Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Sunday, September 30, 2012

SEGMEN: Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum wbt...


Baru balik dari blogwalking ke blog Naz (lap peluh)..dan jumpe satu segmen yang menarik. Segmen yang dianjurkan oleh Nabila Medan yang aku rase menarik sebab aku suka tangkap menagkap nih, hahaha. Tangkap? Yelah tangkap-tarik-tambah follower. Bukanlah aku kejar populariti. Tapi cuma nak lebih ramai orang kenal blog aku ni. Blog seorang perempuan kampung. Memang tak popular. Tapi aku harap ramai yang akan tau kewujudan blog ni. Melalui segmen macam ni jugak la salah satu alternatif aku untuk kenal lebih ramai blogger (Y)

[KLIK SINI]


Ok, ni printscreen blog Perempuan Kampung Moden :)


Thanks kepada yang sudi follow :)

Aku dengan ini men"tag" rakan blogger yang juga merupakan ex-roommate aku, Fatin




NotaKaki: Jom lah ramai-ramai join segmen ni ;)






Monday, September 24, 2012

Risiko Menjadi Pelakon

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi ;)


Pagi ni aku bukak twitter. Banyak cerita-cerita menggemparkan yang aku baca. Satu, tentang Vanidah Imran & Rashidi Ishak yang diminta segera merujuk jabatan agama berkenaan status perkahwinan mereka. Amboi pagi-pagi dah terbaca cerita yang tak berapa best ni. Yelah, diorang ni kan loving couple. Aku suka tengok diorang berdua nih. Tak bestlah kalau diorang tiba-tiba bercerai. Mengikut Oh Bulan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan agar mereka berdua merujuk status perkahwinan mereka berikutan lafaz cerai oleh Rashidi Ishak terhadap isterinya Vanidah Imran dalam filem terbaru mereka "Untuk Tiga Hari".


Aku pun tak pasti samada betul atau tidak Rashidi Ishak ade melafazkan cerai kepada isteri beliau sebab aku sendiri pun belum menonton filem tersebut. Tapi ade pihak yang dah pun menonton filem arahan Afdlin Shauki ini menyatakan bahawa tidak terdapat adegan dimana  berlakunya lafaz cerai tersebut. Wallahualam..



Sumber gambar: google
Sumber gambar: google
Aku masih ingat lagi ustaz & ustazah yang mengajar aku dulu penah cakap, seorang lelaki yang menceraikan isterinya walaupun sekadar berlakon, tetap akan jatuh talak. Wallahualam... So, nampak tak betapa seriusnya isu macam ni..walaupun kita sekadar berlakon. 

Berita kedua, Remy Ishak mengaku sudah berpisah dengan Tiz Zaqyah. Alahaiiii...aku suke bila diorang couple. Dari Nur Kasih lagi aku rase diorang berdua ni secocok. Sama cantik sama padan. Tapi..nak buat macam mana kan, dah bukan jodoh diorang :p




sumber gambar: google

p/s: Sape yang dah tengok filem "Untuk Tiga Hari"???




Saturday, September 22, 2012

Beli Utusan Semata-mata Untuk??

Assalamualaikum wbt...;)


Hari ni hari Sabtu (memanglah, lempang nak??). Hujung minggu macam ni best pegi jalan-jalan, cuci-cuci mata. Tapi aku berhujung minggu di lab. Sadis?? huhu. Pagi-pagi bangun, basuh baju yang dah terendam dalam baldi beberapa hari sebab sibuk pegi lab. Balik bilik letih dan takde mood nak basuh baju. Huhu. Then, bersiap-siap nak ke lab. Tapi kan...dari malam tadi lagi dah plan, sebelum pergi lab MESTI singgah koop dulu. Kenapa beria-ia sangat ek cik Zai?

Haha..alkisahnya malam tadi TERbaca post sorang blogger femes ni tentang dia yang akan masuk paper Utusan hari ni. Blogger femes tu tak lain dan tak bukan adalah Hizami Rahim owner blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Mesti semua dah tau kan? hihi.


Aku memang pembaca setia blog beliau. Sejak setahun yang lalu..walaupun tak la lama mane, tapi blog zami ni memang best. Boleh gelak sorang-sorang bila baca entri-entri beliau. Aku ingat lagi, jumpe blog zami ni dari blog kawan baik beliau iaitu Daniel Adie. Sejak tu lah aku follow blog zami sampai sekarang...walaupun dulu sekadar silent reader je, hehe.


Haaaa..dah tau kan kenapa aku beria-ia nak beli paper Utusan hari ni :p (buang tabiat beli Utusan pulak tu?hihi). Walau apapun, tahniah untuk Hizami Rahim..semoga awak dapat kejar impian untuk jadi pensayarah, insyaAllah :))



Hizami Rahim

Hopefully, satu hari nanti dapat jumpe beliau (wishlist ni, hihi). "Jangan jadi banduan kepada masa lalu kita. Tapi jadilah arkitek kepada masa depan kita." (Hizami Rahim, 2012). 






Monday, September 17, 2012

Header Baru

Assalamualaikum wbt...


Lama sungguh tak update blog ni ye. Maklumlah aku baru habis cuti sem. Sepanjang cuti sem ni memang aku jarang online disebabkan rumah aku takde internet. Memang dah lama dah nak letak header baru..sebelum ni pun lama betul blog ni tanpa header, haha.


Memandangkan aku nak buat header sendiri, maka aku pun bertungkus-lumus (iye ke?) belajar photoshop. Hasil belajar dari youtube, menuntut dari kawan...maka terhasil lah header seperti diatas. Ok tak? Harap maklum la...saya budak baru belajar, memang hasilnya tak kemas sikit...tapi itu pun dah cukup membanggakan, tak sangka aku dapat buat header sendiri menggunakan photoshop, hahahaha.


Ok jumpe lagi dalam next entri ;)