Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Wednesday, March 27, 2013

Tips| Memilih Tajuk Untuk Final Year Project (FYP)

Assalamualaikum wbt...selamat malam :)


Final Year Project (FYP).

Dengar saje FYP, pasti perasaan gerun tu automatik datang sendiri kan? Saya pon macam tu jugak la dulu. Sem 1 - 5, saya relax-relax lagi..tak pikir ape-ape pon. Datang kelas, jawab quiz/test, akhir nanti jawab final exam....dan selesailah satu sem. Tapi bila masuk je sem 6, saya dah mula gerun. OMG, sem ni ade FYP oiii!

Bukan ape..FYP tu gerun sebab ni kire projek besar untuk kite. Sorang-sorang pulak tu. Dah biasa buat lab dalam group, mau tak gelabah buat lab sorang-sorang? Masa tu saya cuma pikir mampu ke aku nak buat FYP ni sorang-sorang..huhu.

Saya dah lama terpikir nak buat entri pasal pengalaman-pengalaman yang dapat saya kutip sepanjang FYP. Supaya adik-adik, junior-junior semua tak ulang kesilapan yang saya pernah buat, hihihi. Perlu diingat ye, saya bukan pro. Tips ini adalah dari pengalaman peribadi.

Ok. Mula-mula saya nak bagitau, saya adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains & Teknologi Makanan atau nama glemernye Food Tech! hehe. Sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal. Dengan izin Tuhan selepas praktikal nanti grad lah saya. InsyaAllah :)

Pada akhir sem 5, kami pelajar Final Year student telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut supervisor masing-masing. Dibawah supervisor saya terdapat 4 orang student termasuk saya. Jadi sebelum bermulanya cuti sem, saya ingat lagi ketika tu kami sedang menduduki final exam..saya dan 3 orang lagi rakan, arrange satu perjumpaan dengan supervisor kami. Cuak jugak nak jumpe supervisor nih! hihi

Untuk pengetahuan, saya tak kenal pon supervisor saya ni. Sebab dia tak pernah mengajar saya sebelum ni. Tapi alhamdulillah, lepas jumpe dia, saya rase lega sebab dia baik dan takde stok-stok muka lecturer yang garang pon, hehe. Jadi, pada pertemuan ni dia terangkan kepada kami serba sedikit tentang FYP. Yelah, aku memang zero bab FYP ni. Taktau pape. Die terangkan bahawa FYP kita akan berdasarkan kepakaran supervisor (sv) masing-masing. Macam sv saya ni, dia terer bab-bab emulsion. Oh yeah! ofkos kami semua kena buat pasal emulsion, wuhuuu. Natang apo emulsion??? Erkkkkk...camne saya nak explain ye. Ermm..senang cerita macam ni la emulsion tu adalah campuran minyak dan air. Contoh macam mayonnaise, margerin, ice cream..kalau yang semulajadi memang emulsion contohnye santan kelapa, susu kambing dll. Emulsion ni akan separate (yelah air dengan minyak) kalau takde emulsifier. Gitu la nak senang paham. Nak explain lebih-lebih nanti korang pening pulak, hehe. Banyak term lagi pasal emulsion ni.

[sumber gambar]


Sv saya bagitau lagi, FYP ni ade dua jenis. Satu, buat product (new product development) dan satu lagi analysis. Student-student di bawah sv kami memang kena buat analysis. Hmm, kalau tanya saya mana satu lagi susah. Saya rasa dua-dua pon sama susah. Takde yang senang la pasal FYP.hehe. Kalau product baru risikonya takut produk tak jadi. Kalau analysis pulak risikonya takut result analysis  ntah hape-hape la.

Jadi, sv saya suruh kami fikirkan tajuk FYP awal-awal. Masa cuti sem ni kena fikir. Mula baca journal. Oh bila baca journal jadi gerun pulak sebab experiment sume gempak-gempak. haha. Sv saya tak bagi tajuk, dia suruh kami carik sendiri tajuk yang kita suka, tapi pasal emulsion la. Saya dah tension dah, ehhh..carik tajuk journal kemain payah ok! (ke saya je macam tu?). Lagi baca journal lagi saya pening..hihi. Then, pertengahan cuti sem tu, saya datang ke fakulti semata-mata nak tunjuk tajuk kat sv tau. Ade la saya listkan beberapa tajuk beserta journal. Sv saya baca dan dia approve satu tajuk ni. Fuhhhhh legaaaaa...yeay dah boleh cuti betul-betul. Kalau tak doplohempatjam dok pikir FYP. Tak tenang jiwa ai tau..haha.

Kat mane nak carik journal?

