Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Wednesday, December 18, 2013

Interview Dietitian

Assalamualaikum wbt..


Mula-mula sekali al-fatihah untuk pelakon Azean Irdawaty yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Oh ye, aku nak cerita ni. Minggu lepas, 11/12/2013 (Rabu) aku ada interview. Tengok tu, cukup seminggu baru nak cite. Haha. Interview ni untuk jawatan Dietitian dekat Salam Senawang Specialist Hospital. Punya la lama aku tanam anggur kat rumah ni, baru ler nak dapat interview. Tapi, apapun syukur la ada yang sudi panggil interview. Kihkih.

Daripada mula aku dapat call suruh datang interview ni aku dah risau sebenarnya. Yelah, dietitian kot! Aku kan budak foodtech. Mana lah focus sangat dekat diet. Ada 1 subjek je kot yang aku belajar pasal nutrition. Tapi nasib baik la pihak hospital ni call awal, jadi dapat la masa seminggu aku nak study balik nota nutrition. Hewhew ~~

Antara soalan-soalan yang ditanya adalah seperti berikut (amboi skemanya!):

  • Tell me about yourself? (soalan wajib dalam mana2 interview, so be prepared! hehe)
  • What do you understand about HACCP since you are doing your practical training at industry (factory)?
  • Can you explain how do you involve in maintaining HACCP at your work place. Give one example of production e.g sauce, ketchup etc
  • I read in your resume, you are involve in renewal of Halal cert. Could you explain what you do or the procedures?
  • What do you understand about food pyramid?
  • If someone with BMI>25 (overweight) come to you, what would you advice him/her?
  • If you have a diabetic patient, what kind of diet would you advice him/her to take?
  • Have you ever involved in program where you talk about diet/nutrition? (lebih kurang camtula soalan dia)
Hmm seingat aku itulah soalan-soalan yang ditanya. Aku pulak orang pertama yang sampai dan orang pertama yang di'interview'. Cuak weh. Sebelum masuk tu sempat la aku berbual-bual dengan sorang ni, nama die Qila budak ukm (kalau tak silap aku la, maaf aku cepat lupa). Dia pon datang untuk interview yang sama dengan aku. Aku sempat la risik2 dia. Dan memang betul pun andaian aku bahawa die budak dietitian! huhuhu. Dalam hati aku, hmm 99% aku percaya yang aku lah satu-satunya budak foodtech yang mencemar duli datang interview dietitian hari ni. Hahahha. Tapiiiiii kan, bagus jugak course aku ni sebab foodtech boleh kerja macam-macam. Nak jadi foodtech (ofcourse) boleh, dietitian boleh, nutritionist boleh, QA/QC boleh. Hihihi

Sebenarnya kan, aku tergamam sebentar masa diorang tanya aku pasal HACCP dan yang berkaitan dengan praktikal. Aku boleh jawab lebih baik daripada apa yang aku jawab masa tu. Aku pulak tak prepare pasal tu. Yang aku pulun baca pasal nutrition dan diet orang sakit. Huhuhu. My bad! Ok lepas ni kena prepare pasal praktikal jugak. Apapun aku dah buat yang terbaik, sekarang tinggal doa dan tawakkal pada Allah. Hopefully, aku dapat keje tu. Dah lama sangat mengangur, dah nak habis tahun 2013, rasa macam useless je. Ni bulan ke 5 dok umah. Dah ramai pulak tu kawan-kawan yang dah keje. Stresss!

Adios!





 

Thursday, December 5, 2013

Hari Graduasi!

Assalamualaikum wbt...

Walaupun agak terlewat, tapi aku tetap nak buat entri ini. Hehe. Bukan apa, esok lusa boleh la dibuat kenangan. Ini pun salah satu hari yang penting dalam hidup aku. Apa orang kata 'Big Day'. Haa gituu.

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pembelajaran aku di UiTM dengan jayanya. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun ye.  Kalau dulu rasa lama je nak habis, sebab kebanyakan kawan-kawan aku 3 tahun je. Tapi dekat fac aku, Fakulti Sains Gunaan (FSG) ni, course Food Science and Technology atau nama glemernya 'Food Tech' adalah antara course 4 tahun. Sabor je lah :p

Hari Graduasi aku jatuh pada hari Selasa, 19 November 2013. Dan yang 'special'nya kami grad pada hari terakhir Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79, pada sidang terakhir iaitu sidang 17. Jadi kami lah yang menjadi penutup kepada konvokesyen UiTM kali ni. Bangga tak? Haha. Oklah, walaupun mula-mula tak puas hati sebab dapat konvo hari selasa, petang pulak tu. Tapi nak buek camno?? Redho aje lah. Nasib baik special sebab VC sendiri yang bagi skrol dan course kami adalah course pertama yang naik ke pentas. Hehe.

Sebelum tu, hari jumaat 15 November 2013, adalah hari ambil jubah. Nasib baik aku dah tanya sifu aku, si Raihan tips pasal hal konvo ni. Sedikit sebanyak membantu aku dan kawan-kawan sebab kami tak payah beratur panjang dari jalan bawah nak ke DATC tu sampailah ke depan pintu DATC. Hehe. Sebabnya, kami memang datang awal. Walaupun dah state ambil jubah pukul 2.30 p.m, tapi kami dah lepak-lepak depan DATC tu sebelum pukul 2 p.m lagi. Hahaha. Bila dengar soksek soksek bebudak ni dah mula nak pi beratur kat depan pintu DATC tu, kami pun ape lagi..cepat-cepat pi kat depan pintu tu jugak. Dah tu, lepas je kitorang pi beratur, berdoyon-doyon pulak orang mengikut. Haiyaa!

