Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Wednesday, November 12, 2014

Katakan Saja Kau Rindu?!....

Assalamualaikum wbt...



Ya Allah lamenya Zai tak update blog!. Winduuuu... Kalau boleh diukur, lebih daripada 200% tau! Hahaha. Apa khabar cik blog? Apa khabar kawan2 blogger? Sorry..dah lama tak blogwalking. Entah apa yang disibukkan pun tak tau lah. Duniawi...duniawi. Hahah.

Bukan blog je yang terabai sejak beberapa bulan ni, tapi hobi membaca pun turut terjejas. Adoii! Ada banyak sangat buku dalam simpanan yang masih belum dibaca tau. Buku-buku yang dibeli masa Big Bad Wolf, Seremban aritu pun tak berusik lagi. Novel-novel yang dibeli sebelum tu pun sama. Tetiba rasa bersalah yang amat dasyat, sama macam perasaan sebaik saja balik dari shopping sakan. Haha. Faham tak perasaan tu?

Dan sejak mula mengenali novelis Acik Lana (memang sebelum ni tak pernah dengar dan baca novel beliau), maka Zai telah mengidam nak dapatkan novel Acik. Baca reviews dari blog dan Goodreads, rata-rata bagi good feedback keatas semua novel-novel Acik. Ah sudah! I don’t have enough money utk beli semua novel-novel tu!. Takpe..takpe, kita pilih 2 novel je dulu. Dari reviews2 yang Zai baca, ramai yang suka Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS).




    “Pelangi Cinta Buat Suami adalah novel Acik Lana yang PALING best!!”

And few comments yang serupa..so, masuklah PCBS dalam wishlist. At the same time terbaca post dekat FB group Acik, akak Lina Rosli bukak order semua novel2 Acik (kecuali novel Perempuan Yang Paling Aku Cinta-sebab Limited Edition). Part paling best, dapat novel sekali dengan sign Acik. Wow! Dan akhirnya, Aku order PCBS dan Akadku Yang Terakhir (AKYT).



Kebetulan cuti jumaat lepas, Zai pun mula la baca PCBS. Memang Wow! Acik dapat buat Zai terus membaca sampai habis. Satu hari je boleh habiskan novel PCBS yang boleh tahan tebal, 823 m/s. Zai suka Imanina yang selamba dan kuat semangat, Qalif yang panas baran tapi sebenarnya adalah lelaki yang sangat romantik asalnya.

Bayangkan Imanina (Nina) jatuh cinta dengan Tengku Qalif (TQ) hanya melalui diari TQ yang ditulis sepanjang perjalanan cinta antara TQ dan arwah isterinya, Liyana. Nina kenal siapa TQ melalui luahan TQ dalam diari tu. Nina mahu mengembalikan TQ kembali menjadi lelaki seperti dalam diari dan dia mahu jadi wanita sebertuah Liyana. TQ pulak panas baran dan seakan menyalahkan takdir atas kematian Liyana. Yelah, Liyana meninggal masa honeymoon diorang. Bayangkan.....huhu


TQ masa tu dah macam mayat hidup. Terperuk je dalam bilik. Pertemuan dia dengan Nina pun berlaku masa Nina datang kenduri tahlil kat rumah TQ dan masa datang hantar baju Mama TQ. Itupun, Nina asik kena tengking je dengan TQ. Tiba-tiba Nina offer diri untuk jadi isteri TQ. Memang mengamuk sakan la mamat tu! Tapi sebab tercabar, TQ setuju dengan perkahwinan diorang.

Bermulalah jalan-jalan penuh liku Imanina mengejar cinta suami sendiri (banyak part2 best mase ni...nak tau kena baca lorh) Dan akhirnya bila dia mula mengecap bahagia, TQ pulak outstation ke Myanmar. Pada masa sedang bercakap dengan Nina melalui Skype, ada lanun yang menyerang dan menembak Qalif. Ya Allah, masa ni Zai sendiri pun dapat rasa apa yang Nina rasa waktu tu.

Sampai sekarang Zai still terbawa-bawa dengan perasaan sedih Imanina yang kehilangan Tengku Qalif selama 4 tahun. Semua orang cakap yang TQ dah jadi arwah. Lanun tu tembak TQ dan buang dalam laut. Tapi Imanina tak percaya dan terus setia menanti TQ (walaupun kesetiaan tu hampir je nak goyah, hihi). Bila orang jumpa TQ dan bawa balik Malaysia, tapi Tengku Qalif dah jadi macam orang lain. Hilang ingatan pulak tu! Aduhh...

Cuma kecewa sikit sebab di pengakhiran cerita Zai harap sangat TQ dapat balik ingatan dia. Tapi takpelah janji TQ dah berubah dan mula menerima Nina & Humaira.

Apa-apapun Zai bagi 4.5/5 stars untuk PCBS! Yeah, memang best! Tak rugi beli.


Percayalah kasih... kesetiaan ini, kesetiaan yang tak kau duga. (sukanya ayat ni! Hehe)