Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Saturday, September 22, 2012

Beli Utusan Semata-mata Untuk??

Assalamualaikum wbt...;)


Hari ni hari Sabtu (memanglah, lempang nak??). Hujung minggu macam ni best pegi jalan-jalan, cuci-cuci mata. Tapi aku berhujung minggu di lab. Sadis?? huhu. Pagi-pagi bangun, basuh baju yang dah terendam dalam baldi beberapa hari sebab sibuk pegi lab. Balik bilik letih dan takde mood nak basuh baju. Huhu. Then, bersiap-siap nak ke lab. Tapi kan...dari malam tadi lagi dah plan, sebelum pergi lab MESTI singgah koop dulu. Kenapa beria-ia sangat ek cik Zai?

Haha..alkisahnya malam tadi TERbaca post sorang blogger femes ni tentang dia yang akan masuk paper Utusan hari ni. Blogger femes tu tak lain dan tak bukan adalah Hizami Rahim owner blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Mesti semua dah tau kan? hihi.


Aku memang pembaca setia blog beliau. Sejak setahun yang lalu..walaupun tak la lama mane, tapi blog zami ni memang best. Boleh gelak sorang-sorang bila baca entri-entri beliau. Aku ingat lagi, jumpe blog zami ni dari blog kawan baik beliau iaitu Daniel Adie. Sejak tu lah aku follow blog zami sampai sekarang...walaupun dulu sekadar silent reader je, hehe.


Haaaa..dah tau kan kenapa aku beria-ia nak beli paper Utusan hari ni :p (buang tabiat beli Utusan pulak tu?hihi). Walau apapun, tahniah untuk Hizami Rahim..semoga awak dapat kejar impian untuk jadi pensayarah, insyaAllah :))



Hizami Rahim

Hopefully, satu hari nanti dapat jumpe beliau (wishlist ni, hihi). "Jangan jadi banduan kepada masa lalu kita. Tapi jadilah arkitek kepada masa depan kita." (Hizami Rahim, 2012).