Nak tau lagi satu tips tak? Kalau tak nak beratur panjang-panjang tu...datanglah lewat sikit dalam pukul 4 p.m. Masa tu memang dah kurang orang. Time tu jugak dah ada  rehearsal. Tapi ramai je yang tak pi rehearsal tu..duduk luar dekat khemah. Aku salah seorang la tu. Hehe.




Gambar kat atas ni diambil masa hari ambil jubah tu la. Masa ni ada promosi, kalau nak tau gambar diatas ni free sajo. Hehe. Dekat luar DATC tu banyak kedai gambar tau. Pilih je, mane yang berkenan.

Esoknya pulak, 16 November 2013, kami ada pre-convo photoshoot. So, malam tu, aku, tjah & syikin stay rumah ain dekat kuang. Thanks ain bagi tumpang tido rumah kau. hehe. Pagi-pagi esoknya dalam 7.40 a.m, kami dah gerak dari rumah ain ke shah alam. Janji dengan photographer pukul 9.00 am. Venue pertama yang kami pergi shoot adalah di kawasan sekitar menara SAAS.


Luv u all!
Dekat sini, kami buat individual photoshoot dulu sementara tunggu semua orang sampai. Tapi yang individu, aku tak tengok lagi, sebab aku tak dapat lagi cd nya. Gambar-gambar ni pun hasil ihsan, Fatin upload kat FB. Thanks Fatin :)




Then, shoot betul-betul depan menara SAAS. Ce teka aku yang mana? Hahaha. Well, ofcoz la kat centre. Always centre. Tu la kelebihan gadis-gadis petite dan cute ni :p Hahaha nak jugak! Ala..yang pakai kain warna maroon tu ha. Saja nak bagitau, kot-kot tak kenal. Ceihhh




Yang ni pulak dekat fac aku, Fakulti Sains Gunaan (FSG). Femes jugak fac aku ni, kalau korang pernah tgk Papadom, haaa lokasi shooting diorang tu kat fac aku ni lah. hehe.



Owh, dan lokasi yang paling ditunggu-tunggu adalah di depan canseleri. Dari mula-mula menjejakkan kaki ke UiTM lagi, memang dah pasang niat..time konvo nanti nak amik gambar kat sini. Alhamdulillah, tercapai jugak impian tu. Hehehe




Dan akhirnya hari yang ditunggu-tunggu. Terima kasih yang tak terhingga untuk insan-insan di atas kerana sentiasa menjadi tulang belakang kejayaanku.


Monday, December 2, 2013

Bila Encik Iceberg Cair...3

       Usai makan makan malam, Papa, Mama dan Abang As berkumpul di ruang tamu sambil berbual kosong seperti biasa. Qaseh sempat memerhatikan gelagat abang As yang pastinya tengah menceritakan kisah yang lucu. Papa dan Mama dilihat ketawa sambil menekan perut masing-masing. Abang As memang pandai kalau bab bercerita. Kisah yang biasa-biasa sahaja boleh menjadi lawak habis. Kalau diasah lagi bakat yang ada, abang As ada potensi untuk masuk Maharaja Lawak. Amboi..pandai pulak aku bagi comment?

         Qaseh membantu Mak Mah membersihkan meja makan dan mengangkat pinggan mangkuk ke singki untuk dicuci. Mak Mah yang telah berkhidmat sebagai pembantu rumah selama lebih 20 tahun telah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Mak Mah jugalah yang telah mengasuh dan menjaga Qaseh dari kecil. Banyak sungguh jasa Mak Mah kepada keluarga ini. Begitu juga dengan abang As. Jika Mak Mah tidak membawa abang As tinggal di rumah ini dahulu, pasti Qaseh akan kesunyian kerana dia lah satu-satunya anak tunggal Mama dan Papa. Abang As pula adalah satu-satunya anak saudara Mak Mah. Mak Mah membawa abang As  tinggal disini selepas ibu bapa abang As meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Hanya Mak Mah lah satu-satunya saudara yang abang As ada. Jadi, Mama dan Papa telah menjadikan abang As sebagai anak angkat mereka. Tetapi semenjak abang As belajar di universiti dan kemudiannya bekerja, dia tinggal diluar. Katanya, ingin berdikari dan tidak mahu lagi menyusahkan Mama dan Papa.

           “Qaseh, dah la tu, tak banyak mana pun pinggan nak cuci ni. Apa kata, Qaseh pergi potong buah tembikai atas meja tu. Boleh?” Mak Mah memberi idea.

            “Apa kata………Qaseh tak mahu??. Hahahaha. Takdelah.. Booooleh sangat lah Mak. Apa pulak tak boleh” Qaseh suka menyakat Mak Mah yang juga dipanggil Mak.

            “Eh..eh..budak ni, kenakan Mak ye!” Halimah menarik hidung Qaseh yang nakal. Suka benar mengenakan orang. Tapi itu lah pengarang jantung semua orang. Telatah Qaseh yang nakal, manja, ceria dan sangat menghormati orang tua itu lah yang menjadikan dia kesayangan semua.

