Assalamualaikum wbt...
Terlebih dahulu nak minta maaf kat kawanku, Ima atas kelewatan entri ini. Ampun yaa ibukk. Entri ni sepatutnya dibuat pada bulan lepas. Tapi atas faktor kesibukan seorang pelajar tahun akhir ini, maka entri ini tertunggak.
Pernah tak bila anda inginkan atau idamkan sesuatu, anda sanggup ke hujung dunia sekalipun untuk mendapatkannya? (hiperbola sangat, heh!) Jadi inilah yang terjadi untuk entri kali ini. So..stay tuned!
Alkisahnya...aku ditelefoni (ape ayat kau ni?haha) oleh emak dan abangku dari kampung. Emak awal-awal lagi dah bagitau durian kat rumah dah gugur. Tapi beliau tak suruh balik pun. Emak memang macam tu, die mana kasi aku balik rumah kalau setakat balik hujung minggu je :( huhu..kesian kan aku, nak balik rumah pon tak bagi. Tapi kalau cuti sem tu dia bagilah sebab lama sikit kan. Jadi..pada masa tu, aku tak menaruh harapan pon dapat pulang untuk makan durian :(
Tapi..kemudian, abangku pulak telefon dan tanya aku tak nak balik ke makan durian? Durian tengah 'gahat' sekarang ni (maksudnye durian tengah gugur dengan lebatnye,,haha). Kebetulan..masa abangku telefon, Ima (kawanku yang telah di'mention kat atas tu) ada disebelahku. Tiba-tiba, dia pulak excited nak balik ke kampungku untuk makan durian. Fatin, sorang lagi kawanku tiba-tiba excited jugak nak kutip durian! Haaaa..aku ape lagi, excited tak ketentuan hala jugak laaa nak balik rumah makan durian :D
Jadi kami pon buat plan yang baik punye..dengan kawan-kawan yang lain nak balik rumah aku untuk makan durian. Baik tak baik laa plan tu...tiba-tiba dekat dengan hari kejadian, kami semua kena attend satu program wajib fakulti. Damnnn! Tapi..bak kate orang sesuatu niat yang baik tu, pasti Allah akan tunjukkan jalan penyelesaiannya. Akhirnya jadi juga rancangan kami ke Kuala Pilah. Pada awalnya hari Sabtu..tetapi telah ditukar menjadi hari Ahad (25 November 2012). Lepas aje progam..kami terus pecut ke Kuala Pilah. Yeayy!
Kami seramai 9 orang bertolak menaiki 2 dua buah kereta yang "comel" milik Ima & Fara. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ima & Fara *wink*. Sampai juga kami ke Kuala Pilah..lebih kurang pada pukul 2:30 petang. Emak dirumah sudah sedia dengan juadah untuk kami. Special tau ^_^. Nak tau juadah ape yang special tu? Baca sampai habis, kekeke.
Jom layan gambar-gambar di bawah :)
|
view dari kereta "comel" milik Fara (Jalan naik ke rumahku)
|
|
Halaman rumah yang mendamaikan selalu :) |
Sampai lah kita ke gambar yang ditunggu-tunggu. Makanan. Yeay! Sampai aje terusss makan ok, hehe.
|
Ayam masak lomak |
|
Ce teka ce teka :p |
Kalau nak tau, lauk diatas adalah.........................daging rusa! hihi. Inilah juadah special tu. Bukan senang nak makan tau. Mula-mula ingatkan nak mintak mak hidangkan Sambal Tempoyak Daun Kayu, juadah femes orang nogori tu. Tapi...kami punya plan kan last minit, mane lah emak sempat nak carik daun kayu. Daun-daun tu dah la susah nak carik, hehe.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Durian time!!!
|
Tudiaaaa "Big" boss tengah menunjukkan skill membuka durian |
|
Tadaaa!! Dah terbukak dah! |
So...apo tunggu laie jang, makanlahhhh! hehe
|
Hohh muka pelahap giler! |
|
Alaalaaa..gaya duduk paling sopan, kahkahkah |
|
Model durian :) (Nape aku tengok muka aku macam chinese pulak tu, haha) |
|
Mokcik "Hok aloh" pon nak tunjukkan skil die :p |
|
Mokcik "kaki besi" pon tak nak kalah. Tapi dia bukan makan durian pun, heh!
|
Sesi "minum" air durian. Nak hilangkan panas katenye =.=
|
Ima-pemilik kereta "comel" 1 |
|
Fara-pemilik kereta "comel" 2 |
Hasilnyaaa...satu besen ko! haha
|
Ish3 badan kecik, perut besor!haha |
|
Inilah yang tinggal...hehe |
Eh eh, jangan ingat entri ini berhenti disini aje. Stay tuned for Part 2 ok. Sesi kutip durian di dusun pulak, hihi.
2 comments:
nk gak durian...
hehe, dah habis yang. tahun depan ye :)
Post a Comment