keluar dengan entri-entri yang mantop! Hehe. Sebenarnya..sekarang ni, aku cuba untuk tulis novel..yelah daripada tak de keje cuti2 ni baik aku buat sesuatu yang bermanfaat, betul tak?? Doakan aku berjaya ye kawan2. Walaupun aku tau berapa kerat je yang baca blog aku ni tapi aku akan pastikan suatu hari nanti blog ni akan berada sama level dengan blog2 terkenal.

p/s: mulakan hari anda dengan senyuman..pasti semuanya akan ok! Actually, June & number 6 do cheer me up J

Monday, May 30, 2011

Road Tour Nur Kasih The Movie-Terminal 1, Seremban (Gambar)

Assalamualaikum...

Hye sume! Dah pegi tengok Nur Kasih kat pawagam blom?? Ok..hari tu aku ade buat entri pasal Nur Kasih [KLIK SINI]. Tapi entri tu tak letak gambar sebab internet connection kat rumah aku tak berapa nak elok..biasalah kat kampung. So, kali ni aku buat entri khas untuk gambar-gambar ye :p

shafiee,tiz zaqyah, remy ishak

Mila-Bertemu Cinta, best :)
ntah ape la keje budak 2 orang nih
tengok ni..macam budak kecik..hahaha
autograf! autograf!
dah nak balik baru ingat nak amik gambar sendiri..huhuhu
zai & rayhan