               Qaseh membawa buah tembikai yang siap dipotong ke ruang tamu. Mama tersenyum-senyum memandang dia. Aikk..dah kenapa Mama ni??

            “Alhamdulillah..anak Mama ni ringan tulang orangnya. Macam dah boleh kahwin je..kan bang?” Puan Suraya menyakat anak daranya yang seorang itu.

            “Ehhhh…boleh sangat Mamanya. Haa..Qaseh jangan malu jangan segan bawak je calon menantu Papa tu datang jumpa Papa dan Mama. Esoknya pun boleh nikah!” Encik Ghazali juga turut sama dengan isterinya mengenakan Qaseh.

                “Eh..eh.. Mana boleh, Qaseh kena utamakan orang yang lebih tua. Tu, abang As tu yang kena kahwin cepat. Dia dah 28, Qaseh baru 25 tahun tau” Qaseh pula pass baton kepada Asfarizal. Tak pasal-pasal kan. Tapi memang betullah, orang yang patut Papa dan Mama risaukan adalah abang As, bukan dia! Abang As sampai sekarang masih solo. Ape cer??

                   “Amboiii..pandai dia mengelak ye!” Asfarizal acah-acah menunjukkan penumbuknya kepada Qaseh. Dia sempat melihat jam di tangan. Sudah tiba waktu dia balik ke rumah bujangnya. Lagipun, dia masih ada hal yang belum selesai dengan Qaseh. Hal lewat petang tadi. 

          “Erm..Mama, Papa.. As nak minta diri dulu. Esok pagi As kena jumpa client penting” Asfarizal meminta izin Encik Ghazali dan Puan Suraya.

            “Haaa..tengok tu! Dia pun mengelak jugak..cakap pasal kahwin terus nak balik” Qaseh segera mengambil peluang keemasan untuk mengenakan Asfarizal lagi. Gamat suasana apabila semua orang ketawa melihat Qaseh mengenakan Asfarizal. Muka Asfarizal juga sudah kemerahan. Malu la tu!

    Selesai bersalaman dengan Papa, Mama, dan Mak Mah, abang As memberi isyarat mata kepada Qaseh agar mengikutnya ke kereta. Qaseh menurut sahaja, dia tahu abang As ingin mengetahui cerita yang berlaku lewat petang tadi. Adoii..ingatkan dia dah lupa!

            “Ok..sekarang dah tak de masalah kan untuk Qaseh cerita dengan abang? So, tell me what happened??” Soal Asfarizal sebaik sahaja mereka sampai ke kereta.

            “Ok. Fine!. Tak de apa pun sebenarnya. Cuma Qaseh jatuh dalam tasik je” Qaseh berterus terang dengan ‘slumber ya ya’ dia aje. Tapi dia juga rasa ayat “Cuma Qaseh jatuh dalam tasik je” itu memang tak boleh blah. Hahahaha..

         “Whaaaat?????? Jatuh dalam tasik?” Tanpa sedar Asfarizal meninggikan nada suara kerana terkejut.

       “Shhhhhhhhh….Eeeee, abang ni. Nak bagi Mama dengan Papa dengar ke?” Geram pula Qaseh dengan  Asfarizal.

            “Sorry..sorry. Tapi, macam mana Qaseh boleh jatuh?” Soal Asfarizal lagi. Dia betul-betul risau kerana dia tahu Qaseh tidak tahu berenang. 

         “Hmm..Qaseh tak sedar yang Qaseh berdiri betul-betul dekat tebing tasik tu, entah macam mana boleh tergelincir. My bad! Huh. Nasib baik ada orang selamatkan Qaseh tadi” Qaseh sengaja tidak menceritakan lebih lanjut tentang mamat poyo tiada perasaan tu. Malas mahu memanjangkan cerita. Lagipun, mamat tu sememangnya tidak bersalah. Dia yang jatuh sendiri. Haishh, nasib baiklah handsome. Rasa macam tengok Choi Si Won depan mata beb!

            “Hisy Qaseh..Qaseh lain kali hati-hati la sikit. Kata pergi jogging, tapi yang pergi duduk dekat tebing tasik tu buat apa? Kalau Mama dan Papa tahu ni mesti diorang risau. Lagi satu, kenapa pergi sorang? selalu kan pergi dengan Zyra..” bebel Asfarizal lagi. Patutlah Qaseh nak berahsia sangat dengan Papa dan Mama.

            “Alaaa..benda dah nak jadi. Nak buat macam mana. Zyra balik kampung la abang.”

            “Ada je jawapan dia kan, memanglah benda dah jadi, tapi sebelum jadi tu lah kita kena beringat dan berhati-hati. Lain kali, kalau Zyra tak ada, bagitau abang. Abang boleh temankan” Sempat lagi Asfarizal berpesan kepada Qaseh. Bukan niat nak menyibuk, tapi dia risau terhadap keselamatan Qaseh.


            “Baik bos!” jawab Qaseh seperti sedang menerima arahan ketua.


DANIAL mengambil tempat duduk di meja makan. Ibu dan adiknya, Damia Marya telah sedia menunggu di meja makan. Tanpa berlengah, dia membaca doa. Memang menjadi kelaziman untuk mereka makan malam bersama-sama. Sejak ayah meninggal dunia, ibu dan adiknya dibawa tinggal bersama dengannya. Lagipun, Damia telah mendapat tawaran belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Sekarang, Damia sudah pun berada di semester 4 pengajiannya dalam bidang Akaun.

