Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Monday, May 30, 2011

Road Tour Nur Kasih The Movie-Terminal 1, Seremban (Gambar)

Assalamualaikum...

Hye sume! Dah pegi tengok Nur Kasih kat pawagam blom?? Ok..hari tu aku ade buat entri pasal Nur Kasih [KLIK SINI]. Tapi entri tu tak letak gambar sebab internet connection kat rumah aku tak berapa nak elok..biasalah kat kampung. So, kali ni aku buat entri khas untuk gambar-gambar ye :p

shafiee,tiz zaqyah, remy ishak

Mila-Bertemu Cinta, best :)
ntah ape la keje budak 2 orang nih
tengok ni..macam budak kecik..hahaha
autograf! autograf!
dah nak balik baru ingat nak amik gambar sendiri..huhuhu
zai & rayhan

Sunday, May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Assalamualaikum...


Hye sume! Apa khabar? Yeay! sangat suke bila abang ben buat segmen ni. Thank you so much...baek sungguh abang ben, selalu tolong naikkan blogger-blogger baru. Saya memang penuhi syarat untuk join ni abang ben. Saya pun memang blogger baru, follower pun baru 45 tak sampai 100 pun lagi..hehe


Saya memang harap satu hari nanti abang ben akan sampai juga ke blog saya yang huduh dan tak seberapa ni. Saya kagum dengan abang ben..kalo boleh nak jadi macam abang ben, nak bawa blog ni sampai ke top 10 blog melayu satu hari nanti..InsyaALLAH.


Pandangan, cadangan atau kritikan abang ben terhadap blog saya ni amatlah dihargai :p


kepada sesiapa yang nak join [KLIK SINI]


p/s: alamak abang ben, tak dapat nak letak header blog ben ashaari...connection internet teruk la,sorry :(

Friday, May 27, 2011

Mari Belajar Bahaso Noghori

Assalamualaikum…

Hye sume! Kali ni aku nak perkenalkan segmen baru dalam blog nih. “Mari Belajar Bahaso Noghori”. Aku kan tak do kojo kek rumah, jadi apo salah eh den jadi chekgu bahaso dalam blog ni kan..hihihi. Ok, untuk pelajaran pertama hari ni, chekgu nak ajar perkataan “jamba” (sebut macam bahasa baku ok! Bukannya jambe). Penah dengar perkataan “jamba” tu?? Jamba tu bermaksud dulang yang dipenuhi dengan makanan(diletakkan dalam piring) untuk dihidangkan kepada tetamu contohnya semasa kenduri kahwin. Zaman dahulu tak hidangkan makanan secara buffet macam sekarang. Kalo kenduri kahwin tu dibuat secara gotong-royong oleh penduduk kampong. Biasanya pemuda2 kampung akan membawa jamba ni dan dihidangkan kepada orang ramai. Memang letih la kan, kena pastikan makanan tu ade lagi tak, kalo dah habis kena pegi isi balik piring yang dah kosong tu. Kalo sekarang ni kan pakai catering, jemputan boleh amik sendiri lauk diorang. Cuma kita kena pastikan tray lauk tu je, ade lauk lagi ke tak.

Jamba ni masih digunakan lagi pada masa kini. Kalo kat kampung aku memang guna lagi, cuma ianya digunakan untuk hidangkan makanan kepada orang-orang masjid yang makan kat dalam rumah, untuk orang-orang penting contohnya buapak dsb.

Ok, sekarang kita tengok contoh ayat yang menggunakan perkataan “jamba”
Ekau tolong bawak an jamba ni ko dopan
dah siap lom jamba tu? Orang masjid dah sampai dah ha
berapo jamba yang dah siap tu? Raso eh cukup la tu kan



Thursday, May 26, 2011

"Nur Kasih The Movie"

Assalamualaikum…

Hye sume! Dah tengok Nur Kasih The Movie?? Kalo belum…pergi beli tiket wayang sekarang. Rugi kalo anda tak tengok lagi. Nur Kasih The Movie sebuah cerita tentang kasih sayang, pengorbanan, dan perpisahan yang melingkari kisah cinta Adam, Nur & Aidil. Cerita tentang bagaimana mereka menghadapi ujian Allah dengan kehilangan orang-orang yang disayangi. Sekuat mana pun kasih sayang kita terhadap mereka..tetapi betapa kita tidak boleh menafikan kenyataan bahawa Allah lebih menyayangi mereka. Nur Kasih The Movie telah menjalani penggambaran di Jordan. Dapat dilihat kecantikan Negara Jordan yang penuh dengan tinggalan sejarah. Harus dipuji kualiti sinematografi di dalam Nur Kasih The Movie. Itu juga adalah antara sebab aku meminati cerita Nur Kasih sama ada dalam bentuk drama ataupun filem.

Mesti ramai kan peminat setia drama Nur Kasih. Aku pun salah seorang peminat setia drama Nur Kasih…tak pernah miss mane2 episode pon. Kalo ter”miss” kat tv pon, aku sanggup tengok secara online. Ingat lagi mase mula2 drama Nur Kasih disiarkan di tv3, dapat la tengok beberapa episode kat rumah.. lepastu, aku dapat tawaran masuk UiTM. Miss beberapa episode…then, aku register untuk tengok tv3 secara online. Nasib baek la bilik aku dapat wiyerles..sebab ada bilik2 kawan aku tak dapat wiyerles. Jadi..bermula saat itu, aku tengok Nur Kasih secara online. Walaupun kadang2 ada problem masa online…macam buffering yang lama giler, tak pon wiyerles bagi aku masalah, aku tetap sabar…nak tengok Nur Kasih punya pasal. Kadang2 aku dapatkan update cerita Nur Kasih dari mak aku…muahahaha. Mak aku pon gila Nur Kasih gak..jadi elok sangat lah tu. Kalo aku tak dapat online, mak aku kan ade…dia boleh bagi aku update secara detail..hihihi. Tak cukup dengan itu, aku download beberapa episode Nur Kasih…pastu mintak lagi kat kawan yang dah download full episode. Ha…barulah boleh tengok banyak2 kali. Tak lame lepas tu tv3 siarkan semula Nur Kasih pada pukul 7 malam tanpa iklan…aku tengok lagi tu. Memang best sangat2.

Biarlah aku ceritakan sikit sinopsis Nur Kasih The Movie…tapi tak boleh la citer semua, korang kena pegi tengok dan rasai sendiri fenomena Nur Kasih The Movie di pawagam ok. Selepas 6 tahun, Adam dan Nur hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri. Manakala, Aidil baru sahaja kehilangan isteri tercinta, tetapi Aidil & Lia telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel, Ilyas & Mariam. Pada masa yang sama, Nur & Adam telah membuka sebuah pusat kaunseling untuk remaja-remaja bermasalah. Adam sangat-sangat bersyukur bila mengetahui bahawa Nur mengandung. Tetapi kandungan ini tidak bertahan lama apabila Nur keguguran. Nur & Adam menerima ujian ini dengan tabah. Bagi mengubat hati, Adam membawa Nur bercuti ke Jordan. Di Jordan, sekali lagi Adam & Nur diuji apabila keretapi yang dinaiki berlanggar. Diikuti pula dengan kehilangan Adam…pengakhiran cerita memang menyayat hati. Jadi, cepat2 lah ke pawagam berhampiran…kerana ini adalah pengakhiran kisah Adam, Nur & Aidil. Kalo anda peminat setia drama Nur Kasih, rugi jika tidak meyaksikan Nur Kasih The Movie. Lepas ni dah tak de dah Nur Kasih. Nur Kasih The Movie akan ditayangkan di PAWAGAM SAHAJA ok!

Aku pegi tengok Nur Kasih kat terminal 1 dengan kawan aku Raihan. Mula2 kawan aku lagi sorang pon nak pegi, tapi dia ada hal. So, aku dengan Raihan je pegi. Panjang giler que mase nak beli tiket, naseb baek kitorang sampai awal sikit. Aku nasihatkan korang bawak tisu bila masuk panggung nanti, agak sedih la cerita ni. Lepas habis wayang, kitorang dikejutkan dengan kedatangan pelakon-pelakon Nur Kasih kat dalam panggung. Excited!! Dapat jumpe artis live nih.Ari sabtu (21/5/2011) aritu memang road tour Nur Kasih kat Terminal 1. Sebab tu lah aku nak tengok wayang ari Sabtu tu…boleh jumpe pelakon sekali. Tapi, abang Remy datang bertongkat..tak tau la kenapa. Lupe pulak nak tanya. Pelakon2 yang turun padang adalah Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Shafiee. Shafiee dalam filem ni jadi budak jahat name Jamal. Sekali lagi aku promote, pegi la tengok Nur Kasih The Movie di pawagam berhampiran ok, sekian terima kasih…aku bukan kena sogok suruh promote Nur Kasih The Movie ni taw, tidak sama sekali…hehehehe.


