Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Monday, September 24, 2012

Risiko Menjadi Pelakon

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi ;)


Pagi ni aku bukak twitter. Banyak cerita-cerita menggemparkan yang aku baca. Satu, tentang Vanidah Imran & Rashidi Ishak yang diminta segera merujuk jabatan agama berkenaan status perkahwinan mereka. Amboi pagi-pagi dah terbaca cerita yang tak berapa best ni. Yelah, diorang ni kan loving couple. Aku suka tengok diorang berdua nih. Tak bestlah kalau diorang tiba-tiba bercerai. Mengikut Oh Bulan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan agar mereka berdua merujuk status perkahwinan mereka berikutan lafaz cerai oleh Rashidi Ishak terhadap isterinya Vanidah Imran dalam filem terbaru mereka "Untuk Tiga Hari".


Aku pun tak pasti samada betul atau tidak Rashidi Ishak ade melafazkan cerai kepada isteri beliau sebab aku sendiri pun belum menonton filem tersebut. Tapi ade pihak yang dah pun menonton filem arahan Afdlin Shauki ini menyatakan bahawa tidak terdapat adegan dimana  berlakunya lafaz cerai tersebut. Wallahualam..



Sumber gambar: google
Sumber gambar: google
Aku masih ingat lagi ustaz & ustazah yang mengajar aku dulu penah cakap, seorang lelaki yang menceraikan isterinya walaupun sekadar berlakon, tetap akan jatuh talak. Wallahualam... So, nampak tak betapa seriusnya isu macam ni..walaupun kita sekadar berlakon. 

Berita kedua, Remy Ishak mengaku sudah berpisah dengan Tiz Zaqyah. Alahaiiii...aku suke bila diorang couple. Dari Nur Kasih lagi aku rase diorang berdua ni secocok. Sama cantik sama padan. Tapi..nak buat macam mana kan, dah bukan jodoh diorang :p




sumber gambar: google

p/s: Sape yang dah tengok filem "Untuk Tiga Hari"???




2 comments:

rathiqah azmira rosli said...

wow.gosip gosip.heh

budak spec bintang said...

salam..
sori, bukan nak komen pasal entry tapi just nak kenal2.. hihi.. saya student diploma food tech uitm n.9.. n currently sedang dalam dilema nak pergi ke program fastrack( insha Allah kalau ade rezeki),, atau habiskan diploma. tadi saya blogwalking,, and alhamdulillah jumpe blog akak. ^^.. saya cume nak tanye pendapat akak sama ade better untuk saya stay atau pergi ke fastrack. daripada pengalaman akak atau kawan2, susah tak untuk student diploma cope terus dengan degree? sangat appreciate kalo akak boleh balas.. boleh contact saya by email, raudzatulzaza@yahoo.com atau add kat fb, raudzatul zaza.. salam ukhuwah.. ^^