Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, March 29, 2013

Segmen | 300 Bloggers

Assalamualaikum wbt...

Malam ni tak tau nak tulis pasal ape..so ape kate join je segmen 300 bloggers oleh Paly ni. Kan? Kan? Boleh la kite exercise sikit..blogwalking sampai 300 blog. Mampuihh..tahun bila boleh sampai ke blog yang ke 300 tu eh?hahaha. Jom laaa join..senang sangat syarat-syaratnye. Oh ye..tarikh tamat 3 April ni tau :)




[KLIK SINI]






Wednesday, March 27, 2013

Tips| Memilih Tajuk Untuk Final Year Project (FYP)

Assalamualaikum wbt...selamat malam :)


Final Year Project (FYP).

Dengar saje FYP, pasti perasaan gerun tu automatik datang sendiri kan? Saya pon macam tu jugak la dulu. Sem 1 - 5, saya relax-relax lagi..tak pikir ape-ape pon. Datang kelas, jawab quiz/test, akhir nanti jawab final exam....dan selesailah satu sem. Tapi bila masuk je sem 6, saya dah mula gerun. OMG, sem ni ade FYP oiii!

Bukan ape..FYP tu gerun sebab ni kire projek besar untuk kite. Sorang-sorang pulak tu. Dah biasa buat lab dalam group, mau tak gelabah buat lab sorang-sorang? Masa tu saya cuma pikir mampu ke aku nak buat FYP ni sorang-sorang..huhu.

Saya dah lama terpikir nak buat entri pasal pengalaman-pengalaman yang dapat saya kutip sepanjang FYP. Supaya adik-adik, junior-junior semua tak ulang kesilapan yang saya pernah buat, hihihi. Perlu diingat ye, saya bukan pro. Tips ini adalah dari pengalaman peribadi.

Ok. Mula-mula saya nak bagitau, saya adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains & Teknologi Makanan atau nama glemernye Food Tech! hehe. Sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal. Dengan izin Tuhan selepas praktikal nanti grad lah saya. InsyaAllah :)

Pada akhir sem 5, kami pelajar Final Year student telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut supervisor masing-masing. Dibawah supervisor saya terdapat 4 orang student termasuk saya. Jadi sebelum bermulanya cuti sem, saya ingat lagi ketika tu kami sedang menduduki final exam..saya dan 3 orang lagi rakan, arrange satu perjumpaan dengan supervisor kami. Cuak jugak nak jumpe supervisor nih! hihi

Untuk pengetahuan, saya tak kenal pon supervisor saya ni. Sebab dia tak pernah mengajar saya sebelum ni. Tapi alhamdulillah, lepas jumpe dia, saya rase lega sebab dia baik dan takde stok-stok muka lecturer yang garang pon, hehe. Jadi, pada pertemuan ni dia terangkan kepada kami serba sedikit tentang FYP. Yelah, aku memang zero bab FYP ni. Taktau pape. Die terangkan bahawa FYP kita akan berdasarkan kepakaran supervisor (sv) masing-masing. Macam sv saya ni, dia terer bab-bab emulsion. Oh yeah! ofkos kami semua kena buat pasal emulsion, wuhuuu. Natang apo emulsion??? Erkkkkk...camne saya nak explain ye. Ermm..senang cerita macam ni la emulsion tu adalah campuran minyak dan air. Contoh macam mayonnaise, margerin, ice cream..kalau yang semulajadi memang emulsion contohnye santan kelapa, susu kambing dll. Emulsion ni akan separate (yelah air dengan minyak) kalau takde emulsifier. Gitu la nak senang paham. Nak explain lebih-lebih nanti korang pening pulak, hehe. Banyak term lagi pasal emulsion ni.

[sumber gambar]


Sv saya bagitau lagi, FYP ni ade dua jenis. Satu, buat product (new product development) dan satu lagi analysis. Student-student di bawah sv kami memang kena buat analysis. Hmm, kalau tanya saya mana satu lagi susah. Saya rasa dua-dua pon sama susah. Takde yang senang la pasal FYP.hehe. Kalau product baru risikonya takut produk tak jadi. Kalau analysis pulak risikonya takut result analysis  ntah hape-hape la.

Jadi, sv saya suruh kami fikirkan tajuk FYP awal-awal. Masa cuti sem ni kena fikir. Mula baca journal. Oh bila baca journal jadi gerun pulak sebab experiment sume gempak-gempak. haha. Sv saya tak bagi tajuk, dia suruh kami carik sendiri tajuk yang kita suka, tapi pasal emulsion la. Saya dah tension dah, ehhh..carik tajuk journal kemain payah ok! (ke saya je macam tu?). Lagi baca journal lagi saya pening..hihi. Then, pertengahan cuti sem tu, saya datang ke fakulti semata-mata nak tunjuk tajuk kat sv tau. Ade la saya listkan beberapa tajuk beserta journal. Sv saya baca dan dia approve satu tajuk ni. Fuhhhhh legaaaaa...yeay dah boleh cuti betul-betul. Kalau tak doplohempatjam dok pikir FYP. Tak tenang jiwa ai tau..haha.

