Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Monday, December 2, 2013

Bila Encik Iceberg Cair...3

       Usai makan makan malam, Papa, Mama dan Abang As berkumpul di ruang tamu sambil berbual kosong seperti biasa. Qaseh sempat memerhatikan gelagat abang As yang pastinya tengah menceritakan kisah yang lucu. Papa dan Mama dilihat ketawa sambil menekan perut masing-masing. Abang As memang pandai kalau bab bercerita. Kisah yang biasa-biasa sahaja boleh menjadi lawak habis. Kalau diasah lagi bakat yang ada, abang As ada potensi untuk masuk Maharaja Lawak. Amboi..pandai pulak aku bagi comment?

         Qaseh membantu Mak Mah membersihkan meja makan dan mengangkat pinggan mangkuk ke singki untuk dicuci. Mak Mah yang telah berkhidmat sebagai pembantu rumah selama lebih 20 tahun telah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Mak Mah jugalah yang telah mengasuh dan menjaga Qaseh dari kecil. Banyak sungguh jasa Mak Mah kepada keluarga ini. Begitu juga dengan abang As. Jika Mak Mah tidak membawa abang As tinggal di rumah ini dahulu, pasti Qaseh akan kesunyian kerana dia lah satu-satunya anak tunggal Mama dan Papa. Abang As pula adalah satu-satunya anak saudara Mak Mah. Mak Mah membawa abang As  tinggal disini selepas ibu bapa abang As meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Hanya Mak Mah lah satu-satunya saudara yang abang As ada. Jadi, Mama dan Papa telah menjadikan abang As sebagai anak angkat mereka. Tetapi semenjak abang As belajar di universiti dan kemudiannya bekerja, dia tinggal diluar. Katanya, ingin berdikari dan tidak mahu lagi menyusahkan Mama dan Papa.

           “Qaseh, dah la tu, tak banyak mana pun pinggan nak cuci ni. Apa kata, Qaseh pergi potong buah tembikai atas meja tu. Boleh?” Mak Mah memberi idea.

            “Apa kata………Qaseh tak mahu??. Hahahaha. Takdelah.. Booooleh sangat lah Mak. Apa pulak tak boleh” Qaseh suka menyakat Mak Mah yang juga dipanggil Mak.

            “Eh..eh..budak ni, kenakan Mak ye!” Halimah menarik hidung Qaseh yang nakal. Suka benar mengenakan orang. Tapi itu lah pengarang jantung semua orang. Telatah Qaseh yang nakal, manja, ceria dan sangat menghormati orang tua itu lah yang menjadikan dia kesayangan semua.

               Qaseh membawa buah tembikai yang siap dipotong ke ruang tamu. Mama tersenyum-senyum memandang dia. Aikk..dah kenapa Mama ni??

            “Alhamdulillah..anak Mama ni ringan tulang orangnya. Macam dah boleh kahwin je..kan bang?” Puan Suraya menyakat anak daranya yang seorang itu.

            “Ehhhh…boleh sangat Mamanya. Haa..Qaseh jangan malu jangan segan bawak je calon menantu Papa tu datang jumpa Papa dan Mama. Esoknya pun boleh nikah!” Encik Ghazali juga turut sama dengan isterinya mengenakan Qaseh.

                “Eh..eh.. Mana boleh, Qaseh kena utamakan orang yang lebih tua. Tu, abang As tu yang kena kahwin cepat. Dia dah 28, Qaseh baru 25 tahun tau” Qaseh pula pass baton kepada Asfarizal. Tak pasal-pasal kan. Tapi memang betullah, orang yang patut Papa dan Mama risaukan adalah abang As, bukan dia! Abang As sampai sekarang masih solo. Ape cer??

                   “Amboiii..pandai dia mengelak ye!” Asfarizal acah-acah menunjukkan penumbuknya kepada Qaseh. Dia sempat melihat jam di tangan. Sudah tiba waktu dia balik ke rumah bujangnya. Lagipun, dia masih ada hal yang belum selesai dengan Qaseh. Hal lewat petang tadi. 

          “Erm..Mama, Papa.. As nak minta diri dulu. Esok pagi As kena jumpa client penting” Asfarizal meminta izin Encik Ghazali dan Puan Suraya.

            “Haaa..tengok tu! Dia pun mengelak jugak..cakap pasal kahwin terus nak balik” Qaseh segera mengambil peluang keemasan untuk mengenakan Asfarizal lagi. Gamat suasana apabila semua orang ketawa melihat Qaseh mengenakan Asfarizal. Muka Asfarizal juga sudah kemerahan. Malu la tu!

    Selesai bersalaman dengan Papa, Mama, dan Mak Mah, abang As memberi isyarat mata kepada Qaseh agar mengikutnya ke kereta. Qaseh menurut sahaja, dia tahu abang As ingin mengetahui cerita yang berlaku lewat petang tadi. Adoii..ingatkan dia dah lupa!

            “Ok..sekarang dah tak de masalah kan untuk Qaseh cerita dengan abang? So, tell me what happened??” Soal Asfarizal sebaik sahaja mereka sampai ke kereta.

            “Ok. Fine!. Tak de apa pun sebenarnya. Cuma Qaseh jatuh dalam tasik je” Qaseh berterus terang dengan ‘slumber ya ya’ dia aje. Tapi dia juga rasa ayat “Cuma Qaseh jatuh dalam tasik je” itu memang tak boleh blah. Hahahaha..

         “Whaaaat?????? Jatuh dalam tasik?” Tanpa sedar Asfarizal meninggikan nada suara kerana terkejut.

       “Shhhhhhhhh….Eeeee, abang ni. Nak bagi Mama dengan Papa dengar ke?” Geram pula Qaseh dengan  Asfarizal.

            “Sorry..sorry. Tapi, macam mana Qaseh boleh jatuh?” Soal Asfarizal lagi. Dia betul-betul risau kerana dia tahu Qaseh tidak tahu berenang. 

         “Hmm..Qaseh tak sedar yang Qaseh berdiri betul-betul dekat tebing tasik tu, entah macam mana boleh tergelincir. My bad! Huh. Nasib baik ada orang selamatkan Qaseh tadi” Qaseh sengaja tidak menceritakan lebih lanjut tentang mamat poyo tiada perasaan tu. Malas mahu memanjangkan cerita. Lagipun, mamat tu sememangnya tidak bersalah. Dia yang jatuh sendiri. Haishh, nasib baiklah handsome. Rasa macam tengok Choi Si Won depan mata beb!

            “Hisy Qaseh..Qaseh lain kali hati-hati la sikit. Kata pergi jogging, tapi yang pergi duduk dekat tebing tasik tu buat apa? Kalau Mama dan Papa tahu ni mesti diorang risau. Lagi satu, kenapa pergi sorang? selalu kan pergi dengan Zyra..” bebel Asfarizal lagi. Patutlah Qaseh nak berahsia sangat dengan Papa dan Mama.

            “Alaaa..benda dah nak jadi. Nak buat macam mana. Zyra balik kampung la abang.”

            “Ada je jawapan dia kan, memanglah benda dah jadi, tapi sebelum jadi tu lah kita kena beringat dan berhati-hati. Lain kali, kalau Zyra tak ada, bagitau abang. Abang boleh temankan” Sempat lagi Asfarizal berpesan kepada Qaseh. Bukan niat nak menyibuk, tapi dia risau terhadap keselamatan Qaseh.


            “Baik bos!” jawab Qaseh seperti sedang menerima arahan ketua.


DANIAL mengambil tempat duduk di meja makan. Ibu dan adiknya, Damia Marya telah sedia menunggu di meja makan. Tanpa berlengah, dia membaca doa. Memang menjadi kelaziman untuk mereka makan malam bersama-sama. Sejak ayah meninggal dunia, ibu dan adiknya dibawa tinggal bersama dengannya. Lagipun, Damia telah mendapat tawaran belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Sekarang, Damia sudah pun berada di semester 4 pengajiannya dalam bidang Akaun.

         “Dengar cerita ada orang tu jadi hero hari ni kan ibu?” Damia memulakan bicara dengan  memerli abangnya.

            Errkk..cepat betul cerita tersebar. Aduhai ibu…kenapa lah pergi cerita dengan si Damia ni.

       “Nak perli Along la tu?”

        “Cerita la Along..siapa yang Along selamatkan ni, lelaki ke perempuan??” Damia cuba mengorek cerita dari abangnya yang perahsia itu.

            “Perempuan…” Sepatah jawapan yang diberikan Danial.

            Damia yang tengah menyuap nasi ke mulut ternganga tidak percaya. “Woww..Along selamatkan perempuan? Cantik ke Along??”

Terkejut juga Damia kerana abangnya itu memang susah nak ambil berat tentang perempuan, kiranya bukan jenis gentleman sangat la. Kalau ada ‘awek cun nak mampos’ jatuh pun pandai-pandai lah ‘awek cun nak mampos’ tu bangun sendiri. Along nak tolong? Memang tak lah. Bukan dia tak tahu, Along tu terkenal dengan gelaran ‘iceberg’ masa study dulu. Dia bukan jenis layan perempuan. Lagi-lagi awek yang tergedik-gedik. Ramai jugak la hakak-hakak yang frust. Tapi tadi tu melibatkan hidup dan mati kan. Takkanlah kejam sangat Along tak tolong perempuan tu. Tak pasal-pasal je ada orang mati lemas dalam tasik tu nanti.

            “Ermm..biasa-biasa je”

Boleh pulak dia jawab biasa-biasa, padahal cantik jugalah perempuan tadi tu, kulit putih melepak, mata bulat warna coklat. Tapi, kalau dia cakap cantik nanti, makin giat lagi si Damia ni mengenakannya. Arghhhh..lantak la. Cantik pun tapi menyusahkan aku. Buat apa?.

            “Iyelah tu.. Along kamu ni, Ratu Cantik Malaysia pun dia kata biasa-biasa je. Tak tahulah ibu, macam mana lagi baru cantik kat mata dia.” Puan Halina menyampuk.

“Camni punyo peel, tahun bilolah ibu nak dapek menantu ni Along oii?” Tambah Puan Halina lagi dengan loghat noghori.

Sudah berbuih mulut minta Danial cepat-cepat beristeri. Tapi dia tetap juga dengan perangai anti-perempuan. Tapi..dia tahu, anaknya itu bukanlah species gay, cuma species tak mesra alam sangat dengan perempuan. Siang malam tak putus doa seorang ibu untuk anak sulungnya itu supaya cepat bertemu jodoh.

 “Ibu ni..ke situ pulak. InsyaAllah, kalau ada jodoh kahwin la Along nanti. Ibu jangan risau lah”

Hmmmm..hal kahwin lagi yang dibangkitkan ibu. Seboleh-bolehnya dia cuba untuk mengelak. Bukan tidak mahu mendirikan masjid. Tapi…belum berjumpa calon isteri yang sesuai. Dan mungkin juga dia yang memang tak pandai dalam hal-hal memikat perempuan.

“Ibu..kalau Along ni lambat sangat bagi ibu menantu, adik boleh bagi ibu menantu dulu” Damia pula menyampuk sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Amboi..gatalnya adik ni. Dah ada pakwe la tu?” Danial menempelak.

“Mana ada ada la..adik main-main je. Along ni pun..”

“Haa..adik, jangan nak mengada ye. Awak tu belajar lagi. Bagi laluan kat Along kahwin dulu, faham?” Puan Halina sengaja memberi amaran manja kepada Damia. Bukan dia tak tahu, Damia hanya main-main saja. Saja mengusik abangnya.

“Yelah buuu..adik lambat lagi la. Mesti la adik bagi along kahwin dulu. Yang muda kena dahulukan yang lebih berusiaaaaa…tak gitu?” Damia sengaja menekankan perkataan berusia itu untuk memerli Danial.

Danial mencebik adiknya. Malas mahu melayan si Damia. Kalau dilayan makin menjadi-jadi. Akhirnya dia juga yang akan terkena. 



Salam Qaseh Sayang,
Qaseh Nur Balqish


4 comments:

Asyu said...

besttt~!!

Anonymous said...

bila mau sambung ni? :)

fthnnM said...

bila nak sambung huhu T.T tertunggu-tunggu ni

zainatul abu bakar said...

Huhu xsangke ade org bce..hmm nnt ye kte fikir dlu. Aritu rse mcm mls nk smbg sbb dh ade tulis cite lain. Hehe. Tp xpelh..kte pkir dlu. Tq tq tq for reading :)