Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)
Showing posts with label Running Man. Show all posts
Showing posts with label Running Man. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Percutian Ke Pantai Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum wbt...


Apa khabar? Terima kasih ye sudi singgah blog perempuankampungmoden. Kiteww nak cakap nih, kiteww dah habis exammm, hoyeahhh! Jadinya, semalam (sabtu, 14/7/2012), aku dan classmate telah pergi bercutiiiiiiiiiiiii ke...............Pantai Bagan Lalang, Sepang :p (bajet macam bercuti ke oversea je gamaknye,huhu). Percutian ni dirancang pada hari terakhir kuliah. Walaupun tak lame mane nak prepare..tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Aku awal-awal lagi dah excited, nak beli sunblock laaaa, nak photoshoot tepi pantai laaa, macam-macam (sebenarnya terpengaruh dengan tips to the beach oleh Maria Elena, haha). Kitorang siap prepare game lagi. "Game"nya adalah inspirasi dari Running Man (biasalah, pengaruh Running Man kan kuat) hehe. Alaaaa...kalau korang peminat tegar Running Man mesti tau game yang kena lukis satu benda ni, then orang last skali akan teka ape benda yang orang depan dia lukis. Memang kelakar game ni, kalau tengok Running Man lagi laa kelakar.


Sehari sebelum..aku, fara, ima,tjah, dan tiha shopping barang-barang untuk marinate ayam (ingat tak mereka?? aku pernah mention diorang dalam blog aku [entri ini]. Hehe..jangan tak tau kami siap bahagikan tugas, siapa handle bahagian beli2 barang, sape yang masak, sape yang handle bbq. Mudah...semua orang ade tugas masing-masing.


Sebelum tu lagi (eh eh macam flashback pulak), dua orang kumbang dalam class kitorang, Arif dan Hasrul dah pegi survey tempat. Diorang siap amik gambar lagi...secara tak langsung kami semua dah dapat gambaran laaa tempat ni macam mane. Arif dengan baiknya telah mengambil tempat pembakar dan barang-barang lain di rumah beliau. Nasib rumah dekat ye Arep. Ibu beliau pon telah sudi memasakkan nasi goreng sebagai sarapan pagi kami, terima kasih banyak-banyak la mak cik :)


Ni Arif (korang nampak tak mane dia, hahaha)
Ni hasrul poyo, hahaha
Aku tau korang nak kate ape...Haah, kumbang dalam kelas aku memang dua orang je..dua orang yang sehati sejiwa ni lah selalu menyakitkan hati aku. Yang atas sekali tu dah berpunya...yang bawah tu tak laku-laku, hahaha. Ada yang berkenan ke?? hahaha


Ok jomlah layan gambar-gambar di bawah:


Aku suka gambar ni :)

 Depan kiri: Fatin, Ain ,Aku, Belakang kiri: Fara, Ima, Zati



Dari depan: Ain, Aku, Tiha, Fara, Ima, Zati
Layang-layang Ain dalam kenangan (tersangkut kat pokok, haha)



Sekarang mari tengok gambar aku feeling ala-ala Izzah dalam Ombak Rindu (perasan, haaha)




Lepastu kannn...ade la pulak yang nak mengikut pose macam kat atas nih


Fara
Syikin
Ima & Tjah (nampak kegedikannya disitu, haha)

Oklah..cukuplah sampai disini, banyak lagi gambar yang tak dapat aku upload. Maaf ye kawan-kawan, kalau ade yang takde gambar kat sini. Next sem kita buat lagi ye :)






Friday, June 1, 2012

Park Ji Sung yang sporting!

Assalamualaikum wbt...

Eh cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan Jun laa. Aku sukeee bulan Jun. Kenapa?? sebab.....aku lahir bulan Jun laaa dan aku pon memang suka nombor 6;hehe =.=

Malam tadi tengok Running Man (RM) episode 96. Episode kali ni special sebab guest kali ni adalah Park Ji Sung, Manchester United midfielder. Hebakkkk kan RM. Park Ji Sung pon RM boleh jemput, memang daebakk!!!

Sumber : FB Running Man

Tapi..bukan Park Ji Sung sorang je guest dalam episode ni, si comel IU pon ade. Park Ji Sung ni tetiba *blushing*  bila IU muncul. 

Sumber: Soompi
 Park Ji Sung ni memang sporting dan kelakar. Dia layankan aje kerenah Yoo Jae Suk tu. Mula-mula persepsi aku tentang episode kali ni mesti tak berapa nak best sebab guestnya pemain bola sepak. Tapi aku memang betul-betul tak sangka si Park Ji Sung ni boleh adapt dengan Running Man seolah-olah dia ni seorang yang berada dalam bidang entertainment. So, aku yakin dan percaya kalau suatu hari nanti Park Ji Sung tak jadi seorang pemain bola, dia boleh masuk dalam variety line =)


Episode kali ni adalah episode yang korang tak boleh terlepas sebab memang sangat-sangat kelakar ok.

 1. Setiap seorang Running Man & IU dapat super power dimana diorang boleh guna semasa perlawanan bola sepak dengan Park Ji Sung. Haha dapat superpower yang membolehkan dia untuk terbang. Tapi kan.....macam takde guna pon superpower ni. Kelakar adelah. Dah laa dia hanya boleh bergerak ke depan dan ke belakang jer sebab guna cable nak terbang,hahaha.




Sumber :runningmanclub


2. Super power yang best aku rase antara semua Running Man adalah super power yang dimiliki oleh Ji Suk Jin dan Gwang Soo. Ji Suk Jin boleh alihkan petak gol tu ke kkiri atau ke kanan..Gwang Soo pulak boleh hentikan masa, which is super cool lah kalau nak jaringkan gol saat tu :p


Sumber: runningmanclub




 3. Part dimana Haha bagitau birthday IU 16 May. Jae Suk pulak tetiba bagi cadangan untuk kumpulkan duit bagi hadiah kat IU. Pastu, diorang semua kata buat apa kumpul duit, Jae Suk sorang pon mampu bagi IU hadiah. Yelah...Jae Suk kan MC yang popular kat Korea, mesti lah dia banyak duit. Then, Haha kata IU nak amik lesen kereta. So, dia harap dapat hadiah kereta. Sengall punya Haha. Jae Suk pulak tetiba tukar topik..hehe. Part ni aku rasa fun jugak la.


Sumber :kpopfever

*Banyak lagi lah yang menarik dalam RM kali ni =.=






NotaKaki: Jangan lupa tengok RM episode 96 [KLIK SINI]. Tak sabar nak tengok RM episode 97 (Asian Dream)