Wednesday, May 18, 2011

Day1: Your Current Relationship, If Single Discuss How Single Life Is


Assalamualaikum…

Hye sume! Memandangkan ramai blogger dah buat 30 days challenge ni, aku pun nak buat gak la. Macam best je. Mula2 aku tengok cik epal buat benda ni..pastu yuyu zulaikha buat gak..ingatkan mane lah diorang jumpe benda ni..rupenye amik kat incik google je..hahaha. Ok..day 1: tell about your current relationship. If single, discuss how single your life.
Uishh..my current relationship?? I SINGLE MINGLE JE LAGI AND ALWAYS AVAILABLE…muahahaha. Ishh..betul la, apesal tak caya plak. Ade sesape ke yang mengaku dia kekasih hati aku?? Kalo ye sila tampil kehadapan..aku bagi penumbuk sulung sekali..hahaha. Aku ni garang..sebab tu la lelaki takut nak mendekati aku..muahahaha. Dah la garang…pastu “cengih” (betul ke ejaan camni?)plak tu bak kate kawan2 sekelas aku. Sebab tu la aku sesuai untuk lelaki yang berani je..hahaha. Tapi..segarang-garang dan secengih-cengih aku, hati aku baik woo..(masuk bakul angkat sendiri!) dan ade kelembutan yang korang tak nampak dari luaran…korang kenal aku dengan lebih mendalam, baru tau. Nampak je aku macam ni..tapi aku sangat sensitive, walaupun korang cakap dalam nada gurauan..aku myb tetap terasa hati…dan aku tak akan menangis depan orang..tak cool la beb!, tapi aku akan menangis bila orang tak de ataupun time tido. Hati aku sangat fragile..ye aku mengaku tu. Entah ape2..padahal aku tau orang tu gurau je..aku tetap makan hati gak. Aku bagitau awal2 la ye..aku sangat complicated untuk difahami dan sangat mudah berubah mood walaupun bukan time datang bulan..hihihi.

If single, discuss how single your life? Ermmm…macam mane nak discuss ni ek?? Ok macam ni lah…ye aku single mingle seperti statement diatas. Aku tak pernah bercinta! Huhuhu…how naĂŻve is that. Setakat cinta monyet gayut2 atas pokok tu penah la sekali. Itu pun..just suke ngan budak lelaki tu ok! Bukannya “cinta”. Ala…mase umo 9 tahun kot (giler advance!), ape la yang budak umo 9 tahun paham makna sebenar cinta! Jadi..itu cumalah setakat suke2 je..pen merah, pen biru, u marah, I lap u..muahahaha. So..aku memang tak penah bercinta sampai la sekarang. Kalo kawan2 aku yang lain dah 10, 20, 30 orang ex-boypren..aku tetap maintain solo. Setiap minggu bergelumang ngan lab report yang menimbun..keluar pun ngan kawan2 perempuan je..TAK PENAH DATING! Huhuhu..mesti korang kate boringnya hidup aku..a’ah memang kadang2 aku rase boring, sunyi! Tapi..bila aku sibuk, tak de la aku pikir sangat pasal tu.

Tapi kan…bagus gak aku tak penah bercinta! Sebab..bile kawen nanti, suami aku adalah CINTA PERTAMA dan TERAKHIR aku.Sweet tak?? Ha..cube korang pikir, pakwe/makwe korang sekarang ni..tak semestinya akan jadi suami/isteri korang, betul tak?? Ye lah..kalo yang bercinta bertahun-tahun tu sampai ke jinjang pelamin..baguslah..tapi kita hanya mampu merancang, tuhan yang menetukan! Kalo boleh aku tak nak bercinta sekarang…tapi aku nak bercinta selepas kawen…lagi romantic!hahaha. Aku penah cakap kat mak aku..”nanti omak carikanlah adek suami ye”, pastu mak balas, “ekau carik lah sendiri, nanti omak carik an tak berkonan plak”..”erm yolah2 nanti orang cari sendiri”. Bagi aku..tak perlu terkejar-kejar mencari cinta, biarlah cinta yang datang cari kita..Allah lebih mengetahui siapa jodoh kita, kita cuma perlu yakin ajal, maut, jodoh, pertemuan semua tu di tangan Allah :p


"Sayangku Merajuk"


Assalamualaikum….

