Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Wednesday, April 4, 2012

Semester Yang Sibukk!

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua menjak ni kan hidup aku macam dah tak terurus dek kerana sibuk dengan FYP (Final Year Project) dan FPD (Food Product Development). Kalau course laen, maybe diorang akan sibuk dengan FYP je..tapi kami Food Tech ni ada lagi benda alah yang tak kurang pentingnya macam FYP iaitu FPD. 

FYP..FPD..FYP..FPD..FYP..FPD..FYP..FPD=HEADACHE!!

Korang tengok pon dah pening kan..dah la sekali tengok macam same. Kitorang yang buat ni pon selalu tertukar, nak cakap FYP tercakap FPD,huhuhu. Eh, lupe nak cakap,FPD tu senang cakap korang kena cipta produk makanan yang baru (tak pernah orang buat sebelum ni) atau pun makanan yang di'modified' daripada makanan yang dah sedia ada di pasaran. Susah kan??

Nasib je FPD tu buat dalam group..kalau tak mati la aku terkontang-kanting sensorang buat benda alah tu. Dah la serabut ngan FPD kan...memang fizikal, mental aku tak stabil la sekarang nih. Hari jumaat tu lagi haru..aku bangun2 tido, pandangan aku berputar-putar, pening yang amat..tak payah cakap la. Nasib lah hari jumaat aku memang takde kelas. Aku tido je sepanjang hari. Makanan tengah hari pon kawan aku yang tolong belikan. Tapi tak habis pon sebab tak de selera makan. Aku ingatkan esok paginya dah ok. Tapi hampeh...masih rase pening lagi. Nak pegi Pusat Kesihatan (PK), diorang kate tutup. So, tunggu je la hari isnin. Aku suspek tekanan darah aku rendah.

Hari isnin (semalam laa), aku pegi PK. Doktor check, tekanan darah aku ok..takdelah rendah sangat. Lepastu tengok suhu badan aku, rupanya aku demam tapi tak tinggi la. Mati-mati aku cakap kat dr aku tak demam. Badan aku tak panas pon. Then, dr amik darah aku, kot2 denggi ke...tapi tak jugak. Darah aku normal. Aku pon pelik. Dr kate kalau telinga kita tak balance pon boleh sebabkan pening, mybe la, wallahhualam.

Lepas tu ingat malam tu nak tido awal la..sebab 2-3 hari ni asik tido lambat. Takut la pening lagi kang susah. Tapi....aku kena siapkan proposal. Sampai pukul 4 pagi aku buat. Tak siap-siap jugak. Last2 aku tido...2 jam je. Aku tawakkal la ape nak jadipon kelas pagi tu. Tapi naseb aku dapat bertahan dari tersengguk-senguk,huhu. Alhamdullilah..aku mampu harungi hari ini dengan jayanya :p





p/s: sentiasa cuba tersenyum walau apa pun badai yang datang, ingatlah ALLAH sentiasa ada disisi kamu :p

1 comment:

hazman aka species1980 said...

Semoga dipermudahkan agar tak stress yea....