Pages
Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??
~~Welcome~~
Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)
Thursday, August 2, 2012
Diari Ramadhan 2: Nostalgia Cerita TV Terbaik Sempena Ramadhan
Assalamualaikum wbt..Salam Ramadhan :)
Apa khabar iman anda hari ini? Aku tak bertanya sama ada kau puasa atau pon tak, sebab pabila iman kau ok harini, pastinya kau sedang berpuasa. Setuju?. Bila tibanya bulan Ramadhan, pasti yang bermain di fikiran adalah "Ramadhan Bulan Ibadah". Itu semua orang pon tahu. Aku tak rasa aku perlu terangkan lagi kan.
Tibanya bulan Ramadhan maka berlumba-lumbalah stesyen tv tempatan menyiarkan cerita-cerita terbaik sepanjang Ramadhan setiap tahun. Aku pasti Ramadhan adalah salah satu bulan yang akan menaikkan rating sesebuah stesyen tv. Terutamanya pabila sesebuah cerita itu meninggalkan impak yang besar di hati peminat setia mereka. Aku tak melihat 'itu' sebagai sesuatu yang negatif. Aku melihat senario itu sebagai satu yang positif. Bukankah kalau penerbit berlumba-lumba menerbitkan cerita yang berkualiti, yang memberi pengajaran kepada kita , yang meninggalkan impak besar kepada diri kita, ia sesuatu yang baik?
Mari kita lihat antara cerita/drama tv tempatan yang meninggalkan impak besar di hati peminat (ini adalah pandangan peribadi penulis blog)
1. Diari Ramadhan Raffique
Sapa yang tak ingat cerita ni kan. Masa ni aku masih di bangku sekolah lagi. Mungkin tingkatan 4 atau 5. Aku pon dah lupa. Tapi setiap Ramadhan memang aku tunggu kalau-kalau ada ulangan cerita ni. Umum tahu kan cerita ni bersiaran di tv 3. Tv 3 selalunya rajin ulang semula cerita ni. Kalau tak silap aku Ramadhan kali pon tv 3 ulang semula. Bila dan pukul berapa tu aku kurang pasti. Kelebihan cerita ni pastinya kisah adik Raffique yang telah lama menetap di luar negara dan kembali ke Malaysia untuk menempuh pengalaman berpuasa seperti Muslim yang lain. Cerita ni kelakar dan banyak pengajaran. Bagi aku cerita ni memang menghidupkan mood Ramadhan :)
2. Seputeh Qaseh Ramadhan
Sebuah lagi drama yang menyentuh hati lakonan Eja, Arash Mohamad, Fahrin Ahmad, Ifa Raziah dan lain-lain. Seingat aku drama ni lah yang menyebabkan Eja dikritik sebab masih memakai bulu mata palsu walaupun sedang nazak. Tapi itu semua tak penting. Seputeh Qaseh Ramadhan mengisahkan mengenai pengorbanan seorang isteri, Qaseh. Qaseh lakonan Eja ini berkahwin dengan suaminya lakonan Arash Mohamad. Tapi perkahwinan mereka tak direstui ibu mertuanya. Suaminya yang tak pernah hidup susah sebelum ni terpaksa mengambil jalan mudah dengan mengedar dadah untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Satu hari polis menggeledah rumah mereka dan menjumpai dadah. Qaseh mengaku bahawa dadah itu kepunyaan dirinya. Dia dipenjara, manakala suaminya mengikut kata ibunya dengan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya (ifa raziah). Konflik akan berlaku pabila Qaseh dibebaskan, tetapi anak-anaknya tidak dapat menerima ibu mereka seorang bekas banduan.
3. Ramadan Terakhir
Ramadan Terakhir ni pon best jugak. Mengisahkan Hisham lakonan Esma Daniel yang berusaha untuk mengubah haluan hidup keluarganya ke jalan Allah. Dia yang menghidap kanser kronik hanya mampu hidup beberapa bulan sahaja. Kalau nak download cerita ni boleh [KLIK SINI]
Ok banyak lagi kan cerita-cerita yang best. Sekarang ni aku tengah layan 7 Ramadhan lakonan Elly Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia dan ramai lagi. Cerita ni pon boleh buat orang menangis jugak la. Mengisahkan Sufiah lakonan Elly Suriati seorang yang miskin, menyara hidup dengan mengambil upah mengurut, membuat kuih dan sebagainya. Dia mempunyai seorang anak angkat, Dhani. Anak kandungnya telah meninggal dunia selepas dicampak suaminya yang kini berada di penjara. Part yang sangat menyakitkan hati adalah bila Dhani malu untuk mengaku bahawa Sufiah itu ibunya dan sanggup mengatakan bahawa ibu bapanya mati dalam kemalangan kapal terbang sewaktu kecil. Teruk kan? Ada lagi anak yang malu mengaku ibu bapa sendiri ye sekarang..
NotaKaki: Maaf tiba-tiba nak guna ayat skema dalam entri kali ni :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
banyaknya cerita ramadhan. salam ramadhan =)
yeah.. tahun ini mmg x sempta nak menengok drama... yg diari ramadhan rafique n seputeh qaseh ramadhan tu mmg best.. :)
wa...list cerita ramadhan!haha
Dah lama x tgk tv. Huhu. Thanks for sharing :))
xsempat tgk citer tb.dok raya sakan
Post a Comment