Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Sunday, December 1, 2013

Bila Encik Iceberg Cair...2

Assalamualaikum wbt...

Sebelum ni aku ada post entri <<ini>>. Waktu itu aku masih tak punya tajuk untuk cerita itu. Jadi, hari ni aku keluarkan sambungannya, bab 2..dengan tajuk "Bila Encik Iceberg Cair". Hihi. Selamat membaca cerita tak seberapa ni.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Amboi mamat ni blah macam tu aje? Tak gentleman langsung!”
“Kalau lelaki lain tadi mesti diorang akan tanya keadaan aku. Aku ok ke tak. Ini….dibiarkan aje aku kat sini sorang-sorang. Mamat poyo!”  Bebel Qaseh lagi. Geram sungguh dengan perangai mamat tu.

Apa punya malang nasib aku harini. Orang lain jogging elok aje..aku jogging sampai masuk dalam tasik. Haru betul! Apa mamat tu kata tadi? 
See?? Terima kasih basahkan sketch book saya!” Qaseh meniru semula gaya percakapan mamat poyo tiada perasaan tadi.
“Piiiiirah..poyo! poyo! Eeee..sakit pulak hati kita!” Orang berbudi kita berbahasa. Agaknya mamat tu tak belajar sivik dekat sekolah dulu. Dia dah minta maaf pun. Tapi apa yang dia dapat?? Dapat malu ada lah.
“Alamak! Dah lewat ni, nanti Mama bising pulak.” Sambil itu sempat lagi Qaseh memerah baju dan tudung yang basah sebelum masuk kedalam kereta. Kalau diikutkan mahu sahaja dia melencong ke rumah Zyra, sahabat baiknya. Tapi, Zyra pula pulang ke kampung dan masih belum balik ke rumah sewanya. Mahu tak mahu, redha aje lah kena bebel dengan Mama bila dia balik dalam keadaan macam ni.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….1, 2, 3, go!” Perlahan-lahan Qaseh keluar dari perut kereta dan mula menapak ke dalam rumah. Tapi baru beberapa tapak dia melangkah ke dalam rumah sudah ada suara garau yang menegur. Macam kenal je suara tu..macam kenal je suara tu. Ha ha ha. Tidak lain dan tidak bukan…abang As!
 “Astaghfirullahalazim..kenapa sampai basah kuyup ni Qaseh?” Asfarizal terkejut  melihat Qaseh yang balik kebasahan. Setahu dia cuaca hari ni memang elok sahaja. Tak tahu lah Qaseh jogging dekat ceruk mana.
Shhhhhhhhh..jangan la cakap kuat-kuat nanti Papa dengan Mama dengar. Eh, tapi..mana Mama dengan Papa??” Tanya Qaseh bila kelibat Mama dan Papa langsung tidak kelihatan di ruang tamu ataupun di gazebo.
“Oh..Papa dengan Mama ada dekat atas tu. Tengah bersiap, tak lama lagi kan Maghrib. Ni soalan yang abang tanya tadi tak berjawab lagi” Asfarizal mendesak ingin mengetahui hal sebenar yang telah berlaku kepada Qaseh. Pasti ada sesuatu yang telah terjadi kepada Qaseh kerana dia seperti ingin berahsia dengan Mama dan Papa. 
“Hmmm…nanti la Qaseh cerita. Qaseh nak mandi, tukar baju dulu. Tapiii…abang jangan bagitau apa-apa dekat Papa dengan Mama ok!” Sebelum naik ke tingkat atas, sempat lagi Qaseh kowtim dengan abang As. Yelah, mana tahu abang As terlepas cakap nanti, haru hidup Qaseh. Jangan harap dia dapat jogging lagi selepas ini. Bukan dia tak kenal Mama dan Papa. Pernah dahulu kaki dia tercedera semasa bermain hoki di sekolah. Lepas  sembuh dari kecederaan, terus Papa dan Mama suruh dia tukar sukan lain. Tak pasal-pasal masuk kelab chess sekolah.
           “Ok..Promise!” Cepat sahaja Asfarizal berjanji. Kalau tidak, merajuk la adik kesayangan dia tu. Bukan dia tidak tahu apa yang menakutkan Qaseh bila hal ini sampai ke pengetahuan Mama dengan Papa. Alahai..Qaseh..Qaseh.
            Baru sahaja Asfarizal melangkah ke tangga untuk ke tingkat atas, kelihatan Mama sedang menuruni tangga.
              “Haa..As, Qaseh dah balik ke?” Soal Puan Suraya sebaik sahaja ternampak Asfarizal.
            “Dah Ma..baru je dia naik ke atas” Asfarizal menjawab sopan.
           “Hish..anak dara sorang ni, dah nak Maghrib baru nampak rumah. Dia pergi mana tadi As?” Soal Puan Suraya lagi.
           “Erm..Qaseh terserempak dengan kawan dia tadi Ma, itu yang dia balik lambat.” Tak pasal-pasal dia terpaksa menipu Mama untuk cover line Qaseh. Tapi apa boleh buat, kedua-dua wanita ini kesayangannya.
            “Oh..dah jom naik atas, Papa dah tunggu kita tu. Kita solat Maghrib berjemaah” Puan Suraya berkata sambil kembali mendaki tangga untuk ke bilik solat.

