Assalamualaikum…
Hye sume! Kali ni aku nak perkenalkan segmen baru dalam blog nih. “Mari Belajar Bahaso Noghori”. Aku kan tak do kojo kek rumah, jadi apo salah eh den jadi chekgu bahaso dalam blog ni kan..hihihi. Ok, untuk pelajaran pertama hari ni, chekgu nak ajar perkataan “jamba” (sebut macam bahasa baku ok! Bukannya jambe). Penah dengar perkataan “jamba” tu?? Jamba tu bermaksud dulang yang dipenuhi dengan makanan(diletakkan dalam piring) untuk dihidangkan kepada tetamu contohnya semasa kenduri kahwin. Zaman dahulu tak hidangkan makanan secara buffet macam sekarang. Kalo kenduri kahwin tu dibuat secara gotong-royong oleh penduduk kampong. Biasanya pemuda2 kampung akan membawa jamba ni dan dihidangkan kepada orang ramai. Memang letih la kan, kena pastikan makanan tu ade lagi tak, kalo dah habis kena pegi isi balik piring yang dah kosong tu. Kalo sekarang ni kan pakai catering, jemputan boleh amik sendiri lauk diorang. Cuma kita kena pastikan tray lauk tu je, ade lauk lagi ke tak.
Jamba ni masih digunakan lagi pada masa kini. Kalo kat kampung aku memang guna lagi, cuma ianya digunakan untuk hidangkan makanan kepada orang-orang masjid yang makan kat dalam rumah, untuk orang-orang penting contohnya buapak dsb.
Ok, sekarang kita tengok contoh ayat yang menggunakan perkataan “jamba”
“Ekau tolong bawak an jamba ni ko dopan”
“dah siap lom jamba tu? Orang masjid dah sampai dah ha”
“berapo jamba yang dah siap tu? Raso eh cukup la tu kan”
No comments:
Post a Comment