Kat mane nak carik journal?

Dekat libarary uni boleh, kat google pon boleh. Mula-mula log in la ke online library uni masing-masing. Macam saya student uitm, boleh la ke library.uitm.edu.my. Semua uni akan subscribe journal-journal yang berkaitan course anda. Kebanyakannya free la sebab uitm dah subscribe. Untuk student science, journal yang popular adalah sciencedirect. Kebanyakan journal-journal saya adalah dari ScienceDirect. 














Kotak-kotak warna hijau menunjukkan yang kita boleh download keseluruhan journal ok :)

Ini file yang ade semua journal-journal yang saya download



Mula-mula saya download semua journal yang berkaitan emulsion. Kemudian, baca lah journal-journal yang dah download. Oh ye saya tau, baca journal adalah sangat azab..haha. Tapi slow-slow la ok. Baca dan pahamkan. Kemudian tengok la method yang digunakan. Susah ke senang. Better amik yang senang, supaya awak tak pening di kemudian hari, hehe. Dan pastikan la instrument yang digunakan tu ada dekat uni. 

Bila saya dah habis baca (baca ala kadar je asal paham)...saya dah dapat gambaran, apa yang saya nak buat. Mula-mula saya nak buat pasal rheology. Dan saya nak gunakan santan sebagai bahan analysis saya. Sebabnya..santan kan emulsion semulajadi. So, saya tak payah prepare emulsion (keje nak senang je), muahahaha.

Lepastu saya listkan tajuk-tajuk yang saya nak buat. Saya modified sikit tajuk-tajuk tu, takdelah ikut sebijik tajuk journal. Dan ade yang saya amik sebijik tajuk macam journal tapi bahan nye lain sebab saya nak guna santan. Macam tu la.. kalau nak amik sebijik macam journal pon takde hal. Cuma nanti, method atau analysis tu tambah atau ubah buat analysis lain sikit dari journal. Jangan risau sv akan bantu anda dalam hal ni, hehe. 

Tajuk yang sv saya dah approve tu, tiba-tiba sv mintak saya tukar pulak. Tukar tajuk??? Relax tukar-tukar tajuk ni perkara normal dalam FYP. After presentation proposal FYP pon still ade lagi yang kena tukar tajuk. Tapi nasib baek sv saya suggestkan tajuk. Masih gunakan santan..tapi kita analysis effect freeze-thaw ke atas santan.


So, lepas dah finalize tajuk, saya mula sort out journal-journal saya dengan lebih terperinci. Tadi kan saya kata saya download semua journal berkaitan emulsion. Sekarang saya buat new folder bertajuk 'coconut milk + freeze-thaw journal' macam dalam gambar di atas.

Ok.sampai kat sini dulu. Nanti saya share kan tips-tips lain berkenaan FYP ye. Harap membantu :)



Sunday, March 24, 2013

Melayu Rajin!

Assalamualaikum wbt..selamat petang :)


Melayu.

Sebut sahaja perkataan "Melayu", pasti akan kedengaran comment-coment yang negatif.

Melayu - Pemalas
Melayu - Bodoh
Melayu - Miskin
Melayu - Mudah lupa

Bla..bla..bla..kalau nak tambah list ni sampai ke bawah lagi pon boleh kan? Tapi..sape yang cakap Melayu tu macam ni macam tu? Orang Melayu sendiri....ermm. Saya cuma nak bincangkan satu sikap kat atas ni, Melayu - Pemalas. Betul ke?

Tak dinafikan..anak-anak muda Melayu, ada yang pemalas. Duduk rumah mintak duit dekat mak. Beli bende-bende tak berfaedah. Terjebak dengan dadah. Tapi..tak semua Melayu macam tu kan? Tapi disebabkan orang lebih nampak yang buruk-buruk, jadi semua Melayu pun sedikit sebanyak terkena tempiasnya. Macam dah ada 'label' dekat dahi ni tulis Melayu -Pemalas, huhu.

Tapi tak boleh nak salahkan bangsa lain kenapa diorang lebih maju dari kita..lebih kaya dari kita. Melayu kena cermin diri. Dan mula cakap benda-benda positif pasal Melayu. Jangan nak condemn Melayu sangatlaaaah. Kita sama-sama Melayu, apa salahnya sama-sama berusaha majukan diri sendiri, biar orang nampak, tak semua Melayu pemalas. Lagi satu jangan dengki sesama Melayu. Usaha sampai berjaya macam orang lain.

Setiap hari saya pergi keje, saya akan lalu di sebuah kedai alat muzik. Di depan kedai tersebut ada seorang pemuda Melayu yang buat servis repair kasut. Cuba kita fikir, berapa sangat laa gaji dia sebulan. Tapi saya tak pernah nampak dia duduk diam, tunggu pelanggan hantar kasut. Setiap hari saya lalu, dia tengah sibuk repair kasut. Saya habis kerja pukul 6 petang. Tapi semasa saya lalu, dia masih tak balik lagi. Kagum dan bangga tengok senario ni. Nampak tak, orang Melayu bukan pemalas, orang Melayu rajin!