Hye sume! Ape khabar? Harap2 sihat hendaknya..uishh tak bleh bla la tajuk atas tu. Sayangku Merajuk??? Huhu…moga tak de sesape yang muntah hijau ke biru atau warna pelangi sebangainya. Entri ini bukanlah entri bersifat jiwang karat, harap maklum. Jangan salah faham dengan tajuk entri di atas ye..tidak berkaitan dengan diri empunya blog. Tuan punya blog ni masih belom mempunyai “kesayangan”..oleh itu tiada “kesayangan” yang akan merajuk..muahahaha.

Yang sebenarnya, “Sayangku Merajuk” adalah sebuah novel, karya terbaru Ayu Emelda. Baru je beli beberapa hari yang lalu disebabkan aku bosan duduk di rumah..tak kan nak tengok cerita je kat laptop cuti2 ni. Lagipun aku ni memang kaki novel…dah lame giler tak baca ape2 novel, so aku decide nak beli novel untuk dibaca. Setelah puas memilih novel yang ade kat kedai buku tu..aku berkenan plak ngan novel ni..selain sinopsis nampak best, cover novel ni pon nampak sweet…hahaha. Jadi..selama beberapa hari aku membaca novel ni, ape yang aku boleh kata novel ni simple..dengan jalan cerita yang tak terlalu berat. Tidak terlalu berat disini bermaksud, anda yang baca novel ni tidak perlu risau untuk menyediakan tisu seperti kebiasaan membaca novel. Jalan ceritanya boleh dikatakan santai dan “fun”. Masih ade konflik yang mengelilingi watak utama..tetapi garapan Ayu Emelda kali ni ringan.

“Sayangku Merajuk” mengisahkan kisah cinta sejati antara Aireen dan Shahir seorang muallaf yang telah 5 tahun memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Aireen di bumi Australia. Konflik mula terjadi apabila Shahir diminta pulang ke Malaysia oleh ibunya secara tiba-tiba kerana menerima ugutan bahawa Laura akan keluar daripada Islam sekiranya Shahir tidak berkahwin dengannya. Laura juga seorang muallaf yang memeluk Islam kerana cinta yang terlalu mendalam terhadap Shahir. Madam Anna, ibu Shahir tidak merestui hubungan Shahir dan Aireen kerana dia hanya inginkan Laura sebagai menantu. Shahir terpaksa juga pulang ke Malaysia dan jika perlu dia sanggup berkorban mengahwini Laura kerana agama.Shahir berjanji akan pulang segera ke Australia sebaik hal di Malaysia sudah selesai. Aireen kecewa dengan keputusan Shahir dan menunggu Shahir pulang, namun sehingga 5 bulan Aireen menunggu, Shahir masih belum kunjung tiba. Dia percaya bahawa Shahir telah pun menikahi Laura..dan apabila Shahir menikahi Laura maka dia bukan lagi isteri Shahir.

Dengan hati yang kecewa Aireen pulang ke kampong tanpa membawa segulung ijazah..sungguh mengecewakan hati tua ibunya, malah lebih memilukan dia juga disahkan mengandung setelah pemergian Shahir. Pulang ke kampong dengan perut yang semakin membesar mengundang persepsi negative orang kampong, kerana tidak pulang bersama suami. Beberapa tahun kemudian, pertemuan semula dengan Shahir secara tidak sengaja menoreh kembali luka di hati Aireen. Apatah lagi kini hatinya sudah terisi dengan kehadiran Zarul. Kehadiran Shahir kini dengan misi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak kembar yang comel, Dyra dan Fyra serta memujuk si isteri yang hatinya keras seperti iceberg..

Ok..kalo nak tau macam mane Shahir memujuk hati Aireen, ape yang terjadi apabila Shahir tidak pulang ke sisi Aireen seperti dijanjikan, siapa sebenarnya Zarul, keletah si kembar Fyra dan Dyra, dan juga Hanis, adik Aireen yang sentiasa membantu abang iparnya dalam rancangan melembutkan hati kakaknya yang keras macam iceberg tu…belilah novel “Sayangku Merajuk” ni…siap boleh ketawa sorang2 lagi bila baca kerenah Aireen dan Shahir ni. Bestnya dapat suami macam Shahir ni, sabar je dengan perangai isterinya. Rasenye tak rugi la kalo keluar duit sikit beli novel ni ye kaki2 novel sekalian :p


Jogging 1 Kampung~~


Assalamualaikum….

