Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, November 30, 2012

Gaza: Satu Hidayah

Assalamualaikum wbt...

Semoga Allah S.W.T merahmati  semua umat Islam di dunia ini, Allahuakbar!


Terima kasih untuk anda yang sudi membaca apa yang bakal aku coretkan. Aku mahu berkongsi apa yang aku rasa sepanjang serangan Israel ke atas Gaza awal Muharam yang lalu. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. InsyaAllah.

Entah kenapa serangan ke atas Gaza kali ini benar-benar membuka mata hati aku. Aku terasa seperti baru diberi hidayah. Tak dapat aku gambarkan perasaan itu, tapi aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih sebab membuka mata aku dan memberi 'hidayah' kepadaku... 

Dulu, aku tak pernah ambil peduli akan isu Gaza. Tak pernah terlintas pun difikiran aku akan nasib saudara seagama kita disana. Bila ada berita itu dan ini tentang Gaza, aku tak rajin untuk membaca apatah lagi untuk tahu lebih lanjut. Aku dengan dunia sendiri. Sebab semua tu tak berlaku ke atas aku. Aku tak ambil peduli selagi benda macam tu tak berlaku di Malaysia.

Ya Allah, malunya aku dengan sikap aku tu. Betapa sombongnya aku hidup di muka bumi ini. Tak ambil peduli tentang nasib saudara seagama. Jadi..bila berlaku serangan kali ni, tiba-tiba aku jadi banyak berfikir dan muhasabah diri sendiri. Soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran aku:


Apa sumbangan aku untuk agama Islam?
Apa yang aku lakukan untuk masyarakat Islam?

Ya Allah berat sungguh soalan tu. Mampu membuatkan aku terduduk dan menangis sendiri. Tak pernah terlintas difikiran bahawa aku mampu berfikir begitu sekali. Selama ini, aku hanya lakukan perkara yang wajib. Solat, puasa..semua aku buat. Tapi cukupkah dengan melakukan semua perkara wajib tu, aku dah menjadi seorang Muslim yang baik??

Tidak! Jawapannya tidak sama sekali. Itu sahaja tak cukup. Aku tak memberi sumbangan apapun untuk agama sendiri, apatah lagi untuk komuniti Muslim. Perasaan bersalah ini sangat menghantui aku. Jadi, untuk permulaan tahun baru Islam ini..aku dengan perasaan rendah diri berazam akan membantu semampu aku untuk lakukan sesuatu.

Buat masa ini aku tak mampu menyumbang dalam bentuk wang ringgit dan kudrat. Tapi apa yang boleh aku lalukan adalah doa. Sepanjang serangan ini, alhamdulillah aku tak lupa berdoa untuk masyarakat Islam terutama Gaza. Tak tinggal lagi Qunut Nazilah tu dalam setiap solat aku. Dalam pada ber"facebook" dan ber"twitter" tak lupa juga aku share dan tweet kan apa-apa sahaja pasal Gaza. Share tentang kaedah-kaedah untuk menyalurkan bantuan untuk Gaza. Bagi aku, itu yang aku mampu lakukan buat masa ini.

Dan, aku teringin sangat mengikuti misi bantuan ke Gaza. Contohnya seperti misi yang dilakukan oleh Aman Malaysia. Tapi..sebagai pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi, aku terikat dengan thesis dan sebagainya, yang mana itu adalah prioriti utamaku sekarang. Begitu juga, kewangan yang masih belum membolehkan aku kesana. Tapi insyaAllah..aku cuba membantu dari segi yang termampu. Jangan pernah lupa; 

Doa adalah senjata umat Islam yang paling ampuh


Jadi, Gaza: Satu Hidayah adalah coretan hati aku, syukur Ya Allah kerana masih belum terlambat untuk aku berubah :)



2 comments:

Azhafizah Md Nor said...

Dengan berdoa pun kita leh bantu mereka saudara kita disana.

Nurmujahidah Ismail said...

tq for visiting my blog,, really appreciate it,, i am not officially your follower :D http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/aku-benci-bila-kau-buat-aku-cinta-kamu.html