SEBAIK sahaja kereta Proton Persona milik Danial Mikhail diparkir dihadapan rumah teres dua tingkat itu, kedengaran Azan Maghrib berkumandang. Tanpa berlengah, dia terus keluar dari kereta.

              “Assalamualaikum..” Danial memberi salam sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.
            “Waalaikummussalam..” Jawab Puan Halina dari dalam bilik. Dia keluar dari bilik dengan memakai telekung apabila terdengar Danial masuk ke dalam rumah.
            “Lambat balik, Along? Eh..kenapa basah kuyup ni??” Soal Puan Halina lagi bila dia perasan akan baju dan seluar  anaknya itu basah.
            “Errrr..Along..Along selamatkan orang jatuh dalam tasik!” Danial berterus-terang kepada ibunya.
            “Laa..yeke. Kesiannya anak ibu ni. Takpelah, Along pergi mandi dan solat dulu, nanti turun makan ye, ibu ada masakkan sambal sotong kegemaran Along”
            “Baiklah ibu..Along naik dulu ye” Danial meminta izin untuk ke biliknya di tingkat atas.
Sampai sahaja di dalam bilik, dia membuka suis lampu dan segera menanggalkan pakaian yang basah. Dia mencapai towel dan berlalu ke bilik air untuk mandi, tetapi sebelum itu sempat dia mengambil sketch book yang dah tak serupa sketch book lagi selepas jatuh ke dalam tasik tadi. Kalau dikeringkan pun sketch book itu serupa macam kerja sia-sia. Lukisan-lukisan yang sudah basah terkena air itu takkan dapat dikembalikan ke bentuk asal. Jadi, lebih baik dia buangkan aje sketch book itu walaupun sayang. 
“Ini semua sebab perempuan tu, apalah malang nasib aku jumpa dengan dia petang tadi”
“Tak boleh ke kau langgar orang lain tadi??”
“Kenapa mesti aku??? Arghhhhhhhh”
Danial membebel sendiri tatkala mengenangkan peristiwa tadi. Dia terpaksa turun ke dalam tasik semata-mata nak menyelamatkan perempuan tadi. Itu satu hal. Satu hal lagi..kalau perempuan tu jatuh bawak badan sendiri takpe la juga. Ini tak..diangkut sekali sketch book kesayangan aku. Berharga kot lukisan-lukisan aku tu. Setiap lukisan tu ada nilai sentimental yang tersendiri. Aku ingatkan nasib malang aku sampai takat tu aje. Tapi bila sampai ke kereta, tayar kereta pancit pulak. Dah satu hal lagi kena tukar tayar. Hoii sabar je la aku!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Qaseh Sayang,
Qaseh Nur Balqish a.k.a zainatul abu bakar :D



No comments: