Assalamualaikum….
Hye sume! Ape khabar? Harap2 sihat hendaknya..uishh tak bleh bla la tajuk atas tu. Sayangku Merajuk??? Huhu…moga tak de sesape yang muntah hijau ke biru atau warna pelangi sebangainya. Entri ini bukanlah entri bersifat jiwang karat, harap maklum. Jangan salah faham dengan tajuk entri di atas ye..tidak berkaitan dengan diri empunya blog. Tuan punya blog ni masih belom mempunyai “kesayangan”..oleh itu tiada “kesayangan” yang akan merajuk..muahahaha.
Yang sebenarnya, “Sayangku Merajuk” adalah sebuah novel, karya terbaru Ayu Emelda. Baru je beli beberapa hari yang lalu disebabkan aku bosan duduk di rumah..tak kan nak tengok cerita je kat laptop cuti2 ni. Lagipun aku ni memang kaki novel…dah lame giler tak baca ape2 novel, so aku decide nak beli novel untuk dibaca. Setelah puas memilih novel yang ade kat kedai buku tu..aku berkenan plak ngan novel ni..selain sinopsis nampak best, cover novel ni pon nampak sweet…hahaha. Jadi..selama beberapa hari aku membaca novel ni, ape yang aku boleh kata novel ni simple..dengan jalan cerita yang tak terlalu berat. Tidak terlalu berat disini bermaksud, anda yang baca novel ni tidak perlu risau untuk menyediakan tisu seperti kebiasaan membaca novel. Jalan ceritanya boleh dikatakan santai dan “fun”. Masih ade konflik yang mengelilingi watak utama..tetapi garapan Ayu Emelda kali ni ringan.
“Sayangku Merajuk” mengisahkan kisah cinta sejati antara Aireen dan Shahir seorang muallaf yang telah 5 tahun memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Aireen di bumi Australia. Konflik mula terjadi apabila Shahir diminta pulang ke Malaysia oleh ibunya secara tiba-tiba kerana menerima ugutan bahawa Laura akan keluar daripada Islam sekiranya Shahir tidak berkahwin dengannya. Laura juga seorang muallaf yang memeluk Islam kerana cinta yang terlalu mendalam terhadap Shahir. Madam Anna, ibu Shahir tidak merestui hubungan Shahir dan Aireen kerana dia hanya inginkan Laura sebagai menantu. Shahir terpaksa juga pulang ke Malaysia dan jika perlu dia sanggup berkorban mengahwini Laura kerana agama.Shahir berjanji akan pulang segera ke Australia sebaik hal di Malaysia sudah selesai. Aireen kecewa dengan keputusan Shahir dan menunggu Shahir pulang, namun sehingga 5 bulan Aireen menunggu, Shahir masih belum kunjung tiba. Dia percaya bahawa Shahir telah pun menikahi Laura..dan apabila Shahir menikahi Laura maka dia bukan lagi isteri Shahir.
Dengan hati yang kecewa Aireen pulang ke kampong tanpa membawa segulung ijazah..sungguh mengecewakan hati tua ibunya, malah lebih memilukan dia juga disahkan mengandung setelah pemergian Shahir. Pulang ke kampong dengan perut yang semakin membesar mengundang persepsi negative orang kampong, kerana tidak pulang bersama suami. Beberapa tahun kemudian, pertemuan semula dengan Shahir secara tidak sengaja menoreh kembali luka di hati Aireen. Apatah lagi kini hatinya sudah terisi dengan kehadiran Zarul. Kehadiran Shahir kini dengan misi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak kembar yang comel, Dyra dan Fyra serta memujuk si isteri yang hatinya keras seperti iceberg..
Ok..kalo nak tau macam mane Shahir memujuk hati Aireen, ape yang terjadi apabila Shahir tidak pulang ke sisi Aireen seperti dijanjikan, siapa sebenarnya Zarul, keletah si kembar Fyra dan Dyra, dan juga Hanis, adik Aireen yang sentiasa membantu abang iparnya dalam rancangan melembutkan hati kakaknya yang keras macam iceberg tu…belilah novel “Sayangku Merajuk” ni…siap boleh ketawa sorang2 lagi bila baca kerenah Aireen dan Shahir ni. Bestnya dapat suami macam Shahir ni, sabar je dengan perangai isterinya. Rasenye tak rugi la kalo keluar duit sikit beli novel ni ye kaki2 novel sekalian :p
No comments:
Post a Comment