Assalamualaikum wbt…
Aku
terima nikahnya, Nur Amirah Syazwani Binti Md. Yusof dengan mas kahwinnya ...... ringgit, tunai…
Alhamdulillah, selamat
sudah kawan baikku bergelar isteri kepada Mohamed Zulkifli pada hari jumaat
yang lalu (24 Jan 2014). Tahniah kawan! Sebenarnya Mira ni antara kawan baik
aku dekat kampung. Dia muda setahun dari aku. Dulu mak-mak kitorang penah
cakap, antara 4 orang ni (Aku, Mira, Ros, dan Azah), Mira lah yang akan kawen
dulu. Pergh terbaik! Tepat sangkaan dorang. Dah la yang paling bongsu antara
kitorang. Apa nak buat, dah jodoh dia awal kan? Maybe boleh suruh mak-mak
‘vote’ giliran sape pulak lepas ni. Kihkihkih
Aku rasa malu nak baca kandungan dalam diari ni. Hahaha |
Mira…
Kau ingat lagi tak diari ni? Hahaha. Zaman
bodo-bodo kita. Kalau ingat balik memang kelakar. Boleh pulak la kan aku bagi
kau baca diari aku. Hahaha. Dah tu masing-masing jadi kaunselor cinta.
Hahahahaha. Kelakar nak mampos ok. Itu tak termasuk surat-surat kita
berdua.Zaman tu memang popular la trend bagi surat, berkakak dan beradik angkat
ni. Masa tu mana ade sms. Handphone pon nan hado. Aku ingat lagi surat-surat
yang kau bagi siap sembur minyak wangi, takpun tabor bedak. Macam nak bagi
surat cinta kat pakwe. Padahal bagi kat aku jerrr. Aku pun tak paham. Apesal kita
dok berutus surat dulu?? Muahahah
Kini kau dah pun bergelar isteri pada umur
23 tahun. Takpe..aku maafkan kau sebab langkah bendul. I’ts ok, it’s alright!
*tetiba nak wat cheers pulak* hahaha. But its true, aku tak kesah pun. Aku
tumpang gembira untuk kawan-kawan aku. Sebab aku rasa belum masanya untuk aku
fikirkan pasal kawen buat masa sekarang. Ada impian yang perlu aku capai
sebelum aku kawen. InsyaAllah (^_^)V
Dear, kau cantik sangat hari tu. Semoga kau
dengan Zul kekal bahagia hingga ke syurga. Jangan sedih dan pikir lagi apa
orang cakap pasal kau. Kau dah ada Zul yang boleh jaga dan lindungi kau
sekarang. Don’t worry k. And u still have me if u need me. Hehehe.
Apa yang aku nak pesan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang dan jangan sesekali putuskan silaturrahim sesama manusia. Tak bawa kemana pun. Percayalah. Diam tak bermaksud kalah atau mengiyakan apa yang orang kata, tapi diam menunjukkan tahap intelektual kita lebih tinggi dari dorang. Tak perlu nak buktikan apa-apa pada orang lain asalkan kita dan Allah tahu kebenarannya. Walau macam mana sekalipun kita buktikan, manusia tetap suka percaya yang busuk dan buruk. Lumrah!
I love u dear, jadi isteri solehah ok :) |
NotaKaki: Selamat pengantin baru! Jangan lupakan aku tau :) Sape nexttt??
4 comments:
Alhamdulillah..tahniah untuk kawan zai..lepas ni giliran zai pulak..
Semoga berkekalan hingga ke Jannah :)
tahniah.. untuk kawan zainatul naik pengantin baru :D
Tahniah. Ramai betul org yg kawin skrg nih kan
Post a Comment