Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Thursday, April 5, 2012

Tips-Tips Menghilangkan Stress

Assalamualaikum wbt...


Semalam dah buat entri pasal hidup aku yang semakin bizi sem ni. Harini nak share tips-tips menghilangkan stress akibat kerja yang melambak-lambak, khasnya untuk para pelajar! Memang diakui kehidupan sebagai pelajar ni banyak cabarannya. Toksah cerita pasal keje sekolah atau assignment la..banyak lagi benda yang akan buat kau sibuk sepanjang sem ni. 

1. Tengok filem/cerita/kartun/gambar yang lawak tahap gaban

Walaupun MLM dah habis..korang boleh je tengok balik lawak2 yang best kan


Running Man (Highly Recommended!) :p



Kalau aku stress, aku suka tengok Running Man. Bila tengok Running Man, aku dapat mengeluarkan ketawa ditahap yang maxima (perghh..ayat). Serius...tak tipu! Running Man ni sangat kelakar ok. Sure..korang akan rasa satu perasaan yang sangat aman,damai lagi tenteram. Sebab ape?? sebab..stress korang tu dah dibawak lari bersama-sama dengan ketawa yang korang dah keluarkan tadi. Tapi...mungkin akan ada satu masalah baru yang timbul bila korang mula tengok Running Man. Satu..korang akan mengalami kesakitan di bahagian perut sebab ketawa kuat sangat, dan yang kedua korang akan ketagih nak tengok lagi dan lagi. Last-last keje tak jalan..asik layan Running Man jerrrrr..hahaha.

2. Bersukan/ beriadah bersama kawan-kawan






Best kot, naik basikal pusing2 satu UiTM...kalau ade masa memang kitorang suka naik basikal.

3. Window shopping/online shopping




Bukan perempuan jer yang suka window shopping, tapi lelaki pon ade yang suke window shopping. Best kan..dapat tengok2 barang-barang yang cantik2. walaupun tak dapat beli lagi, tapi window shopping ni dapat beri kepuasan kepada kita.


4. Baca quote-quote menarik yang dapat menaikkan semangat!







5. Berceritalah kepada ALLAH


ALLAH itu maha mendengar. Mengadu lah segala hal yang menyenangkan mahupun yang menyakitkan kepada-NYA. Insyaallah, pasti kita akan bertemu dengan ketenangan :)






NotaKaki: Bebaskan diri anda dari sebarang rasa stress sekarang!

3 comments:

Atiqah Wadiah said...

woaaaa!!!hopefully ur tips akan menjadi for me..tq ya :)

fiQ'Ra said...

tips yg berguna untuk pembaca.. yg last sekali adalah yg terbaik.. mengadu pada Allah ;')

Khuzrin Kamarudin said...

Stress memang kawan baik manusia kan?