Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Tuesday, November 6, 2012

Usia Bukan Penghalang Cita-cita dan Impian!

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi si cantik dan si kacak sekalian :)

Pagi yang cerah dan indah, tiada awan-awan hitam yang tercoret di atas sana. Moga begini sampai ke petang. Baju yang ada di ampaian tu diharap dapat kering dengan sempurna. Bukan ape..aku dah la menumpang sidai baju kat ampaian orang, kalau baju aku lama-lama kat situ, angin pulak orang sebelah nanti, huhu.

Minggu ni bermulalah perjuangan adik-adik yang menduduki SPM tahun ni. Aku dah 5 tahun tinggalkan sekolah, tapi aku masih ingat lagi perasaan cuak, rase masih tak bersedia nak amik SPM masa tu. Tapi alhamdulillah aku dapat overcome perasaan tu. Walaupun tak dapat straight A, tapi aku bersyukur sangat dengan result yang aku dapat. Bagi aku, banyak mane yang kita usaha, banyak tu jugak la yang kita dapat. Keajaiban tu agak mustahil berlaku, kecuali dengan izin-NYA.

Aku bukanla nak share tips ke ape..sebab dah ramai blogger yang share tips. Dan kebanyakannya lebih kurang same je. Kalau aku pon nak share tips..aku rase korang pon memang tak lalu nak bace, hehe. Aku cuma nak kongsikan kekaguman aku terhadap golongan berusia (aku tak cakap tua..maksud aku mereka yang bukan berumur 17 tahun la) yang menjadi calon SPM tahun ni. Kebanyakan mereka adalah askar..dan yang paling berusia seorang ustazah dari Sungai Petani, Kedah yang baru mengambil SPM kerana dahulu dia sangat miskin dan tak mampu untuk mengambil SPM pada masa tu.

Faktor kemiskinan tu memang salah satu sebab terbesar kenapa ramai yang tak dapat menduduki SPM dulu. Tapi sekarang ni..taraf hidup dah semakin baik, tapi kenapa ade dikalangan kita yang malas belajar, mahu berhenti sekolah. Padahal mereka yang tak bernasib baik dulu, sanggup amik SPM walaupun dah berusia. Cubalah kita renungkan..perjalanan mencari ilmu tu bukanlah terhenti saat kita habis belajar. Tapi berterusan sampai bila-bila selagi kita mampu dan mahu belajar. Banyak yang kita lihat di dada-dada akhbar, golongan berusia yang menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi walaupun dah punya jawatan tinggi, anak dan cucu. Tapi pernah tak kita terfikir, ape yang mendorong mereka untuk menyambung pelajaran??

Aku sangat hormat dengan golongan ini, mereka dapat capai ape yang orang lain fikir mustahil di usia mereka. Bagi aku itu satu kepuasan dalam pencapaian diri mereka. Selain tu, kejayaan mereka dapat menjadi satu pembakar semangat buat anak-anak dan kita sebagai generasi muda.


sumber: google pic

No comments: