Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Thursday, June 27, 2013

Segmen Bloglist Julai Blog Paly

Assalamualaikum wbt..

Malam ni rasa nak join segmen yang dianjurkan oleh Blog Paly ni. Sebenarnya masa kat ofis ade terbaca pasal segmen ni. Tapi ye la kan..takkan aku nak berblogging plak kan. Jadinye aku biarkan la dengan harapan balik nanti aku nak join. Tapi hampeh sebab aku bizi dan balik lambat. Balik lambat, letih dan ngantuk lagi, akhirnya aku lupe. Tapi nasib baik aku terbaca entri Paly yang segmen ni tinggal 4 jam lagi. Alhamdulillah dapat la jugak join kan. Hehe =)


Hai Paly!(kenyit mata sket, hehe) Harap-harapnye awak sudi letak Blog Perempuan Kampung Moden dalam bloglist Julai Blog Paly ye. Lepasni dah boleh update selalu blog ni sebab tuan blog ni dah nak abis praktikal, hoyeahhh! Eii tak sabarnye...esok last day praktikal!


Oklaa, rakan-rakan blogger yang lain..jemputlah BW ke blog Perempuan Kampung Moden..Insyaallah I will visit ur blog sooner or later, dun worry k ^_^


nak join klik sini cepat!

NotaKaki: Segmen tamat pada pukul 11:59 pm (malam ni)


Sunday, June 16, 2013

Idea Menarik Sempena Hari Bapa

Assalamualaikum wbt..


Selamat hari bapa untuk semua insan bergelar bapa. Bersyukur jika anda masih punya bapa/ayah/walid. Untuk mereka yang sudah kehilangan seorang ayah, sabar dan redho dengan ketentuan Tuhan. Apa yang kita boleh lakukan sebagai anak, adalah doa. Doa yang tidak putus-putus tanda ingatan kita kepada si ayah di alam sana. 

Aku juga sudah kehilangan ayah yang telah menjagaku dari kecil. Walaupun dia bukan ayah kandungku tapi  dia melayan aku seperti anak kandung sendiri. Alfatihah untuk arwah ayah. Semoga ayah damai di sana. Adik rindu ayah sangat-sangat. Adik rindu dengan lawak-lawak ayah. Rumah sunyi sejak ayah tiada. Dah 8 tahun ayah pergi. Dah 8 tahun jugak rumah tu sunyi ayah. Takde sape mampu buat lawak macam ayah buat. Sungguh kami semua rindu ayah!

Tapi aku juga bersyukur aku masih punya ayah kandungku. Insyaallah aku akan cuba bahagiakan ayah. Akan aku banggakan ayah dengan ijazah yang bakal aku terima hujung tahun ini. 

Ok takmo sedih-sedih. Ape kata kite tengok idea-idea menarik yang boleh kita lakukan untuk ayah sempena hari bapa ni.


Haaa..ape kate korang tulis ucapan kepada ayah dan masukkan dalam balang macam ni. So sweet :) Ape salahnya kan. Kalau dengan boyfren korang pandai pulak nak suwit suwit kan? Hahaha



Waaa yang ni best gak ni. Kalau aku jadi ayah konpem nyenyak tido. Mungkin geli sikit la. Tapi tetap sweet kan?? heeee. Tapi kita yang dah besar ni takkan nak main race kete pulak kat belakang ayah kan? Boleh la ganti dengan urut badan ayah. Yelah ayah kan penat cari rezeki. Time ni lah kita nak manjakan ayah :)


Ok sempena hari bapa ni boleh la kau tunjukkan bakat memasak masing-masing. Hehe. Buat something special untuk ayah. Semua adik beradik berkumpul. Meriah kan?

Takpun beli kan la ayah korang kasut ke, baju ke, tie ke..ape ape jelah. Yang penting ayah suka dan dia akan pakai. hehe



Mood: Selamat Hari Bapa!

Ada Apa Dengan "Sebenarnya Saya Isteri Dia"

Assalamualaikum wbt..

Mata masih segar bugar walaupun jam dah menunjukkan pukul 1:34 a.m. Alang-alang taknak tido lagi tu marilah kita sapu sawang-sawang yang ade dekat blog ni dengan entri baru. Hihi. 

