Alhamdulillah, tempat Zai boleh kata setiap petang hujan. Rasanya tempat lain pun hujan jugak kan? Ada baca dekat surat khabar aritu yang mana depa kata bulan 4 ni akan selalu hujan. Bila dah hujan ni harap-harap air dekat empangan tu penuh. So that tak payah catu-catu air lagi. Kesian dorang yang kena catu air ni. Sabar lah ye..
Dalam entri <<Random Things>>, Zai dah bagitau kan yang Zai keje kedai kasut. Sepanjang Zai keje kat sana, macam-macam kerenah atau pe'el pelanggan yang Zai dah jumpa. Well, tak kisah la baik atau buruk..semua ni pengalaman berharga untuk Zai. Dan dalam pada melayan kerenah dorang, Zai dapat mengklasifikasikan jenis-jenis pelanggan kepada beberapa jenis. Amboiiii sukati je kan. Haahahaha
Mari kita lihat kategori atau jenis pelanggan yang datang untuk membeli kasut. Then, boleh la decide awak tergolong dalam kategori mana, ok! Jangan amik hati pulak naaaa, ceq buat entri ini just for fun. Takdaq kaitan dengan mana-mana individu, samada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Boleh ehh?? Alaaaa sporting la sikit. Kalau nak baca Blog Perempuan Kampung Moden ni kena sporting. Kalau cepat sentap nanti cepat tua. Heeeeeee...gurau-gurau je. Peace!
1. Discount-type-customer
Pelanggan jenis ini hanya akan masuk ke kedai bila mereka terlihat poster dibawah
Dan mereka lebih mengharapkan keajaiban berlaku bila mana satu hari yang indah, mereka akan terlihat poster dibawah
Tapiiiiiiiii...wahai pelanggan yang dikasihi sekalian. Haruslah diingat bahawa, tak semua kasut ada discount bila anda terlihat poster 50% off. Perhatikan betul-betul dimana terletaknya poster itu. Kalau terbeli kasut yang takdaq discount sapa yang rugi dan kuciwa??? Anda juga...hehehe
2. Manja-type-customer
Alololo bushuk-bushuk! Ape yang aku mengarut ni. Haha. Dapat agak tak manja macam mane?? Macam ni, ada pelanggan jenis ini suka bertanya lagi dan lagi berkenaan harga kasut. Walhal harga setiap kasut telah ditampal dibawah atau ditepi kasut itu. Kecuali lah harga kasut tu takde sebab tertanggal dan sebagainya.
Dan kami (sales assitant) ni tak kesah pun kalau yang bertanya itu makcik-makcik, pakcik-pakcik, atuk-atuk, uwan-uwan. Sebab ape?? Sebab kita paham sangat yang mereka kurang nampak. Tapi pelanggan yang masuk dalam kategori manja ni adalah mereka yang muda belia dan mata pun pasti lebih terang. Tak gitu? Saje je nak manja-manja dengan weolls kan. Hahahahahaha
3. Layan diri-type-customer
Customer jenis ini paling interesting. Nak tau kenapa?? Sebab diorang ni.....ermmmmm taktau nak cakap lagu mana....bila dilihat secara positif golongan ini menyenangkan tugas kami. Dan bila dilihat dari sudut negatif mereka ni nampaknya menyusahkan kami. Opppsss. Hehe
Ada certain kasut kita display kat tengah, especially yang ada promotion. Jadi bila dok tengah alam tu kita susun la kotak kasut kat situ nak bagi penuh meja display. Lagipun, stor kat dalam tu dah penuh sampai takde tempat nak letak lagi dah.
Tapiiii...ade customer ni depa terlebih rajin. Depa pi carik kasut sendiri. Selongkar kotak-kotak kasut yang ada kat tengah tu ibarat kedai kasut ni mengamalkan konsep layan diri. Hahahaha. Zai nak gelak ada nak marah pun ada ni. Ya Allah berilah aku kesabaran yang cukup tinggi!
Padahal kan setiap jenis kasut dah ada display. Pilih je nak kasut mana dan saiz apa. Tahu lah kami nak pi carik kat ceruk mana. Nanti kalau silap letak ke apa kan dah susah kami nak cari.
Okla...sampai sini dulu, nanti ada masa Zai sambung lagi. Part 2. Hehehe.
*****************************
Keep on praying! |
13 comments:
kadang2 seronok dok tengok ragam orang ni, tapi kadang2 rasa tak menahan kannn?
Aah...mmg pn kak. Mcm2 ragam bleh jmpe
hehehe fae faham perasan awk
Manusia penuh dgn ragam..hihihihi
Tq Fae :) hihi
Betul tu..hidup pn penuh warna warni
haha macam2 ragam...
Salam kenal juga ya. =D
Jempot Jengah http://vitasemulajadi-putrajaya.blogspot.com/
Macam ² kerenag customer ada..so kena layan customer sebaiknya lah kan :)
Hahahaa.. perangai pelanggan.. apa boleh buat.. "customer always right" kan.. itu tak masuk ada customer yg nak menggatal lagi.. huhuu.. apa pun senyum jer la :D
Kena banyak sabar :)
No 1 lah kan. Lalala
No 1 lah kan. Lalala
Post a Comment