Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, November 30, 2012

Gaza: Satu Hidayah

Assalamualaikum wbt...

Semoga Allah S.W.T merahmati  semua umat Islam di dunia ini, Allahuakbar!


Terima kasih untuk anda yang sudi membaca apa yang bakal aku coretkan. Aku mahu berkongsi apa yang aku rasa sepanjang serangan Israel ke atas Gaza awal Muharam yang lalu. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. InsyaAllah.

Entah kenapa serangan ke atas Gaza kali ini benar-benar membuka mata hati aku. Aku terasa seperti baru diberi hidayah. Tak dapat aku gambarkan perasaan itu, tapi aku bersyukur Ya Allah. Terima kasih sebab membuka mata aku dan memberi 'hidayah' kepadaku... 

Dulu, aku tak pernah ambil peduli akan isu Gaza. Tak pernah terlintas pun difikiran aku akan nasib saudara seagama kita disana. Bila ada berita itu dan ini tentang Gaza, aku tak rajin untuk membaca apatah lagi untuk tahu lebih lanjut. Aku dengan dunia sendiri. Sebab semua tu tak berlaku ke atas aku. Aku tak ambil peduli selagi benda macam tu tak berlaku di Malaysia.

Ya Allah, malunya aku dengan sikap aku tu. Betapa sombongnya aku hidup di muka bumi ini. Tak ambil peduli tentang nasib saudara seagama. Jadi..bila berlaku serangan kali ni, tiba-tiba aku jadi banyak berfikir dan muhasabah diri sendiri. Soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran aku:


Apa sumbangan aku untuk agama Islam?
Apa yang aku lakukan untuk masyarakat Islam?

Ya Allah berat sungguh soalan tu. Mampu membuatkan aku terduduk dan menangis sendiri. Tak pernah terlintas difikiran bahawa aku mampu berfikir begitu sekali. Selama ini, aku hanya lakukan perkara yang wajib. Solat, puasa..semua aku buat. Tapi cukupkah dengan melakukan semua perkara wajib tu, aku dah menjadi seorang Muslim yang baik??

Tidak! Jawapannya tidak sama sekali. Itu sahaja tak cukup. Aku tak memberi sumbangan apapun untuk agama sendiri, apatah lagi untuk komuniti Muslim. Perasaan bersalah ini sangat menghantui aku. Jadi, untuk permulaan tahun baru Islam ini..aku dengan perasaan rendah diri berazam akan membantu semampu aku untuk lakukan sesuatu.

Buat masa ini aku tak mampu menyumbang dalam bentuk wang ringgit dan kudrat. Tapi apa yang boleh aku lalukan adalah doa. Sepanjang serangan ini, alhamdulillah aku tak lupa berdoa untuk masyarakat Islam terutama Gaza. Tak tinggal lagi Qunut Nazilah tu dalam setiap solat aku. Dalam pada ber"facebook" dan ber"twitter" tak lupa juga aku share dan tweet kan apa-apa sahaja pasal Gaza. Share tentang kaedah-kaedah untuk menyalurkan bantuan untuk Gaza. Bagi aku, itu yang aku mampu lakukan buat masa ini.

Dan, aku teringin sangat mengikuti misi bantuan ke Gaza. Contohnya seperti misi yang dilakukan oleh Aman Malaysia. Tapi..sebagai pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi, aku terikat dengan thesis dan sebagainya, yang mana itu adalah prioriti utamaku sekarang. Begitu juga, kewangan yang masih belum membolehkan aku kesana. Tapi insyaAllah..aku cuba membantu dari segi yang termampu. Jangan pernah lupa; 

Doa adalah senjata umat Islam yang paling ampuh


Jadi, Gaza: Satu Hidayah adalah coretan hati aku, syukur Ya Allah kerana masih belum terlambat untuk aku berubah :)



Sunday, November 11, 2012

Tips Urus Diri Apabila Sibuk

Assalamualaikum wbt...

Selamat petang & Selamat Hari Ahad!

Ape aktiviti korang cuti ni? Mesti ramai yang pergi holiday kan..samada bersama keluarga ataupun bersama kawan-kawan. Maklumlah..budak sekolah pon dah mula bercuti, jadi pasti ramai yang buat plan bercuti bersama keluarga kan. Masa ni lah nak luangkan masa bersama ahli keluarga. Kalau hari-hari biasa semua orang sibuk, parents sibuk cari rezeki, anak-anak pulak sibuk dengan study. Bagi keluarga aku..kitorang takde plan bercuti semua tu. Yelah..kitorang ni keluarga yang sederhana..kalau dulu time cuti sekolah ni aku duduk kat rumah je. "Makan. Tido. Main. Tengok tv." 