Aku bet rata-rata penduduk Malaysia sekarang ni tengah giler dengan drama terbaru adaptasi dari novel "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Betul tak? Oh sweet sangat si Firash tu ye. Alalalala. Nakal-nakal pun ramai orang minat.

Aku rase nanti kan..habis semua novel-novel kat pasaran ni semua nak buat drama/filem. Haha. Lepas ni dengar cite "Kampung Girl" pun akan didramakan. Dah bace? Aku baru je bace beberapa minggu lepas. Oklah not bad. Hero die pun mula-mula benci pastu suke. Hmm kadang-kadang aku rase cliche sangat la. Tapi aku pun tengah fikir..jalan cerita macam mane yang tak cliche?? Hurmmm..ni lah cabaran untuk penulis novel. Eh, aku pun ade impian nak tulis novel tau..cumenye ni lah haa tengah fikir jalan cerita macam mane yang tak cliche sangat. Huhuhu. 

Oh lupe plak..aku baru je lepas layan episod-episod SSID kat tonton.com.my. Lepastu google la pasal penulis SSID ni..kak Zura Asyfar. Then, aku jumpe blog die, hihi. Kalau nak baca boleh la [klik sini]. Boleh baca disebalik tabir masa kak zura mula-mula nak siapkan SSID ni. Banyak cabarannya..tapi pada masa yang same aku kagum dengan kegigihan Kak Zura ni nak siapkan SSID. Dengan takde laptop/pc nye, die terpaksa pinjam laptop husband dia dan mula buat keje dari pukul 12 malam sampailah ke pagi. Waaaa kagumm.


Mood: Nak contohi Kak Zura Asyfar. Semangat! yeah!



Monday, June 3, 2013

Anda Suka Bubble/Pearl Tea? Please hati-hati ye

Assalamualaikum wbt...



Aku ada info berguna untuk dikongsi bersama pembaca blog. Ini berkaitan bubble/pearl tea. Aku memang peminat tegar bubble tea tau. Di UiTM dulu, boleh kata hari-hari aku akan beli bubble tea. Memang addicted la..lagi-lagi perisa mocha dan chocolate! Ummm yummy :)


[sumber gambar]


Tapiiii baru-baru ni tapiocca ball/pearl dari Taiwan dikesan mengandungi maleic acid.  Ada apa dengan cinta maleic acid??

Maleic acid adalah sejenis bahan yang tidak dibenarkan ditambah dalam produk makanan. Kehadiran maleic acid dalam makanan disebabkan oleh penggunaan kanji bergred industri yang didakwa boleh meningkatkan kekenyalan produk makanan.

Berikut adalah antara produk yang tercemar dengan maleic acid:

1. Tapioca Ball daripada syarikat Sunright Corporation, Taiwan
2. Tapioca Starch daripada syarikat Hong Kai Foods Co., Taiwan
3. Black Tapioca Pearls daripada syarikat Possmei International Co Ltd, Taiwan
4. Indica Rice Powder daripada syarikat Sunright Foods Corporation., Taiwan
5. Tapioca Pearls daripada syarikat Shang Wang, Taiwan
6. Tapioca Starch Ball daripada syarikat Grand Chainly Enterprises Co. Ltd, Taiwan
7. Tapioca Pearls daripada syarikat Ting Long, Taiwan
8. Noodles daripada syarikat Sin Chi Zhi Miang Chang, Taiwan
9. Tapioca Pearls daripada syarikat An Li Si, Taiwan
10. Tapioca Pearls (White) daripada syarikat Taiwan Tapioca Foods Company Ltd, Taiwan
11. Tapioca Pearls (Black) daripada syarikat Taiwan Tapioca Foods Company Ltd. Taiwan

Kesan maleic acid kepada manusia:

Pengambilan maleic acid yang sekali sekala pada paras rendah adalah tidak memudaratkan kesihatan. Tapi pengambilan pada paras yang tinggi dalam jangka masa yang lama berkemungkinan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Tapi setakat ini pemantauan di pintu masuk mendapati produk tersebut tidak diimport ke Malaysia. Pada masa yang sama Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu pengesahan mengenai perkara tersebut daripada pihak Taipei Economic and Culture Office di Malaysia..



NotaKaki: Untuk maklumat lanjut sila klik link di atas


Sunday, June 2, 2013

Hello June!

Assalamualaikum wbt...

[sumber gambar]


Selamat pagi! Wah wah catat rekod arini tak tido lepas subuh. Huahua. Azam bulan Jun mungkin?

Pejam celik pejam celik dah bulan Jun ye? Weee..happy! Jom buat counting days. Zai ade tiga counting days bulan 6 ni.

14 days to my bornday
26 days to my FREEDOM!
36 days to Ramadhan

Wah, freedom daripada ape tu?? Jeng jeng jeng. Freedom dari praktikal training laaa. Ape lagi? Tak sabar tunggu 28hb ni. Aku nak pegi keje pun dah malas sangat sekarang. Terutamanya besok, isnin. Huhuhu. Ape omputeh kate monday blues? Aku mon-fri blues. Muahahahaha.

Dan aku excited tunggu Ramdhan datang lagi. Insyaallah umur panjang dapat lagi kita jumpa Ramadhan kali ni. Aminn.




Saturday, June 1, 2013

Sebakul Kisah Lepas...

Assalamualaikum wbt...



Ehem..lame pulak tak update. Bukan ape, sehari dua ni mood swing ajee. Rase nak cekik-cekik orang pun ade. Jadi untuk keselamatan semua pembaca blog Perempuan Kampung Moden yang disayangi, adalah lebih baik aku berdiam diri buat seketika.kihkihkih. (Ala paham-paham la orang pompuan kan ada time mood die swing dengan dahsyatnya)

Entah hape-hape je tajuk entri tu. Tapi layaaaan. Aku nak cerita sekaligus semuanya ni..boleh? Halal la eh, tak kuasa akak nak buat entri lain-lain,hihi. Cuti Wesak yang lepas adalah sangat awesome kau tau. Plan mengejut aku nak lepak-lepak dengan kawan-kawan baik alhamdulillah berjaya! wah *tepuk tangan sendiri*


Sebenarnya mula-mula aku plan nak jumpe Mira je. Kitorang plan nak balik kampung same-same dan tengok wayang. Jadi, janji dengan dia jumpe kat Terminal 1, Seremban. Aku bertolak dari Nilai dalam pukul 10.30 dengan menaiki KTM. KTM lambat sikit haritu sebab aku sampai KTM Nilai tu dalam pukul 10 pagi. Mira pun baru nak bertolak dari rumah akak dia di Labu masa tu. Jadi aku takdelah lambat kan. 



Dalam pada tunggu train sampai, aku dapat call dari Ros. Pelik jugak aku kenapa Ros call aku. Hehe. Rupanya dia tanya aku pegi kenduri rumah orang kampung kitorang tak? Aku cakap aku tak pegi sebab aku baruuuu nak balik kampung ni dan ceritalah pasal plan aku. Dan aku ajaklah dia join aku dan Mira. Dia kate kalau rajin dia pegi lah. Tiba-tiba aku dapat idea. Ape kate ajak Azah sekali. So, bolehla kita lepak same-same since masing-masing dah bekerjaya ni (kecuali aku) susah betul nak jumpe ye.



Aku call Azah tanya dia dekat mane. Dia kate dia otw nak balik kampung. Aku ajak dia join. Dia terus setuju! Dia akan singgah terminal nanti. Wah wah, bestnya tak sabar nk jumpe diorang. Si Ros pulak tak dapat datang, sebab dia kate dia sorang-sorang dari rumah dan tak berapa lancar jalan Seremban. Pastu dia kate, korang tengoklah wayang..nanti balik Pilah kita makan rojak. Hahaha.



Dalam pukul 11 sampailah aku di Terminal 1. Ngam ngam aku sampai Mira pun kate dia dah sampai tapi dia nak teman kawan dia pegi amik tiket sebab kawan dia nak balik kampung. Dia datang dengan kawan dia dan 2 orang anak buah. Aku sampai betul-betul dekat kawasan  parking bas tu aku dah nampak Mira. Boleh pulak minah tu tak nampak aku? Ceitt.



Kami semua beserta dengan anak buah Mira naik ke tingkat atas Terminal 1. Sampai dekat depan GSC terus survey cerita ape nak tengok. Padahal aku dah survey dulu dah. Tapi disebabkan bawak anak buah Mira yang berumur 12 tahun dan 15 tahun kenalah pilih cerita yang sesuai. Kami pun tanyelah kat kaunter boleh ke bawak budak-budak ni tengok cite Star Trek. Nasib boleh tau. Kalau tak kecewa akak..hahaha. Yelah aku memang dah pasang niat nak tengok Star Trek Into Darkness. Ok cerita pun dah pilih sekarang tunggu si Azah sampai..then baru beli tiket pukul 11.45 pg. Aku call Azah, dia baru lepas tol Seremban. Akhirnya Azah sampai tepat pada masanya. Yeayyy!



[sumber gambar]
Hensemnya Chris Pine :)

Aku bagi 5 bintang. Good Job Star Trek. Memang best, tak rugi tengok tau. Lepas dah tengok wayang aku, Azah, Mira dan anak-anaknya pi isik perut dulu. Sebelum masuk pawagam lagi Mira dah message Ros mintak Ros belanja kitorang rojak, yelah dia kan tak nak datang tadi. Tak sangka pulak dia setuju! Hahaha.Lepas makan, kami pun balik ke Pilah, tapi sebelum tu singgah Giant Pilah. Aku ngan Mira tak pernah pegi lagi sejak Giant ade kat Pilah. Eh Pilah dah maju sekarang, macam-macam ado! hihihi.

Ros message kitorang kate dia dah sampai kat tempat Rojak. Dia tanye kitorang kat mane?? Mase tu baruu je keluar Giant. Dia siap ugut lagi..kalo kitorang lambat offer terbatal dengan sendirinya. Hambooi over tau. Kalau nak makan rojak yang femes amos kat Pilah tentulah Rojak Brahim jadi pilihan.


[sumber gambar]

Kalau singgah Kuala Pilah jangan lupe pekena Rojak Brahim tau. Penah masuk destinasi bajet dan program tv yang lain. Tapiiii kan..kitorang tak bernasib baik sebab sampai kat sane dah pukul 5 ptg dah. Rojak dah abis, huwaaaaaaaa. Tapi takpelah kitorang minum cendol ngan ABC dengan sedikit kuih muih. Jadilahhhhhh..asalkan Ros belanja. Muaahahaha.

Walau ape pun hari tu memang best sangat kawan-kawan. Dah lame tak lepak-lepak dengan korang macam ni. Entah bila pulak lepas ni kan. Masing-masing sibuk..susah sangat nak jumpe.Huhu.

Lupe nak amik gambar sekali, jadi guna je lah gambar lame :)


Rugi sangat tak amik gambar sekali aritu. Dah la takde langsung gambar kita berempat kan? Huhu. Takpelah makesure lepas ni kite semua kena amik gambar sekali tau. Gambar Azah yang kat bawah tu pon aku cilok dari fesbuk dia. Haha. Gambar kat atas dari kiri Mira, aku, dan Ros diambil mase kitorang pegi hantar Mira amik lesen dia kat PD. Lame dah tu, die pun dah keje sekarang.

Ok tamat cerita Wesak. Sekarang nak cerita pasal aku menang segmen Sharing is Caring oleh Kak Fiza. Segemen ni senang sangat tau, uolls cuma perlu share je. Aku pun tak sangka boleh menang. Menang vector potrait pulak tu. Weeeeee. Dan buat pertama kalinya aku terpandang 2 kali tajuk entri Kak fiza. Hah? Vector Potrait Zainatul???? Zainatul??? Bukan aku ke tu??? Cepat-cepat klik. Huahuahua

A'ah laaaa betul la aku tu. Wah tak sangka iolls. Tak caye boleh tengok entri ni

Ade orang kate macam yuna. Betul ke? Muahahaha

Seriusly cantik sangat hasil kerja Kak Fiza ni. Terima kasih ye kak.. dah la rajin singgah blog Zai yang tak seberapa ni. Terharuu sangat. hihi. Kalau ade sesiap berhajat nak buat vector potrait macam Zai ni boleh la ke www.azhafizah.com

Oklah sampai disini dulu. Panjang sikit lagi nanti maunya muntah hijau korang. Itupun mungkin ade yang baca separuh jalan je. Muahaha. Ape ape pun terima kasih daun keladi sebab sudi baca entri panjang ini. Tata titi tutu ~~~