Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Sunday, July 15, 2012

Percutian Ke Pantai Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum wbt...


Apa khabar? Terima kasih ye sudi singgah blog perempuankampungmoden. Kiteww nak cakap nih, kiteww dah habis exammm, hoyeahhh! Jadinya, semalam (sabtu, 14/7/2012), aku dan classmate telah pergi bercutiiiiiiiiiiiii ke...............Pantai Bagan Lalang, Sepang :p (bajet macam bercuti ke oversea je gamaknye,huhu). Percutian ni dirancang pada hari terakhir kuliah. Walaupun tak lame mane nak prepare..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Aku awal-awal lagi dah excited, nak beli sunblock laaaa, nak photoshoot tepi pantai laaa, macam-macam (sebenarnya terpengaruh dengan tips to the beach oleh Maria Elena, haha). Kitorang siap prepare game lagi. "Game"nya adalah inspirasi dari Running Man (biasalah, pengaruh Running Man kan kuat) hehe. Alaaaa...kalau korang peminat tegar Running Man mesti tau game yang kena lukis satu benda ni, then orang last skali akan teka ape benda yang orang depan dia lukis. Memang kelakar game ni, kalau tengok Running Man lagi laa kelakar.


Sehari sebelum..aku, fara, ima,tjah, dan tiha shopping barang-barang untuk marinate ayam (ingat tak mereka?? aku pernah mention diorang dalam blog aku [entri ini]. Hehe..jangan tak tau kami siap bahagikan tugas, siapa handle bahagian beli2 barang, sape yang masak, sape yang handle bbq. Mudah...semua orang ade tugas masing-masing.


Sebelum tu lagi (eh eh macam flashback pulak), dua orang kumbang dalam class kitorang, Arif dan Hasrul dah pegi survey tempat. Diorang siap amik gambar lagi...secara tak langsung kami semua dah dapat gambaran laaa tempat ni macam mane. Arif dengan baiknya telah mengambil tempat pembakar dan barang-barang lain di rumah beliau. Nasib rumah dekat ye Arep. Ibu beliau pon telah sudi memasakkan nasi goreng sebagai sarapan pagi kami, terima kasih banyak-banyak la mak cik :)


Ni Arif (korang nampak tak mane dia, hahaha)
Ni hasrul poyo, hahaha
Aku tau korang nak kate ape...Haah, kumbang dalam kelas aku memang dua orang je..dua orang yang sehati sejiwa ni lah selalu menyakitkan hati aku. Yang atas sekali tu dah berpunya...yang bawah tu tak laku-laku, hahaha. Ada yang berkenan ke?? hahaha


Ok jomlah layan gambar-gambar di bawah:


Aku suka gambar ni :)

 Depan kiri: Fatin, Ain ,Aku, Belakang kiri: Fara, Ima, Zati



Dari depan: Ain, Aku, Tiha, Fara, Ima, Zati
Layang-layang Ain dalam kenangan (tersangkut kat pokok, haha)



Sekarang mari tengok gambar aku feeling ala-ala Izzah dalam Ombak Rindu (perasan, haaha)




Lepastu kannn...ade la pulak yang nak mengikut pose macam kat atas nih


Fara
Syikin
Ima & Tjah (nampak kegedikannya disitu, haha)

Oklah..cukuplah sampai disini, banyak lagi gambar yang tak dapat aku upload. Maaf ye kawan-kawan, kalau ade yang takde gambar kat sini. Next sem kita buat lagi ye :)






1 comment:

♥ LULU ♥ said...

seronoknyeee!!!heheheh