Hai sume! Berjumpa lagi kita dalam episode kali ini, “jogging 1 kampung”muahahaha..naseb baek la aku tak buat “jogging 1 Malaysia”, kalo tak naya pulak nak pusing satu Malaysia, walaupun  dalam peta nampak  kecik setoit ,…silap2 bleh masuk Malaysian Book of Record plak kan! Ade ke orang penah buat “jogging satu Malaysia” ni?? Rasenye xpenah kan..haaaa, memang boooleh sangat la masuk dalam Malaysian Book of Record! Hehehe….xkoje la mak nak buat “jogging 1 Malaysia”……….nanti xabis lagi Negeri Sembilan ni dan xsampai lagi pon sempadan Negeri Sembilan-Selangor..aku dah pancit tengah2 jalan tu!hahahahaha…besoknya muka depan akhbar kat Malaysia ni “seorang perempuan telah kecundang di tengah jalan dan gagal menamatkan misi Jogging 1 Malaysia”…wuaaaaaaaaaaaaa mane aku nak letak muka aku yang cun melecun ni??hahahaha…

Aku rase mesti ade kawan2 aku yang pelik, nape ngan aku…..xda angin, xde ribut, tibe2 rajin pulak nak jogging,buang tebiat ke ape kan..huhuhu,yang sebenarnya aku dah sedar sekarang betapa pentingnya gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kita!muahahahaha…baru sedor???ish3. Hehehehe..yang sebetul-betulnya, aku nak turunkan berat badan yang makin bertambah ni…almaklumlah sekarang kan tengah cuti sem, duduk kat rumah..bila duduk kat rumah, omak den pulak masak sodap2 jo..bukan ape beliau nak menjamu anak kesayangan beliau yang dah lamo xbalik rumah ni…hehe. Uishhhh…cakap pasal makanan, menu makan tongah ari semalam; ikan cencaru bakar cicah air asam & celur keladi..fuhh marvelesss!!!! Memang terbaekkkk la mak!! Ni den sayang omak den ni, lopeh ni den nak buek request kek omak den, sambal daun kayu..my feveret all the times J

Ok..back to the topic! Den kalo cito bab makanan kang tak ingat dunio..hahaha.Sebenarnya, aktiviti jogging-menjogging (apo punyo bm daaaaa)ni adalah sambungan dari tahun lepas lagi. Ianya telah dicetuskan oleh kawan sekampung aku, Mira dan diaktifkan oleh aku, dan kawan aku lagi sorang, Roslina. Kitorang ni memang kawan dari kecik sampai la sekarang,bff forever la. Misi budak 2 orang ni..tak lain dan tak bukan adalah untuk KURUS!! Hahaha…sanggup tu budak 2 orang tu tak makan nasi. Aku takda lah berazam sampai macam tu sekali…nasi tetap makan macam biasa;huhu tak boleh lah aku nak stop makan nasi, nasi tu makanan ruji dan wajib aku!

Dah beberapa hari kebelakangan ni, aku jog ngan Mira je sebab si Ros belom balik kampong lagi. Dia same U ngan aku..tapi dia akan balik lambat setiap sem, sebab dia ade keje lagi..biasala budak architecture memang bz sikit. Orang lain dah lame balik rumah, dia ada lagi kat Shah Alam..ade pembentangan ape ntah. Pastu, rasenya cuti sem ni dia tak dapat join kitorang jog sebab dia balik rumah kejap je, pastu balik Shah Alam balik sebab sem ni dia praktikal. So, aku ngan Mira je la jogging pagi2 buta tu. Tapi..entah sampai bila je la program jogging kitorang ni. Nanti si Mira pulak dah balik poli. Kalo aku sorang….haram aku nak gi jogging satu kampong! Aku jog keliling umah je lah..hahaha. Pagi tadi aku bawak kamera ..sambil jogging sambil ambil gambar, klik klik!hehe. Saje je nak post kat fb pastu tag Roslina…hahahaha, jahat tak kitorang. Berapi je Ros tengok gambar tu nanti sebab dia tak dapat join skali. Aritu aku mesej dia tanya bila die nak balik, dia kate dia balik myb 20hb @ 21hb..pastu siap pesan tolong jog untuk dia..tapi jangan jog iya2 sangat, nanti aku kurus dia gemok!hahaha..

Pagi tadi Mira lambat..dia bangun kol 8..tido balik lepas subuh. So, sementara menunggu si Mira aku ambik gambar diri sendiri dulu la ye :p








Ni pulak gambar sepanjang perjalanan jogging kitorang merentasi kampong terchenta!