         “Dengar cerita ada orang tu jadi hero hari ni kan ibu?” Damia memulakan bicara dengan  memerli abangnya.

            Errkk..cepat betul cerita tersebar. Aduhai ibu…kenapa lah pergi cerita dengan si Damia ni.

       “Nak perli Along la tu?”

        “Cerita la Along..siapa yang Along selamatkan ni, lelaki ke perempuan??” Damia cuba mengorek cerita dari abangnya yang perahsia itu.

            “Perempuan…” Sepatah jawapan yang diberikan Danial.

            Damia yang tengah menyuap nasi ke mulut ternganga tidak percaya. “Woww..Along selamatkan perempuan? Cantik ke Along??”

Terkejut juga Damia kerana abangnya itu memang susah nak ambil berat tentang perempuan, kiranya bukan jenis gentleman sangat la. Kalau ada ‘awek cun nak mampos’ jatuh pun pandai-pandai lah ‘awek cun nak mampos’ tu bangun sendiri. Along nak tolong? Memang tak lah. Bukan dia tak tahu, Along tu terkenal dengan gelaran ‘iceberg’ masa study dulu. Dia bukan jenis layan perempuan. Lagi-lagi awek yang tergedik-gedik. Ramai jugak la hakak-hakak yang frust. Tapi tadi tu melibatkan hidup dan mati kan. Takkanlah kejam sangat Along tak tolong perempuan tu. Tak pasal-pasal je ada orang mati lemas dalam tasik tu nanti.

            “Ermm..biasa-biasa je”

Boleh pulak dia jawab biasa-biasa, padahal cantik jugalah perempuan tadi tu, kulit putih melepak, mata bulat warna coklat. Tapi, kalau dia cakap cantik nanti, makin giat lagi si Damia ni mengenakannya. Arghhhh..lantak la. Cantik pun tapi menyusahkan aku. Buat apa?.

            “Iyelah tu.. Along kamu ni, Ratu Cantik Malaysia pun dia kata biasa-biasa je. Tak tahulah ibu, macam mana lagi baru cantik kat mata dia.” Puan Halina menyampuk.

“Camni punyo peel, tahun bilolah ibu nak dapek menantu ni Along oii?” Tambah Puan Halina lagi dengan loghat noghori.

Sudah berbuih mulut minta Danial cepat-cepat beristeri. Tapi dia tetap juga dengan perangai anti-perempuan. Tapi..dia tahu, anaknya itu bukanlah species gay, cuma species tak mesra alam sangat dengan perempuan. Siang malam tak putus doa seorang ibu untuk anak sulungnya itu supaya cepat bertemu jodoh.

 “Ibu ni..ke situ pulak. InsyaAllah, kalau ada jodoh kahwin la Along nanti. Ibu jangan risau lah”

Hmmmm..hal kahwin lagi yang dibangkitkan ibu. Seboleh-bolehnya dia cuba untuk mengelak. Bukan tidak mahu mendirikan masjid. Tapi…belum berjumpa calon isteri yang sesuai. Dan mungkin juga dia yang memang tak pandai dalam hal-hal memikat perempuan.

“Ibu..kalau Along ni lambat sangat bagi ibu menantu, adik boleh bagi ibu menantu dulu” Damia pula menyampuk sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Amboi..gatalnya adik ni. Dah ada pakwe la tu?” Danial menempelak.

“Mana ada ada la..adik main-main je. Along ni pun..”

“Haa..adik, jangan nak mengada ye. Awak tu belajar lagi. Bagi laluan kat Along kahwin dulu, faham?” Puan Halina sengaja memberi amaran manja kepada Damia. Bukan dia tak tahu, Damia hanya main-main saja. Saja mengusik abangnya.

“Yelah buuu..adik lambat lagi la. Mesti la adik bagi along kahwin dulu. Yang muda kena dahulukan yang lebih berusiaaaaa…tak gitu?” Damia sengaja menekankan perkataan berusia itu untuk memerli Danial.

Danial mencebik adiknya. Malas mahu melayan si Damia. Kalau dilayan makin menjadi-jadi. Akhirnya dia juga yang akan terkena. 



Salam Qaseh Sayang,
Qaseh Nur Balqish


Sunday, December 1, 2013

Bila Encik Iceberg Cair...2

Assalamualaikum wbt...

Sebelum ni aku ada post entri <<ini>>. Waktu itu aku masih tak punya tajuk untuk cerita itu. Jadi, hari ni aku keluarkan sambungannya, bab 2..dengan tajuk "Bila Encik Iceberg Cair". Hihi. Selamat membaca cerita tak seberapa ni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Amboi mamat ni blah macam tu aje? Tak gentleman langsung!”
“Kalau lelaki lain tadi mesti diorang akan tanya keadaan aku. Aku ok ke tak. Ini….dibiarkan aje aku kat sini sorang-sorang. Mamat poyo!”  Bebel Qaseh lagi. Geram sungguh dengan perangai mamat tu.

Apa punya malang nasib aku harini. Orang lain jogging elok aje..aku jogging sampai masuk dalam tasik. Haru betul! Apa mamat tu kata tadi? 
See?? Terima kasih basahkan sketch book saya!” Qaseh meniru semula gaya percakapan mamat poyo tiada perasaan tadi.
“Piiiiirah..poyo! poyo! Eeee..sakit pulak hati kita!” Orang berbudi kita berbahasa. Agaknya mamat tu tak belajar sivik dekat sekolah dulu. Dia dah minta maaf pun. Tapi apa yang dia dapat?? Dapat malu ada lah.
“Alamak! Dah lewat ni, nanti Mama bising pulak.” Sambil itu sempat lagi Qaseh memerah baju dan tudung yang basah sebelum masuk kedalam kereta. Kalau diikutkan mahu sahaja dia melencong ke rumah Zyra, sahabat baiknya. Tapi, Zyra pula pulang ke kampung dan masih belum balik ke rumah sewanya. Mahu tak mahu, redha aje lah kena bebel dengan Mama bila dia balik dalam keadaan macam ni.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….1, 2, 3, go!” Perlahan-lahan Qaseh keluar dari perut kereta dan mula menapak ke dalam rumah. Tapi baru beberapa tapak dia melangkah ke dalam rumah sudah ada suara garau yang menegur. Macam kenal je suara tu..macam kenal je suara tu. Ha ha ha. Tidak lain dan tidak bukan…abang As!
 “Astaghfirullahalazim..kenapa sampai basah kuyup ni Qaseh?” Asfarizal terkejut  melihat Qaseh yang balik kebasahan. Setahu dia cuaca hari ni memang elok sahaja. Tak tahu lah Qaseh jogging dekat ceruk mana.
Shhhhhhhhh..jangan la cakap kuat-kuat nanti Papa dengan Mama dengar. Eh, tapi..mana Mama dengan Papa??” Tanya Qaseh bila kelibat Mama dan Papa langsung tidak kelihatan di ruang tamu ataupun di gazebo.
“Oh..Papa dengan Mama ada dekat atas tu. Tengah bersiap, tak lama lagi kan Maghrib. Ni soalan yang abang tanya tadi tak berjawab lagi” Asfarizal mendesak ingin mengetahui hal sebenar yang telah berlaku kepada Qaseh. Pasti ada sesuatu yang telah terjadi kepada Qaseh kerana dia seperti ingin berahsia dengan Mama dan Papa. 
“Hmmm…nanti la Qaseh cerita. Qaseh nak mandi, tukar baju dulu. Tapiii…abang jangan bagitau apa-apa dekat Papa dengan Mama ok!” Sebelum naik ke tingkat atas, sempat lagi Qaseh kowtim dengan abang As. Yelah, mana tahu abang As terlepas cakap nanti, haru hidup Qaseh. Jangan harap dia dapat jogging lagi selepas ini. Bukan dia tak kenal Mama dan Papa. Pernah dahulu kaki dia tercedera semasa bermain hoki di sekolah. Lepas  sembuh dari kecederaan, terus Papa dan Mama suruh dia tukar sukan lain. Tak pasal-pasal masuk kelab chess sekolah.
           “Ok..Promise!” Cepat sahaja Asfarizal berjanji. Kalau tidak, merajuk la adik kesayangan dia tu. Bukan dia tidak tahu apa yang menakutkan Qaseh bila hal ini sampai ke pengetahuan Mama dengan Papa. Alahai..Qaseh..Qaseh.
            Baru sahaja Asfarizal melangkah ke tangga untuk ke tingkat atas, kelihatan Mama sedang menuruni tangga.
              “Haa..As, Qaseh dah balik ke?” Soal Puan Suraya sebaik sahaja ternampak Asfarizal.
            “Dah Ma..baru je dia naik ke atas” Asfarizal menjawab sopan.
           “Hish..anak dara sorang ni, dah nak Maghrib baru nampak rumah. Dia pergi mana tadi As?” Soal Puan Suraya lagi.
           “Erm..Qaseh terserempak dengan kawan dia tadi Ma, itu yang dia balik lambat.” Tak pasal-pasal dia terpaksa menipu Mama untuk cover line Qaseh. Tapi apa boleh buat, kedua-dua wanita ini kesayangannya.
            “Oh..dah jom naik atas, Papa dah tunggu kita tu. Kita solat Maghrib berjemaah” Puan Suraya berkata sambil kembali mendaki tangga untuk ke bilik solat.

SEBAIK sahaja kereta Proton Persona milik Danial Mikhail diparkir dihadapan rumah teres dua tingkat itu, kedengaran Azan Maghrib berkumandang. Tanpa berlengah, dia terus keluar dari kereta.