Dekat libarary uni boleh, kat google pon boleh. Mula-mula log in la ke online library uni masing-masing. Macam saya student uitm, boleh la ke library.uitm.edu.my. Semua uni akan subscribe journal-journal yang berkaitan course anda. Kebanyakannya free la sebab uitm dah subscribe. Untuk student science, journal yang popular adalah sciencedirect. Kebanyakan journal-journal saya adalah dari ScienceDirect. 














Kotak-kotak warna hijau menunjukkan yang kita boleh download keseluruhan journal ok :)

Ini file yang ade semua journal-journal yang saya download



Mula-mula saya download semua journal yang berkaitan emulsion. Kemudian, baca lah journal-journal yang dah download. Oh ye saya tau, baca journal adalah sangat azab..haha. Tapi slow-slow la ok. Baca dan pahamkan. Kemudian tengok la method yang digunakan. Susah ke senang. Better amik yang senang, supaya awak tak pening di kemudian hari, hehe. Dan pastikan la instrument yang digunakan tu ada dekat uni. 

Bila saya dah habis baca (baca ala kadar je asal paham)...saya dah dapat gambaran, apa yang saya nak buat. Mula-mula saya nak buat pasal rheology. Dan saya nak gunakan santan sebagai bahan analysis saya. Sebabnya..santan kan emulsion semulajadi. So, saya tak payah prepare emulsion (keje nak senang je), muahahaha.

Lepastu saya listkan tajuk-tajuk yang saya nak buat. Saya modified sikit tajuk-tajuk tu, takdelah ikut sebijik tajuk journal. Dan ade yang saya amik sebijik tajuk macam journal tapi bahan nye lain sebab saya nak guna santan. Macam tu la.. kalau nak amik sebijik macam journal pon takde hal. Cuma nanti, method atau analysis tu tambah atau ubah buat analysis lain sikit dari journal. Jangan risau sv akan bantu anda dalam hal ni, hehe. 

Tajuk yang sv saya dah approve tu, tiba-tiba sv mintak saya tukar pulak. Tukar tajuk??? Relax tukar-tukar tajuk ni perkara normal dalam FYP. After presentation proposal FYP pon still ade lagi yang kena tukar tajuk. Tapi nasib baek sv saya suggestkan tajuk. Masih gunakan santan..tapi kita analysis effect freeze-thaw ke atas santan.


So, lepas dah finalize tajuk, saya mula sort out journal-journal saya dengan lebih terperinci. Tadi kan saya kata saya download semua journal berkaitan emulsion. Sekarang saya buat new folder bertajuk 'coconut milk + freeze-thaw journal' macam dalam gambar di atas.

Ok.sampai kat sini dulu. Nanti saya share kan tips-tips lain berkenaan FYP ye. Harap membantu :)



16 comments:

abgDude a.k.a kai said...

info yang berguna untuk student2 yang mempunyai masalah untuk final dorang...

http://abgdude.com

zainatul abu bakar said...

abgDude: mudah-mudahan, amin :)

Lyn Yusoff said...

thx for dropping by to my blog..
selamat berkenalan yer dik :)

lynmunir said...

Panjangnya...poneng mato den. Tapi memang baguslah untuk student yang nak ke final yer banyak tipsnya.
Ini baru betul blog ilmiah.

Mrs Velentine said...

tak pernah rasa ada FYP..sebab KAk MV tak masuk U-

Anonymous said...

akak..says tengah pikir pasal tajuk fyp jugak skrg ni..belum jumpa2 lagi tajuknyaa... :(

zainatul abu bakar said...

Anonymous - Akak faham. Memang pening nk pikir tajuk. Tu blom analysis lg tu kan. Takpe slow slow..minta petunjuk Allah. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar :)

A single step said...

tq kak for the info.. sy pun nak kena hadap fyp sem ni.. doakan sy kak..

Anonymous said...

huhu... saya pn bdk foodtech
sem ni kna bt fyp
risau sgt
sv dia expert more to food chem
fat and oil cenggitu
ada x idea yg best2??
hihi..

Unknown said...

Next year FYP takuuuttt

Unknown said...

Next year FYP takuuuttt

Unknown said...

thanks for the info

Zakiwaaa said...

terima kasih atas info. Sangattttt membantu. Semoga Allah merahmati kamu :)

sarawahi said...

Mana sambungannyaa..
Sy pun tengah pk tajuk ni. Adudu bantuin guee..

azwani said...

Sya pn tgh nk hdap fyp.ni sis

nrlezety said...

assalam akak. sy bdk lepasan spm 2018. akak amik food tech en? best x kak? sng x? sy x de bio tapi ade chemis n fizik so sy takut sy lambat drpd yg lain.. so akak rase bole ke sy score or buat? sbb syy amik kos ni dlm pemilihan upu.. susah x? please replyyyy