Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, January 31, 2014

Kot Ye Pon Tak Payah La Menipu..Huhu

Assalamualaikum wbt..


Semalam aku ada dapat email dari satu company ni. Company ape? Ade lah..tak payah la aku mention. Tapi company beverages yg besar la. Kalau aku sebut mesti korang tau punya.

Email tu tertulis seperti di bawah;


Thank you for attending the recent interview with us.

We were most impressed with your skills and experience, but we regret to inform that we are unable to match it with our job requirements at this juncture…bla bla bla bla bla

*************************

FAKTA:

  • Aku TAK pernah dipanggil interview oleh company tersebut, waima phone interview sekalipun!
  • Bila TAK pernah dipanggil, takkan lah aku pergi interview, ye dak?
  • Aku apply job tu pada 15 sept 2013 (lebih kurang 4 bulan yang lalu)


Haish dunia oh dunia! *tetiba*




NotaKaki: Rasa macam nak beli susu NZF la nak buat teh tarik (hint). kuikui. Paham tak hint aku tu? Tak paham takpe. Kalau paham pun buat-buat tak paham sudah, tak payah tulis kat ruangan comment. Mampus aku. Hahahaha

**NZF tu huruf awal nama aku**

**ekau cari susu NZF memang tak jumpo lah jang oii, tunggu den buek produk dulu, nanti den lotak namo susu tu NZF. Kahkahkah**


Sekian segmen fakta atau auta kita hari ini. Take care people!

Aku Terima Nikahnya...

Assalamualaikum wbt…

Aku terima nikahnya, Nur Amirah Syazwani Binti Md. Yusof dengan mas kahwinnya ...... ringgit, tunai…


Alhamdulillah, selamat sudah kawan baikku bergelar isteri kepada Mohamed Zulkifli pada hari jumaat yang lalu (24 Jan 2014). Tahniah kawan! Sebenarnya Mira ni antara kawan baik aku dekat kampung. Dia muda setahun dari aku. Dulu mak-mak kitorang penah cakap, antara 4 orang ni (Aku, Mira, Ros, dan Azah), Mira lah yang akan kawen dulu. Pergh terbaik! Tepat sangkaan dorang. Dah la yang paling bongsu antara kitorang. Apa nak buat, dah jodoh dia awal kan? Maybe boleh suruh mak-mak ‘vote’ giliran sape pulak lepas ni. Kihkihkih

Aku rasa malu nak baca kandungan dalam diari ni. Hahaha

Mira…

Kau ingat lagi tak diari ni? Hahaha. Zaman bodo-bodo kita. Kalau ingat balik memang kelakar. Boleh pulak la kan aku bagi kau baca diari aku. Hahaha. Dah tu masing-masing jadi kaunselor cinta. Hahahahaha. Kelakar nak mampos ok. Itu tak termasuk surat-surat kita berdua.Zaman tu memang popular la trend bagi surat, berkakak dan beradik angkat ni. Masa tu mana ade sms. Handphone pon nan hado. Aku ingat lagi surat-surat yang kau bagi siap sembur minyak wangi, takpun tabor bedak. Macam nak bagi surat cinta kat pakwe. Padahal bagi kat aku jerrr. Aku pun tak paham. Apesal kita dok berutus surat dulu?? Muahahah


Kini kau dah pun bergelar isteri pada umur 23 tahun. Takpe..aku maafkan kau sebab langkah bendul. I’ts ok, it’s alright! *tetiba nak wat cheers pulak* hahaha. But its true, aku tak kesah pun. Aku tumpang gembira untuk kawan-kawan aku. Sebab aku rasa belum masanya untuk aku fikirkan pasal kawen buat masa sekarang. Ada impian yang perlu aku capai sebelum aku kawen. InsyaAllah (^_^)V


Dear, kau cantik sangat hari tu. Semoga kau dengan Zul kekal bahagia hingga ke syurga. Jangan sedih dan pikir lagi apa orang cakap pasal kau. Kau dah ada Zul yang boleh jaga dan lindungi kau sekarang. Don’t worry k. And u still have me if u need me. Hehehe. 

Apa yang aku nak pesan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang dan jangan sesekali putuskan silaturrahim sesama manusia. Tak bawa kemana pun. Percayalah. Diam tak bermaksud kalah atau mengiyakan apa yang orang kata, tapi diam menunjukkan tahap intelektual kita lebih tinggi dari dorang. Tak perlu nak buktikan apa-apa pada orang lain asalkan kita dan Allah tahu kebenarannya. Walau macam mana sekalipun kita buktikan, manusia tetap suka percaya yang busuk dan buruk. Lumrah!




I love u dear, jadi isteri solehah ok :)


NotaKaki: Selamat pengantin baru! Jangan lupakan aku tau :) Sape nexttt??


Wednesday, January 22, 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum wbt...


<<Klik Sini>>
Giveaway datang lagi! Kali ni giveaway dari kak Fiza (azhafizah.com) bersempena dengan  birthday beliau pada bulan hadapan. Maka dengan itu Zai nak tujukan satu lagu yang cukup indah khas untuk kak Fiza. Hayati lirik lagu ni ok. hehe.

Lebih Indah
Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Disekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Disekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama
purnama jingga
Cantiknya..di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
mengajar hidup kita  ragam tak menghasil yang indah

Disekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Disekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana

Disekelilingmu ada dinding dinding
Yang menghadangi dan menghalangi
Disekelilingmu ada laut-laut
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya


Sorry ye kak..mampu bagi lirik je. Tak mampu nak nyanyikan. Bukan apa takut tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya nanti. Dahla sekarang ni sejuk kemain. Huhuhu. Apapun lagu ni memang indah kan? Begitu juga Zai harapkan kehidupan akak akan sentiasa indah dan lebih indah dari hari ke hari bersama suami dan keluarga tersayang. Moga selepas ni bertambah indah dengan kehadiran permata hati akak dan suami. Insyaallah, Zai doakan. Amin.


Apa lagi, jom join giveaway dari kak Fiza ni. Tak rugi apa pun. Join je giveaway ni dah dapat softcopy calendar 2014 dekstop wallpaper. Tapi apa yang lagi best, anda berpeluang dapat hadiah di bawah:

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]


Syarat-syarat penyertaan boleh <<Rujuk Sini>>


NotaKaki: Happy Birthday in advance, Kak Fiza! Hee :D