Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Saturday, January 19, 2013

Friends: Thanks For 4 Years Beautiful Memory

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..hati rase lega sangat sekarang ni. Sebab ape? Sebabnye thesis dah dihantar untuk di hardbound. Insyallah isnin nanti siap la kesemua 3 copy tersebut, aminn.hehe.

Seperti yang korang tau (kalau korang baca la entri sebelum ni, heh!) aku dah abis exam! yabedabeduuuu!! Jadi..ini adalah masanya untuk spend time dengan kawan-kawan. Yelah sebab ini adalah sem terakhir kami belajar di UiTM Shah Alam. Lepas ni kami akan ke alam praktikal..seterusnya ke alam ghaib pekerjaan,kekeke.


From left: Me, kawan Tjah, Tjah


Tempat: Setia City Mall
Tarikh: 16/ 1/ 2013
Masa: 4 pm - 8 pm
Kehadiran: Zai, Tjah, Kawan Tjah, Ima & Fara
Kenderaan: Ima

Nyam Nyam..burger bakar :)
Mine-burger cheesy chicken
Selekehnye lah aku..ala nak g makan je pun, hehe
Amboi tak sabar-sabar lagi die,hehe
Haii si Fara ni gambar die banyak mate stim camtu je,hahahaha

Tiha-motip?
Alhamdulillah..licin

Tempat: Burger Bakar Abang Burn
Tarikh: 8 pm - 9.30 pm
Kehadiran: Zai, Ima, Fara, Tiha, Fatin


Birthday girl- Ain
4 sekawan..intan, ain, fara, ima
Ain-Zai
Ntah hape-hape birthday girl ni


Tempat: Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam
Tarikh: 18 / 1 / 2013
Aktiviti: Kemas Lab


NotaKaki: Happy Birthday Ain! I'm gonna miss all of u :) Thanks for everything friends




Friday, January 18, 2013

Untuk Yang Terakhir

Assalamualaikum wbt..

Ehemm..ehem..testing testing 123

OK listen..listen..listen here bebeh! (peace!)


*****************************

Adoii..mungkin bagi mereka yang bukan pengguna tegar laman-laman sosial seperti FB, twitter dan sebagainya, anda mungkin akan tertanya-tanya penyakit ape yang melanda status seluruh pengguna FB sekarang ini. Dah kalau kau scroll ke bawah FB tu..mesti kau dah pelik kenapa status diorang, LISTEN..LISTEN..LISTEN je kan..hehe. Haa,.yang tu korang gugel sendiri la..ada ape dengan LISTEN..LISTEN..LISTEN, hahaha.

Ok. Listen.

Aku nak bagi tau bahawa aku telah menyambut hari kemerdekaan buat diri aku yang ke-7. Kenapa 7? Sebabnye aku dah abis final exam di semester ke-7 ini. Lepas ni dah takde final exam dah..pasni masa untuk praktikal dan seterusnya akan masuk ke alam pekerjaan :D

Sekarang ni aku tengah setelkan hal-hal thesis. Tak lame lagi boleh print dan buat hardbound. Tak sabar rasenye..sebab dah siap thesis..boleh la aku balik rumah, yeayyyyy!

Oh ye lupe nak bagitau, aku akan praktikal di Nilai. Erm aku tak tau lagi nak duduk kat mane sebab bila aku balik rumah ni baru nak pegi survey rumah. Harap semuanya berjalan lancar :) Erm  kalau ade sesiapa yang tau ade rumah sewa ke dekat bandar putra point, nilai sila inform saya ek.







Wednesday, January 2, 2013

Azam Untuk Blog PKM (Perempuan Kampung Moden) 2013

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini lagi. Satu lagi tahun untuk ditempuh. Moga tahun ini lebih banyak momen indah bakal tercipta. 

Terlebih dahulu, aku mau kongsikan ape azam aku untuk blog PKM ini. Oh terlupa nak bagitau bahawasanya blog ini sudah berusia 2 tahun pada 29 November yang lalu. Yeayyy! Tak sangka dah 2 tahun ye. Alhamdulillah syukur.

Biar aku ceritakan apa azam aku untuk blog ini dulu. Azam peribadi tu kemudian aku cerita ok (aku tau korang taknak tau pon, heh!).




*************************************************************

2013:

1. Banyakkan bilangan entri. 

Kalau korang scroll kat ruangan "harta pusaka perempuan kampung ini" boleh tengok sendiri berapa je entri aku dalam setahun. Tak produktif sungguh. Jadi, tahun baru ni aku nak rajinkan diri menulis, insyaallah doakan.


[sumber gambar]

2. Kalau boleh target tahun ni nak kumpulkan sebanyak 500 follower. 

Eh bukan la sampai nak paksa-paksa orang follow. Aku sendiri tak penah guna ayat "i dah follow u, u follow i pulak". Eh takde-takde, not my style. Kalau orang follow blog ni, aku follow balik sebagai tanda terima kasih. Itu aje, tak guna sombong tak bertempat. Aku sedar diri, aku bukan blogger femes sampai nak kena pilih-pilih blog mane yang boleh follow, blog mane yang tak berbaloi nak di follow. Oh tidak! haha.



[sumber gambar]

3. Nak buat giveaway untuk follower. 

Yelah sempena blog PKM berusia 2 tahun, nak la jugak buat something bersama follower. Insyaallah..harap-harap jadi lah hendaknya.


[sumber gambar]

4. Banyakkan entri yang berinformasi, kearah makanan mungkin. 

Memandangkan aku student food tech, apa salahnya berkongsi ilmu ye tak? hehe.


5. Tukar header baru! hihi. 

Header sekarang ni pon dah lama jugak aku rasa. Eloklah kalau ditukar. Bukan ape, aku ni cepat bosan. 

6. Join event nuffnang. 

Aku ada dapat jemputan ke event Samsung aritu..tapi tak dapat la nak join sebab masa tu sibuk dengan FYP. Harap tahun ni, nuffnang sudi jemput lagi *winks*





*****************************************************************



Ok tu je setakat ni azam yang mampu aku pikir untuk blog ni. Selamat malam. Aku nak sambung study ni. Exam start 3hb, doakan aku ye :)

Happy New Year!