Dan hujung minggu ni aku habiskan sepenuh masa di dalam bilik. Semalam je aku keluar untuk beli barang. Hari ni aku kena pulun siapkan seberapa banyak keje yang aku mampu. Ye..aku ade baaaaaaaanyak sangat keje yang tertangguh. Dari data FYP....sampailah assignment  CTU yang tak berusik lagi.

Tadi..sedang aku scroll down fb. Aku terbaca post menarik dari Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Vice Chancellor UiTM). Post beliau berkaitan dengan tajuk entri aku ni. Sangat berkaitan jugak lah dengan masalah yang sedang aku hadapi sekarang. So, aku nak kongsikan dengan korang semua ape yang beliau post.


"Pernah dulu orang tanya saya, macam mana nak urus diri kalau sibuk. Dulu pernah jadi seorg buruh kontrak, penjual kuih dan pelajar serentak. 

Untuk menjadi seorang multi-tasker yang baik, saya cuba untuk mematuhi kayu ukur yang saya tetapkan iaitu:

Perlulah kita untuk melaksanakan tanggungjawab akademik/bukan akademik
tanpa mengurangkan kekerapan solat dan amalan wajib lain, 
tanpa membuatkan 

kita lewat ke kelas (dengan alasan penat, mengantuk,atau malas)
tanpa membuatkan kita kalut-kalut nak siap coursework (dan akhirnya meniru),
tanpa membuatkan keputusan peperiksaan merudum
tanpa membuatkan kita lupa mak ayah.
tanpa lalai mengingati Allah. "
InsyaAllah kalau semua kriteria di atas dipenuhi, maknanya tak tersasar jauh dari landasan kebenaran dan kita adalah pengurus masa yang terbaik.

Walaupun susah, tak salah kalau cuba. Cubalah."


(sumber: Fb Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar)

 [sumber gambar]
Macam ni lah gambaran situasi aku sekarang 





Friday, November 9, 2012

First GA by TirahZairi

Assalamualaikum...


Salam Jumaat untuk semua readers Blog Perempuan Kampung Moden. Semoga awak semua ceria selalu :D 

Tadi singgah blog classmate aku Tirah Zairi, rupa-rupanya dia ade buat GA laa..hehe. Sori awak kite dah lama tak blogwalking. So, alang-alang dah singgah blog beliau, ape salahnya aku join kan. haha. Mari ramai-ramai support Tirah untuk fisrt GA yang dianjurkan beliau. Aku pon tak pernah buat GA lagi, hehe. Aku rase nak buat segmen la kat blog aku ni. Mula-mula nak tengok dulu laa..ade ke tak orang yang join. Buatnya takde orang yang join nanti..malu lah aku, haha (saya memang pemalu orangnya, hehe). Lepastu baru lah aku bercadang nak buat GA. So..stay tuned!hehe



Sebagai blog yang mempunyai follower seramai 194 orang (setakat entri ni ditulis, dan aku rase tak kan bertambah pon dalam mase beberapa minit ni,hehe)..dengan bangganya saya menyatakan disini bahawa saya:








**************************

Kalau nak join..sila jangan segan silu klik slogan "Bukan.Retis.Fofular". Dengan itu aku nak tag rakan blogger berikut:


NotaKaki: Cepat join sebelum terlambat, tarikh tutup 10/11/2012 (Esok)


Thursday, November 8, 2012

Review: Skyfall

Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi! 

Tengok..semangat tak aku update entry pagi-pagi buta nih. Aku mengantuk sebenarnya tadi. Tapi tiba-tiba mata jadi segar. Sekarang tak boleh tido pulak. Daripada aku terlupa ape yang aku nak celotehkan dalam blog aku ni nanti, baik aku update sekarang. Tak gitu?

Aku percaya ramai yang dah tengok Skyfall kan..kan? Filem James Bond yang terbaru.. Dua patah perkataan yang aku boleh cakap tentang Skyfall secara keseluruhannya:


Stylo & Excitement

Dengan lagu Adele yang boleh meremangkan bulu roma. Betul-betul sesuai dengan mood filem ni. Aku asyik ulang-ulang lagu Skyfall-Adele ni dari tadi, haha.