Kemudian, saya ada terbaca di facebook kisah Mak Cik Penjual Tempe. Saya share kan kisah beliau di sini, Jom kita baca, buat pedoman.


Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin“

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.


Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.”Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.



NotaKaki: Mulai harini sila cakap Melayu-Rajin. Moga semua Melayu jadi rajin :D



Saturday, March 23, 2013

GA | MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER

Assalamualaikum wbt...


[KLIK SINI]
Wah tajuk GA ni dah ala-ala Malaysia's Next Top Model pulak, hihi. Tadi ade terbaca entri kak Azhafizah Si Hati Merah Jambu. Macam best pulak kan tajuk GA ni. So ape salahnye join. Tak rugi ape pon. Ade 30 penaja dan 58 hadiah. Awesome tak Awesome GA oleh Mak Dara ni??? Berminat?? Jom la join reramai..heeee

Disebabkan teruja nak join GA ni saya nak tag 3 orang rakan blogger untuk same-same mencuba nasib, hihi.




Kat bawah ni senarai penaja-penaja untuk GA ni ok;

SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,Maszull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan



NotaKaki: Tarikh tutup GA adalah pada 31/3/2013 (ade mase lagi ni, cepat join!)





Thursday, March 21, 2013

Internship!

Assalamualaikum wbt..selamat malam! :D



Uhuk Uhuk (batuk-batuk manje)..ape khabar cik blog? Lame tidak ketemuan yaa. Erm..lebih kurang 2 bulan mungkin. Hehe. Maaf ye. Kalau blog ni bernyawa..aku yakin dia pasti menyampah ber'tuan'kan aku. Erkk.. Yelah ape tidaknye, update jarang sekali. Kalau di rumah Kuala Pilah..internet pulak takdo. Kalau dah ado internet, den pulak maleh. Penyakit..penyakit.hihi.

Well, bila ter'post' nye entri ni, maka korang taulah yang aku sekarang dah dapat balik semangat berblogging. Berblogging sangaaaat, heh! Untuk entri kali ni aku nak ceritakan perkembangan terbaru aku sekarang. Walaupun aku tau korang taknak amik tahu pon :( Tskk Tskk.

Setelah habisnye exam aritu (exam terakhir di uitm) dan setelkan pasal thesis..maka aku pon pulang ke kampung halaman untuk bercuti sebelum mula berpraktikal. Tempat praktikal ni aku carik mase tengah bergelumang dengan penyiapan thesis. Ya Allah stresss tau. Dan aku mengaku yang aku tak carik betul-betul pun sebenarnye. Mane-mane tempat yang terima aku praktikal kat sane..aku pegi. Tu je. Aku tak call pon mane-mane company yang aku dah hantar surat tu untuk follow up. My bad :( Adik-adik jangan ikut perangai ahkak ko ni.hehe.

Banyak jugak surat yang aku pos..satu pon haram nak reply. Kalau tak nak terima pon..reply la acceptance form tu, bagitau permohonan untuk praktikal kat situ ditolak ke hape..macam membazir je surat-surat yang di pos tu! Lepastu..lecturer aku bagitau ade kilang kat nilai yang amik budak praktikal. Jadi aku pon call, tanye diorang amik student praktikal ke tak. Then, diorang suruh aku email surat and resume. Aku pun email..dan taraaa esoknye aku dah dapat jawapan.

Maka..pada 4 Mac yang lalu, bermulalah praktikal aku di Nilai. Kilang ni kilang buat juice, kordial, concentrate.. Susah jugak nak carik kilang ni. Awal Februari lalu, aku yang dibawa oleh abangku..pergilah ke Nilai, mencari lokasi kilang ni. Masyaallah..pening kepala nak carik. Aku pon satu..check laa fesbuk diorang ke hape..mane tau ade peta ke. Hmm terbukti ade! Sebab baru-baru ni aku ade add fesbuk kilang ni..menyesal pulak tak tengok awal-awal. My bad lagiiii, grrr.

Oh ye lupe nak cakap..kilang ni takla besar mane. SME (Small and Medium Enterprises). Jangan la dibandingkan dengan kilang coca-cola ke hape. Kecik-kecik pon banyak eksport ke luar negara tau! Hmm..keje aku setakat ni, duduk kat pejabat je. Buat keje -keje pejabat..semenjak dua menjak ni je banyak buat keje QA (Quality Assurance). Tapi yang tak bestnye aku sorang je praktikal kat sini. Budak-budak dari U lain pon takde. Tapi sebelum aku datang ade ramai budak praktikal, cuma time aku masuk..diorang dah habis :( Tak kene time betul!hihi

Apa-apa pun aku tabahkan hati. Biarlah sorang-sorang. Moga dapat belajar banyak bende baru kat sini. Erm oklah setakat tu je la aku nak cerita, malas cerita lebih-lebih :DD




Keje-keje pejabat :)



Terasa macam orang penting pulak bila tandatangan ku diperlukan,hehe



Bos mintak aku asingkan ikut currency


Till we meet again,
- Zai -