Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Thursday, November 8, 2012

Review: Skyfall

Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi! 

Tengok..semangat tak aku update entry pagi-pagi buta nih. Aku mengantuk sebenarnya tadi. Tapi tiba-tiba mata jadi segar. Sekarang tak boleh tido pulak. Daripada aku terlupa ape yang aku nak celotehkan dalam blog aku ni nanti, baik aku update sekarang. Tak gitu?

Aku percaya ramai yang dah tengok Skyfall kan..kan? Filem James Bond yang terbaru.. Dua patah perkataan yang aku boleh cakap tentang Skyfall secara keseluruhannya:


Stylo & Excitement

Dengan lagu Adele yang boleh meremangkan bulu roma. Betul-betul sesuai dengan mood filem ni. Aku asyik ulang-ulang lagu Skyfall-Adele ni dari tadi, haha.


************************

Seperti filem-filem James Bond sebelum ni, Skyfall juga masih sarat dengan aksi-aksi yang agak mustahil dilakukan oleh orang biasa, hehe. Skyfall berkisar tentang kesetian James Bond kepada ketua beliau iaitu, M diuji. Dimana misi kali ini adalah menangkap penjenayah yang melarikan disk komputer yang mengandungi senarai identiti agen Nato. Tetapi..Bond gagal dalam misi awal ini apabila dia ditembak oleh rakan sekerjanya sendiri di Istanbul. Sekembalinya Bond ke London, dia ditugaskan untuk menjejaki semula penjenayah terbabit .Pada masa itu, tahap kecergasan Bond bukanlah di tahap yang membanggakan disebabkan oleh kecederaan yang di alaminya. Tetapi beliau berjaya menjejaki penjenyah terbabit di Shanghai. Dalang disebalik semua ini adalah agen yang pernah dilatih di bawah M iaitu Silva. Motif utama adalah dendam terhadap M yang dianggap telah menipunya. Apa yang menjadikan cerita ni lebih menarik adalah watak Silva yang boleh membuatkan korang terkekek-kekek ketawa, haha. Nak tahu kesudahannya? Jadi tolonglah ke pawagam terdekat sekarang..sebelum terlambat. Aku berani jamin yang korang takkan menyesal :D

Scene ni kelakar! (wajib tengok)

Javier Bardem sbg Silva yang sangat membantu mencantikkan lagi cerita ni


Scene dimana Silva datang dengan helicopter untuk menangkap M dan Bond di Skyfall (wajib tengok)


Scene ni agak geli masa Silva keluarkan gigi dia


Wanita-wanita Bond dalam Skyfall (Tak sah la filem James Bond takde pompuan seksi kan..hehe) :

Bérénice Marlohe sebagai Sévérine


Naomie Harris sebagai Eve

Jom layan lagu Adele- Skyfall :)



NotaKaki: Skyfall tu sebenarnya adalah nama kediaman James Bond di Scotland. Banyak kenangan buruk disitu yang tak mahu diingat semula oleh Bond. Beliau kembali semula ke Skyfall demi menyelamatkan M daripada Silva.



No comments: