Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Saturday, September 24, 2011

Jamuan Raya Sana Sini..Kali ni Jamuan Raya FSG~~

Assalamualaikum wbt...




Hye sume! Ape khabar? perut macam mane? sangat sihatkah..almaklumlah banyak jemputan open house sana sini. Poket pon bertambah sihat kan..sebab anda tak payah susah-susah membeli makanan, selagi ada open house selagi itulah kita tak perlu mengeluarkan duit satu sen pon..hihi.




Eh..lame betul kan aku tak buat entry, last entry pon masa awal2 ramadhan dulu. Mintak maaf ye...terasa sangat malas nak menulis. Belum terlambat kan, kalau kita nak wish "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"....ala, raya kan sebulan! (lambat giler wish..orang laen dh berkurun abad wish..muahaha) 




Hmm...semalam, bersamaan 22/9/2011, fakulti aku  (Fakulti Sains Gunaan @ FSG) buat jamuan raya untuk semua warga fakulti..sehari sebelum, jamuan khas untuk pensyarah dan staff, semalam khas untuk pelajar. Maka dengan itu...tak perlulah aku membelanjakan RM3.50 - RM 4.00 di DC untuk makan tengah hari. So, jamuan raya @ open house ni banyak menjimatkan duit kita sepanjang bulan syawal ni. Sebagai contoh...sekitar 2 minggu yang lepas (jamuan raya HEP), aku tak perlu mengeluarkan duit walau se sen pon kerana aku telah siap sedia men"tapau" (apa bahasa aku ni..ala korang paham la kan) makanan untuk makan malam sekali. Hampir semua khemah tu aku pulun makan...free beb! Walaupun terpaksa beratur panjang, tetap aku gagahkan juga demi makanan free yg SUPER DELICIOUS (p/s: semua makanan sedap-sedap belaka...bukan la puji sebab makanan free tapi memang betul2 sedap,rugi sape tak pergi,hahaha)






Ok, berbalik kepada jamuan raya FSG...antara makanan yang disediakan adalah:


1. Sate (ni favourite aku...tak tahu kenapa kawan aku si imah kata tak sedap, so aku rembatlah dia punya...:P)


2. Nasi impit + kuah kacang (tapi kuah kacang kat jamuan raya HEP lebih sedap..hihi,walaupun begitu tetap juga habis aku makan..tak baek membazir!)


3. Nasi impit + lontong (melepas...dh abis dh, aku pergi pon dalam kol 12:30 pm lepas kelas arab)


4. Kuih tepung pelita 


5. Char Kueh Teow Penang (SUPER DELICIOUS!)



dalam sibuk2 beratur...tjah & aku
3 sekawan..syikin,tjah & zai
4 sekawan..tiha,zati,hani & fatin
Ain ke depan nih?? sori ye amik gmbr blkg jer..lalala
masuk jugak la gambar ko intan..ok la tu,haha
char kueh teow penang~~
tengok tu..beratur panjang,time ni hujan dah mula turun
sate oh sate!



P/S: terlupa nak amik gambar makanan kerana terlalu khusyuk menghadap makanan depan mata..lalalala








1 comment:

David said...

Great readding your blog