              “Assalamualaikum..” Danial memberi salam sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.
            “Waalaikummussalam..” Jawab Puan Halina dari dalam bilik. Dia keluar dari bilik dengan memakai telekung apabila terdengar Danial masuk ke dalam rumah.
            “Lambat balik, Along? Eh..kenapa basah kuyup ni??” Soal Puan Halina lagi bila dia perasan akan baju dan seluar  anaknya itu basah.
            “Errrr..Along..Along selamatkan orang jatuh dalam tasik!” Danial berterus-terang kepada ibunya.
            “Laa..yeke. Kesiannya anak ibu ni. Takpelah, Along pergi mandi dan solat dulu, nanti turun makan ye, ibu ada masakkan sambal sotong kegemaran Along”
            “Baiklah ibu..Along naik dulu ye” Danial meminta izin untuk ke biliknya di tingkat atas.
Sampai sahaja di dalam bilik, dia membuka suis lampu dan segera menanggalkan pakaian yang basah. Dia mencapai towel dan berlalu ke bilik air untuk mandi, tetapi sebelum itu sempat dia mengambil sketch book yang dah tak serupa sketch book lagi selepas jatuh ke dalam tasik tadi. Kalau dikeringkan pun sketch book itu serupa macam kerja sia-sia. Lukisan-lukisan yang sudah basah terkena air itu takkan dapat dikembalikan ke bentuk asal. Jadi, lebih baik dia buangkan aje sketch book itu walaupun sayang. 
“Ini semua sebab perempuan tu, apalah malang nasib aku jumpa dengan dia petang tadi”
“Tak boleh ke kau langgar orang lain tadi??”
“Kenapa mesti aku??? Arghhhhhhhh”
Danial membebel sendiri tatkala mengenangkan peristiwa tadi. Dia terpaksa turun ke dalam tasik semata-mata nak menyelamatkan perempuan tadi. Itu satu hal. Satu hal lagi..kalau perempuan tu jatuh bawak badan sendiri takpe la juga. Ini tak..diangkut sekali sketch book kesayangan aku. Berharga kot lukisan-lukisan aku tu. Setiap lukisan tu ada nilai sentimental yang tersendiri. Aku ingatkan nasib malang aku sampai takat tu aje. Tapi bila sampai ke kereta, tayar kereta pancit pulak. Dah satu hal lagi kena tukar tayar. Hoii sabar je la aku!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Qaseh Sayang,
Qaseh Nur Balqish a.k.a zainatul abu bakar :D



Thursday, October 24, 2013

BAB 1

Qaseh meneguk air mineral yang dibawa dengan rakusnya. Dia duduk di kerusi yang disediakan selepas menamatkan dua pusingan larian mengelilingi tasik. Ramai orang yang mengunjungi Tasik Shah Alam pada hujung minggu itu. Dia sudah lama tidak ke sini untuk jogging. Susah juga dirasakan untuk menghabiskan dua pusingan. Kalau tidak kuat semangat, tidak sampai satu pusingan lagi dia sudah angkat bendera putih.
Jam sudah menginjak pukul 6.15 petang. Tidak mau berlengah, Qaseh beredar dari kerusi itu untuk balik. Alunan nada dering “Just Give Me A Reason” daripada telefon bimbit kesayangan berbunyi nyaring minta diangkat. Tertera nama Mama di skrin telefon.
Hello, Assalamualaikum, Mama!”
Ye..Qaseh nak balik la ni. Kenapa Mama?”
“Oh..Abang As dah sampai ke? Awalnya…”
Ok..Ma, Qaseh balik sekarang jugak!”
Auchh!” Tanpa disedari dia telah terlanggar seseorang. Kuat juga perlanggaran itu, badannya sakit kerana orang yang di langgar itu boleh tahan sasa juga badannya. Tapi dia tak dapat melihat dengan  jelas raut wajah lelaki itu kerana dia berkaca mata hitam.
 “Erkk..Saya minta maaf encik. Saya tak perasan encik tadi”
Tanpa bercakap lelaki itu menunjukkan tangannya ke arah sebuah buku berwarna hitam di atas rumput yang berada betul-betul di tepi tebing tasik.
“ Ya Allah! Buku encik ye? Ok..ok saya pergi ambil. Saya betul-betul minta maaf.”
“Bila pulak buku tu terbang ke situ? Oh..mungkin masa aku terlanggar dia tadi kot!.” Qaseh membuat telahan sendiri. Jujurnya dia tidak perasan langsung lelaki itu membawa buku, apatah lagi bila dilihat dari jarak perlanggaran tadi dengan buku itu agak jauh. “Fuh..boleh tahan kuat juga aku langgar dia tadi. Nasib buku tu tak selamat masuk dalam tasik. Kalau tidak…”
Qaseh segera mendapatkan buku itu. Bila di belek rupanya sebuah buku lukisan. Di halaman hadapan terdapat lukisan pemandangan sebuah tasik. Cantik lukisan lelaki itu. Mungkin seorang pelukis.
Ehemm..”
Qaseh terkejut dengan deheman lelaki tersebut. Tapi yang membuatkan dia paling terpana adalah wajah tanpa perasaan di hadapannya. Lelaki itu dilihat sudah menanggalkan kaca mata hitam yang di pakai tadi. Qaseh bagaikan bermimpi apabila wajah lelaki itu persis artis Korea, Choi Si Won yang diminatinya.
Hello, sketch book saya!” Pinta Danial dengan nada yang sedikit meninggi  kerana perempuan itu dilihatnya kaku memandang wajahnya.
Disebabkan terkejut dengan sergahan lelaki itu, Qaseh hilang imbangan dan tiba-tiba..
Dushhh!!”
“Toloong! Encik tolong saya!” Jerit Qaseh apabila tiba-tiba dia jatuh ke dalam tasik gara-gara disergah lelaki tanpa perasaan itu. Sudah la dia tidak tahu berenang. Lelaki itu pula macam tiada tanda-tanda untuk menjadi hero menyelamatkan dia yang mungkin akan lemas di dalam tasik itu.
Tiba-tiba lelaki itu terjun ke dalam tasik mendapatkan Qaseh. Itu pun selepas teriakan dia meminta tolong tadi mula mendapat perhatian orang ramai. Mungkin tidak mahu dilihat sebagai seorang yang tidak gentleman, lelaki itu dengan terpaksa rela turun juga menyelamatkannya.
“Encik..terima kasih selamatkan saya dan saya minta maaf pasal tadi.” Qaseh cuba meminta maaf sekali lagi dengan memberikan senyuman yang paling manis untuk lelaki itu. Lain yang di harapkan lain pula terjadi. Lelaki itu masih tidak menghadiahkan dia sebuah senyuman mahupun menunjukkan rasa simpati.
 “See??” Tiba-tiba Danial mengangkat sketch book miliknya dan ditayangkan di hadapan muka Qaseh.
“Terima kasih basahkan sketch book saya!” Dengan hati yang sebal, Danial segera meninggalkan perempuan itu di situ. Sedikit pun dia tidak bertanya sama ada perempuan itu ok ataupun tidak. Sudah lah dia dilanggar dengan kuat, sketch book kesayangan pula basah disebabkan perempuan itu. Ini betul-betul membuatkan dia kehilangan mood.
*************************************************************

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah percubaan pertama saya untuk menulis. Menjadi penulis dan punya novel sendiri adalah impian yang lama sangat terpendam dalam diri saya. Mungkin inilah masanya saya perlu berani mencuba. Kalau tak cuba, kita tak tau kan? Saya mengharapkan comment-comment membina dari anda semua. Terima kasih sebab sudi baca :)


Friday, October 11, 2013

H.U.J.A.N


Hujan...

Hujan ini selalu mengingatkan aku pada kenangan lalu.

Kenangan ketika kecil. Ketika ayah masih ada.

Aku ingat lagi dahulu..ayah hanya punya motorsikal.

Dengan motorsikal itu lah ayah hantar aku ke sekolah setiap pagi.

Untuk memastikan aku tak akan basah kuyup ke sekolah, ayah buat sendiri baju hujan itu.

Aku ingat lagi baju hujan yang di buat ayah sangat besar.

Muat untuk aku dan ayah sama-sama berlindung dari kebasahan.

Aku akan membonceng di belakang ayah sambil bersembunyi di dalam baju hujan ayah yang besar itu.


Jadi aku tidak akan basah apabila sampai ke sekolah.

1946-2005
Ayah..adik rindu ayah SANGAT-SANGAT



Yang sentiasa merinduimu,
Adik.
10102013


Thursday, June 27, 2013

Segmen Bloglist Julai Blog Paly

Assalamualaikum wbt..

Malam ni rasa nak join segmen yang dianjurkan oleh Blog Paly ni. Sebenarnya masa kat ofis ade terbaca pasal segmen ni. Tapi ye la kan..takkan aku nak berblogging plak kan. Jadinye aku biarkan la dengan harapan balik nanti aku nak join. Tapi hampeh sebab aku bizi dan balik lambat. Balik lambat, letih dan ngantuk lagi, akhirnya aku lupe. Tapi nasib baik aku terbaca entri Paly yang segmen ni tinggal 4 jam lagi. Alhamdulillah dapat la jugak join kan. Hehe =)


Hai Paly!(kenyit mata sket, hehe) Harap-harapnye awak sudi letak Blog Perempuan Kampung Moden dalam bloglist Julai Blog Paly ye. Lepasni dah boleh update selalu blog ni sebab tuan blog ni dah nak abis praktikal, hoyeahhh! Eii tak sabarnye...esok last day praktikal!


Oklaa, rakan-rakan blogger yang lain..jemputlah BW ke blog Perempuan Kampung Moden..Insyaallah I will visit ur blog sooner or later, dun worry k ^_^


nak join klik sini cepat!

NotaKaki: Segmen tamat pada pukul 11:59 pm (malam ni)


Sunday, June 16, 2013

Idea Menarik Sempena Hari Bapa

Assalamualaikum wbt..


Selamat hari bapa untuk semua insan bergelar bapa. Bersyukur jika anda masih punya bapa/ayah/walid. Untuk mereka yang sudah kehilangan seorang ayah, sabar dan redho dengan ketentuan Tuhan. Apa yang kita boleh lakukan sebagai anak, adalah doa. Doa yang tidak putus-putus tanda ingatan kita kepada si ayah di alam sana. 

Aku juga sudah kehilangan ayah yang telah menjagaku dari kecil. Walaupun dia bukan ayah kandungku tapi  dia melayan aku seperti anak kandung sendiri. Alfatihah untuk arwah ayah. Semoga ayah damai di sana. Adik rindu ayah sangat-sangat. Adik rindu dengan lawak-lawak ayah. Rumah sunyi sejak ayah tiada. Dah 8 tahun ayah pergi. Dah 8 tahun jugak rumah tu sunyi ayah. Takde sape mampu buat lawak macam ayah buat. Sungguh kami semua rindu ayah!

Tapi aku juga bersyukur aku masih punya ayah kandungku. Insyaallah aku akan cuba bahagiakan ayah. Akan aku banggakan ayah dengan ijazah yang bakal aku terima hujung tahun ini. 

Ok takmo sedih-sedih. Ape kata kite tengok idea-idea menarik yang boleh kita lakukan untuk ayah sempena hari bapa ni.


Haaa..ape kate korang tulis ucapan kepada ayah dan masukkan dalam balang macam ni. So sweet :) Ape salahnya kan. Kalau dengan boyfren korang pandai pulak nak suwit suwit kan? Hahaha



Waaa yang ni best gak ni. Kalau aku jadi ayah konpem nyenyak tido. Mungkin geli sikit la. Tapi tetap sweet kan?? heeee. Tapi kita yang dah besar ni takkan nak main race kete pulak kat belakang ayah kan? Boleh la ganti dengan urut badan ayah. Yelah ayah kan penat cari rezeki. Time ni lah kita nak manjakan ayah :)


Ok sempena hari bapa ni boleh la kau tunjukkan bakat memasak masing-masing. Hehe. Buat something special untuk ayah. Semua adik beradik berkumpul. Meriah kan?

Takpun beli kan la ayah korang kasut ke, baju ke, tie ke..ape ape jelah. Yang penting ayah suka dan dia akan pakai. hehe



Mood: Selamat Hari Bapa!

Ada Apa Dengan "Sebenarnya Saya Isteri Dia"

Assalamualaikum wbt..

Mata masih segar bugar walaupun jam dah menunjukkan pukul 1:34 a.m. Alang-alang taknak tido lagi tu marilah kita sapu sawang-sawang yang ade dekat blog ni dengan entri baru. Hihi. 

Aku bet rata-rata penduduk Malaysia sekarang ni tengah giler dengan drama terbaru adaptasi dari novel "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Betul tak? Oh sweet sangat si Firash tu ye. Alalalala. Nakal-nakal pun ramai orang minat.

Aku rase nanti kan..habis semua novel-novel kat pasaran ni semua nak buat drama/filem. Haha. Lepas ni dengar cite "Kampung Girl" pun akan didramakan. Dah bace? Aku baru je bace beberapa minggu lepas. Oklah not bad. Hero die pun mula-mula benci pastu suke. Hmm kadang-kadang aku rase cliche sangat la. Tapi aku pun tengah fikir..jalan cerita macam mane yang tak cliche?? Hurmmm..ni lah cabaran untuk penulis novel. Eh, aku pun ade impian nak tulis novel tau..cumenye ni lah haa tengah fikir jalan cerita macam mane yang tak cliche sangat. Huhuhu. 

Oh lupe plak..aku baru je lepas layan episod-episod SSID kat tonton.com.my. Lepastu google la pasal penulis SSID ni..kak Zura Asyfar. Then, aku jumpe blog die, hihi. Kalau nak baca boleh la [klik sini]. Boleh baca disebalik tabir masa kak zura mula-mula nak siapkan SSID ni. Banyak cabarannya..tapi pada masa yang same aku kagum dengan kegigihan Kak Zura ni nak siapkan SSID. Dengan takde laptop/pc nye, die terpaksa pinjam laptop husband dia dan mula buat keje dari pukul 12 malam sampailah ke pagi. Waaaa kagumm.


Mood: Nak contohi Kak Zura Asyfar. Semangat! yeah!



Monday, June 3, 2013

Anda Suka Bubble/Pearl Tea? Please hati-hati ye

Assalamualaikum wbt...



Aku ada info berguna untuk dikongsi bersama pembaca blog. Ini berkaitan bubble/pearl tea. Aku memang peminat tegar bubble tea tau. Di UiTM dulu, boleh kata hari-hari aku akan beli bubble tea. Memang addicted la..lagi-lagi perisa mocha dan chocolate! Ummm yummy :)


[sumber gambar]


Tapiiii baru-baru ni tapiocca ball/pearl dari Taiwan dikesan mengandungi maleic acid.  Ada apa dengan cinta maleic acid??

Maleic acid adalah sejenis bahan yang tidak dibenarkan ditambah dalam produk makanan. Kehadiran maleic acid dalam makanan disebabkan oleh penggunaan kanji bergred industri yang didakwa boleh meningkatkan kekenyalan produk makanan.

Berikut adalah antara produk yang tercemar dengan maleic acid:

1. Tapioca Ball daripada syarikat Sunright Corporation, Taiwan
2. Tapioca Starch daripada syarikat Hong Kai Foods Co., Taiwan
3. Black Tapioca Pearls daripada syarikat Possmei International Co Ltd, Taiwan
4. Indica Rice Powder daripada syarikat Sunright Foods Corporation., Taiwan
5. Tapioca Pearls daripada syarikat Shang Wang, Taiwan
6. Tapioca Starch Ball daripada syarikat Grand Chainly Enterprises Co. Ltd, Taiwan
7. Tapioca Pearls daripada syarikat Ting Long, Taiwan
8. Noodles daripada syarikat Sin Chi Zhi Miang Chang, Taiwan
9. Tapioca Pearls daripada syarikat An Li Si, Taiwan
10. Tapioca Pearls (White) daripada syarikat Taiwan Tapioca Foods Company Ltd, Taiwan
11. Tapioca Pearls (Black) daripada syarikat Taiwan Tapioca Foods Company Ltd. Taiwan

Kesan maleic acid kepada manusia:

Pengambilan maleic acid yang sekali sekala pada paras rendah adalah tidak memudaratkan kesihatan. Tapi pengambilan pada paras yang tinggi dalam jangka masa yang lama berkemungkinan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Tapi setakat ini pemantauan di pintu masuk mendapati produk tersebut tidak diimport ke Malaysia. Pada masa yang sama Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu pengesahan mengenai perkara tersebut daripada pihak Taipei Economic and Culture Office di Malaysia..



NotaKaki: Untuk maklumat lanjut sila klik link di atas