Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Friday, May 18, 2012

Dahsyatnya tabiat makan penduduk Huntington!

Assalamualaikum wbt..


Jujur, aku rasa sangat bersalah dengan blog nih. Aku ibarat seorang tuan yang tak bertanggungjawab. Selalu biarkan belog nih bersawang takde entri baru. Bak kata pepatah melayu, "hidup segan mati tak mau". Maafkan tuanmu ini wahai belog. Bukan aku sengaja tapi aku sangat-sangat sibuk sekarang. InsyaAllah, kalo ade ruang dan waktu yang sesuai pasti aku akan update entri-entri baru.


Malam ni aku nak kongsi cerita dengan pengunjung belog tentang tabiat makan penduduk Huntington, West Virginia. Korang pernah dengar tentang rancangan yang bertajuk "Jamie Oliver's Food Revolution"? Bagi sesiapa yang minat tengok rancangan masakan kat tv tu pasti kenal dengan Jamie Oliver kan?? Haaa...rancangan ni adalah satu usaha murni Jamie Oliver untuk mengubah tabiat makan penduduk Amerika. Sebenarnya rancangan ni telah bersiaran pada 26 Mac 2011. Aku tertengok rancangan ni kat 8 tv aritu.


Untuk pengetahuan korang, Bandar Huntington ni pernah digelar sebagai "unhealthiest city in America". Malu kan kalau bandar yang kita duduk ni digelar macam tu. Mula-mula Jamie sampai kat bandar tu, penduduk tempatan tak dapat terima tindakan Jamie sebagai orang luar datang tempat mereka dan nak ubah cara mereka makan selama ni. Kalau korang nak tau kebanyakan penduduk tempatan mengalami masalah obesiti sebab mereka ni suka sangat makanan segera. Contohnya, pizza, ayam goreng, sosej dan yang sama waktu dengannya. Diorang ni semua tak suka sayur dan buah-buahan.


Aku sangat suka dengan pendekatan yang diambil Jamie ni. Dia mulakan perubahan dari peringkat rendah dahulu, iaitu sekolah. Bak kata orang "melentur buluh biarlah daripada rebungnya", betul tak?? Mula-mula si Jamie ni pergi tinjau dulu keadaan kat kantin sekolah dan makanan favourite pelajar. Korang tau tak sarapan pagi pelajar kat sekolah tu adalah Pizza! Makanan tengah hari pulak kentang putar tapi bukan guna kentang tapi tepung segera, mereka cuma bancuh dengan air dan bagi kat pelajar. Walaupun ade buah-buahan yang disediakan, tapi semua buah-buahan tu masuk dalam tong sampah sebab diorang memang tak suka buah dan benda-benda lain yang baik untuk tubuh. Even susu pon diorang hanya minum yang ade flavour, kalau bagi susu segar ke tong sampah lah nampaknya.


Jamie jugak pergi melawat sebuah keluarga yang mengalami masalah obesiti. SEMUA ok semua ahli keluarga dari anak sampai mak bapaknya obese. Bila geledah dapur diorang, takde satu pon makanan berkhasiat. Semuanya benda bergoreng, segera, dan mudah. Tapi nasib baik diorang ni dapat terima nasihat Jamie dengan hati yang terbuka...siap tanam lagi bekas penggoreng diorang dalam tanah dan berjanji takkan keluarkan balik. Jamie siap bagi resepi yang sihat lagi untuk keluarga ni.


Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal rancangan ni [SILA KLIK SINI]












sumber gambar: pak cik google




3 comments:

hamzah ian said...

pergh.. gila kentang... huhuhu

Elie Lily said...

byknya makanan!!

Hanim Irsyad said...

byk gile makanan. tak mual kew? huhu. pelik betul.