************************

Seperti filem-filem James Bond sebelum ni, Skyfall juga masih sarat dengan aksi-aksi yang agak mustahil dilakukan oleh orang biasa, hehe. Skyfall berkisar tentang kesetian James Bond kepada ketua beliau iaitu, M diuji. Dimana misi kali ini adalah menangkap penjenayah yang melarikan disk komputer yang mengandungi senarai identiti agen Nato. Tetapi..Bond gagal dalam misi awal ini apabila dia ditembak oleh rakan sekerjanya sendiri di Istanbul. Sekembalinya Bond ke London, dia ditugaskan untuk menjejaki semula penjenayah terbabit .Pada masa itu, tahap kecergasan Bond bukanlah di tahap yang membanggakan disebabkan oleh kecederaan yang di alaminya. Tetapi beliau berjaya menjejaki penjenyah terbabit di Shanghai. Dalang disebalik semua ini adalah agen yang pernah dilatih di bawah M iaitu Silva. Motif utama adalah dendam terhadap M yang dianggap telah menipunya. Apa yang menjadikan cerita ni lebih menarik adalah watak Silva yang boleh membuatkan korang terkekek-kekek ketawa, haha. Nak tahu kesudahannya? Jadi tolonglah ke pawagam terdekat sekarang..sebelum terlambat. Aku berani jamin yang korang takkan menyesal :D

Scene ni kelakar! (wajib tengok)

Javier Bardem sbg Silva yang sangat membantu mencantikkan lagi cerita ni


Scene dimana Silva datang dengan helicopter untuk menangkap M dan Bond di Skyfall (wajib tengok)


Scene ni agak geli masa Silva keluarkan gigi dia


Wanita-wanita Bond dalam Skyfall (Tak sah la filem James Bond takde pompuan seksi kan..hehe) :

Bérénice Marlohe sebagai Sévérine


Naomie Harris sebagai Eve

Jom layan lagu Adele- Skyfall :)



NotaKaki: Skyfall tu sebenarnya adalah nama kediaman James Bond di Scotland. Banyak kenangan buruk disitu yang tak mahu diingat semula oleh Bond. Beliau kembali semula ke Skyfall demi menyelamatkan M daripada Silva.



Tuesday, November 6, 2012

Usia Bukan Penghalang Cita-cita dan Impian!

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi si cantik dan si kacak sekalian :)

Pagi yang cerah dan indah, tiada awan-awan hitam yang tercoret di atas sana. Moga begini sampai ke petang. Baju yang ada di ampaian tu diharap dapat kering dengan sempurna. Bukan ape..aku dah la menumpang sidai baju kat ampaian orang, kalau baju aku lama-lama kat situ, angin pulak orang sebelah nanti, huhu.

Minggu ni bermulalah perjuangan adik-adik yang menduduki SPM tahun ni. Aku dah 5 tahun tinggalkan sekolah, tapi aku masih ingat lagi perasaan cuak, rase masih tak bersedia nak amik SPM masa tu. Tapi alhamdulillah aku dapat overcome perasaan tu. Walaupun tak dapat straight A, tapi aku bersyukur sangat dengan result yang aku dapat. Bagi aku, banyak mane yang kita usaha, banyak tu jugak la yang kita dapat. Keajaiban tu agak mustahil berlaku, kecuali dengan izin-NYA.

Aku bukanla nak share tips ke ape..sebab dah ramai blogger yang share tips. Dan kebanyakannya lebih kurang same je. Kalau aku pon nak share tips..aku rase korang pon memang tak lalu nak bace, hehe. Aku cuma nak kongsikan kekaguman aku terhadap golongan berusia (aku tak cakap tua..maksud aku mereka yang bukan berumur 17 tahun la) yang menjadi calon SPM tahun ni. Kebanyakan mereka adalah askar..dan yang paling berusia seorang ustazah dari Sungai Petani, Kedah yang baru mengambil SPM kerana dahulu dia sangat miskin dan tak mampu untuk mengambil SPM pada masa tu.

Faktor kemiskinan tu memang salah satu sebab terbesar kenapa ramai yang tak dapat menduduki SPM dulu. Tapi sekarang ni..taraf hidup dah semakin baik, tapi kenapa ade dikalangan kita yang malas belajar, mahu berhenti sekolah. Padahal mereka yang tak bernasib baik dulu, sanggup amik SPM walaupun dah berusia. Cubalah kita renungkan..perjalanan mencari ilmu tu bukanlah terhenti saat kita habis belajar. Tapi berterusan sampai bila-bila selagi kita mampu dan mahu belajar. Banyak yang kita lihat di dada-dada akhbar, golongan berusia yang menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi walaupun dah punya jawatan tinggi, anak dan cucu. Tapi pernah tak kita terfikir, ape yang mendorong mereka untuk menyambung pelajaran??

Aku sangat hormat dengan golongan ini, mereka dapat capai ape yang orang lain fikir mustahil di usia mereka. Bagi aku itu satu kepuasan dalam pencapaian diri mereka. Selain tu, kejayaan mereka dapat menjadi satu pembakar semangat buat anak-anak dan kita sebagai generasi muda.


sumber: google pic