Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, July 6, 2012

Aku & Shampoo

Assalamualaikum wbt..selamat malam :)


Alhamdulillah..dapat jugak aku berpuasa hari ni. Kenyang dah..walaupun berbuka sekadar nasi goreng DC tuh. Disebabkan kekenyangan yang melampau (opps!), sekarang ni dah sleepy dah..maaflah kalau ada yang tersalah eja ataupun yang memang sengaja salah eja, haha.


Aku nak tanyalah, korang pakai syampoo ape sekarang?? Dulu-dulu?? Cerita aku dan syampoo ni memang panjanglah sebabnya aku tak jumpa-jumpa syampoo yang sesuai dengan rambut aku. Kecik-kecik dulu mestilah mak aku pakaikan syampoo jonson jonson kan...tak kan mak aku dah taruk Pantene kat kepala aku ye dop? hahaha. Yelah..tak pedih walaupun syampoo masuk dalam mata. Dah besar sikit..aku pon pakailah syampoo yang mak aku pakai masa tu. Syampoo tu dalam peket, ade jual kat kedai-kedai runcit. Murah je..dalam 50 sen kot. Duit takdo...beli yang murah je lah kan. Tapi aku tak ingat nama syampoo tu..tapi wangi woooo. Sekarang tak tau lah pulak aku ade lagi ke tak.




Ni lah contohnya, tapi aku bukan pakai yang ni (yang ni lagi lama kot) [sumber gambar]

Lepas tu dah besar sikit lagi...mane pandang dah syampoo cenggini, ape kelassss ye dop?haha. Aku pun mula terpengaruh dengan iklan-iklan syampu di tv; Pantene, Rejoice, Sunsilk blah blah blah. Pada masa tu semua syarikat syampoo promo tentang "rambut lurus"...kononnya pakai syampoo diorang rambut akan menjadi lurus, sikat guna jari pon bolehhhhh (oppsss!) haha.


Disebabkan aku bukan dalam kategori rambut lurus, maka aku lah salah seorang customer yang melariskan jualan syampoo untuk rambut lurus semalaysia nih,haha. Tak tau lah nak cakap cerdik ke b****p. Rambut aku ni bukanlah kerinting tahap meggi tu, cuma dia tak lurus je. Memang aku tak puas hati lah dengan rambut aku. Nape adik beradik aku rambut lurus, aku sorang je cenggini??. Memang tak bersyukur betul aku masa tuh..astaghfirullahalazim. So, berbalik kepada cerita kita, aku ni yakin sangat kalau aku pakai syampoo tu, rambut aku insyaallah akan lurus.pffft. siap berangan nak rambut cenggini


tak boleh blah,hehe [sumber gambar]

Tanpa aku sedari...dah banyak pulak syampoo aku guna. Tukar syampoo macam tukar baju. Pantang nampak iklan kat tv, mesti nak beli jugak. Yang tak boleh blah, iklan rejoice yang pasal syampoo diorg yg seperti rawatan rebonding tu...haaaaa, aku pon ape lagi..lajuuuu je membeli. Aku pakai..punya pakai...tak jadi ape-ape pon, kasar lagi rambut aku ada lah! Dulu siap ada niat nak kumpul duit nak buat rebonding lagi tuh..ish ish ish.  Lepas aku dah banyak kali tukar syampoo...rambut aku dah jadi rosak, kasar! Sampai satu tahap..aku dah fed up dah, tak kisah lah..aku terus je continue pakai Sunsilk (syampoo terakhir aku guna sebelum bertukar kepada yang sesuai).

Satu hari ni, ternampak iklan Dove..aku tergerak hati nak cuba. Dalam hati kata, takpelah, try je..ni kira betul-betul last aku tukar. Sebelum ni memang aku tak terpikir nak pakai Dove. Sebab Dove kan mahal sikit dari syampoo-syampoo yang lain. Aku kan kedekut..haha. Sebab tu tak pernah try.

Niat awal aku, dimana aku lebih pentingkan macam mana nak dapatkan rambut yang lurus bak pembaris tu dah bertukar kepada niat untuk dapatkan rambut yang sihat dan lembut. Disebabkan itu jugaklah, aku pilih Dove, penyelesai masalah rambut rosak, eceh! So, dari hari pertama aku pakai syampoo Dove..sampailah sekarang, tak pernah tukar yang lain. Rambut aku pon dah tak kasar sangat dah. Suka sangatlah aku...biarlah mahal sikit pon, asalkan puas hati. Sekarang aku pakai 3 benda; syampoo, conditioner dan intense repair overnight treatment :D


Hanis Zalikha pon guna Dove :p [sumber gambar]



So, sekarang ni..tak lurus pon tak pe, asalkan rambut sihat, lembut dan cantik, walaupun memang ambik mase..sebab rambut dah rosak kan, bukan senang nak repair, huhu



Cantik kan?hehe [sumber gambar]









2 comments:

Unknown said...

saya adalah pengguna syampu palmolive kaler pink haha

Mawardi yunus said...

saya guna clear.. huhuhu.. kepala jd sejuk je :)