Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, October 11, 2013

H.U.J.A.N


Hujan...

Hujan ini selalu mengingatkan aku pada kenangan lalu.

Kenangan ketika kecil. Ketika ayah masih ada.

Aku ingat lagi dahulu..ayah hanya punya motorsikal.

Dengan motorsikal itu lah ayah hantar aku ke sekolah setiap pagi.

Untuk memastikan aku tak akan basah kuyup ke sekolah, ayah buat sendiri baju hujan itu.

Aku ingat lagi baju hujan yang di buat ayah sangat besar.

Muat untuk aku dan ayah sama-sama berlindung dari kebasahan.

Aku akan membonceng di belakang ayah sambil bersembunyi di dalam baju hujan ayah yang besar itu.


Jadi aku tidak akan basah apabila sampai ke sekolah.

1946-2005
Ayah..adik rindu ayah SANGAT-SANGAT



Yang sentiasa merinduimu,
Adik.
10102013


6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

kenangan bersama ibu bapa mana mungkin kita lupakan kan?

nohas said...

ibubapa akan berusaha yg terbaik utk anak-anaknya...terharu...

Mia Liana said...

kenangan takkan lupa sampai bila2.. al-fatihah..

Azhafizah Md Nor said...

alfatihah untuk arwah ayah awak..
take care dear :)

Time Traveller said...

Al Fatihah saya sedekah untuk arwah ayah Zainatul abu bakar.. moga beliau berada di kalangan roh orang2 yang beriman.. amin..

banyak kan lah berdoa dan bersedekah atas nama beliau.. moga amalan baik beliau sentiasa berkekalan aminn..

Jue Derella said...

sedih plak bila baca...