Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Thursday, April 5, 2012

Tips-Tips Menghilangkan Stress

Assalamualaikum wbt...


Semalam dah buat entri pasal hidup aku yang semakin bizi sem ni. Harini nak share tips-tips menghilangkan stress akibat kerja yang melambak-lambak, khasnya untuk para pelajar! Memang diakui kehidupan sebagai pelajar ni banyak cabarannya. Toksah cerita pasal keje sekolah atau assignment la..banyak lagi benda yang akan buat kau sibuk sepanjang sem ni. 

1. Tengok filem/cerita/kartun/gambar yang lawak tahap gaban

Walaupun MLM dah habis..korang boleh je tengok balik lawak2 yang best kan


Running Man (Highly Recommended!) :p



Kalau aku stress, aku suka tengok Running Man. Bila tengok Running Man, aku dapat mengeluarkan ketawa ditahap yang maxima (perghh..ayat). Serius...tak tipu! Running Man ni sangat kelakar ok. Sure..korang akan rasa satu perasaan yang sangat aman,damai lagi tenteram. Sebab ape?? sebab..stress korang tu dah dibawak lari bersama-sama dengan ketawa yang korang dah keluarkan tadi. Tapi...mungkin akan ada satu masalah baru yang timbul bila korang mula tengok Running Man. Satu..korang akan mengalami kesakitan di bahagian perut sebab ketawa kuat sangat, dan yang kedua korang akan ketagih nak tengok lagi dan lagi. Last-last keje tak jalan..asik layan Running Man jerrrrr..hahaha.

2. Bersukan/ beriadah bersama kawan-kawan






Best kot, naik basikal pusing2 satu UiTM...kalau ade masa memang kitorang suka naik basikal.

3. Window shopping/online shopping




Bukan perempuan jer yang suka window shopping, tapi lelaki pon ade yang suke window shopping. Best kan..dapat tengok2 barang-barang yang cantik2. walaupun tak dapat beli lagi, tapi window shopping ni dapat beri kepuasan kepada kita.


4. Baca quote-quote menarik yang dapat menaikkan semangat!







5. Berceritalah kepada ALLAH


ALLAH itu maha mendengar. Mengadu lah segala hal yang menyenangkan mahupun yang menyakitkan kepada-NYA. Insyaallah, pasti kita akan bertemu dengan ketenangan :)






NotaKaki: Bebaskan diri anda dari sebarang rasa stress sekarang!

Wednesday, April 4, 2012

Semester Yang Sibukk!

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua menjak ni kan hidup aku macam dah tak terurus dek kerana sibuk dengan FYP (Final Year Project) dan FPD (Food Product Development). Kalau course laen, maybe diorang akan sibuk dengan FYP je..tapi kami Food Tech ni ada lagi benda alah yang tak kurang pentingnya macam FYP iaitu FPD. 

FYP..FPD..FYP..FPD..FYP..FPD..FYP..FPD=HEADACHE!!

Korang tengok pon dah pening kan..dah la sekali tengok macam same. Kitorang yang buat ni pon selalu tertukar, nak cakap FYP tercakap FPD,huhuhu. Eh, lupe nak cakap,FPD tu senang cakap korang kena cipta produk makanan yang baru (tak pernah orang buat sebelum ni) atau pun makanan yang di'modified' daripada makanan yang dah sedia ada di pasaran. Susah kan??

Nasib je FPD tu buat dalam group..kalau tak mati la aku terkontang-kanting sensorang buat benda alah tu. Dah la serabut ngan FPD kan...memang fizikal, mental aku tak stabil la sekarang nih. Hari jumaat tu lagi haru..aku bangun2 tido, pandangan aku berputar-putar, pening yang amat..tak payah cakap la. Nasib lah hari jumaat aku memang takde kelas. Aku tido je sepanjang hari. Makanan tengah hari pon kawan aku yang tolong belikan. Tapi tak habis pon sebab tak de selera makan. Aku ingatkan esok paginya dah ok. Tapi hampeh...masih rase pening lagi. Nak pegi Pusat Kesihatan (PK), diorang kate tutup. So, tunggu je la hari isnin. Aku suspek tekanan darah aku rendah.

Hari isnin (semalam laa), aku pegi PK. Doktor check, tekanan darah aku ok..takdelah rendah sangat. Lepastu tengok suhu badan aku, rupanya aku demam tapi tak tinggi la. Mati-mati aku cakap kat dr aku tak demam. Badan aku tak panas pon. Then, dr amik darah aku, kot2 denggi ke...tapi tak jugak. Darah aku normal. Aku pon pelik. Dr kate kalau telinga kita tak balance pon boleh sebabkan pening, mybe la, wallahhualam.

Lepas tu ingat malam tu nak tido awal la..sebab 2-3 hari ni asik tido lambat. Takut la pening lagi kang susah. Tapi....aku kena siapkan proposal. Sampai pukul 4 pagi aku buat. Tak siap-siap jugak. Last2 aku tido...2 jam je. Aku tawakkal la ape nak jadipon kelas pagi tu. Tapi naseb aku dapat bertahan dari tersengguk-senguk,huhu. Alhamdullilah..aku mampu harungi hari ini dengan jayanya :p





p/s: sentiasa cuba tersenyum walau apa pun badai yang datang, ingatlah ALLAH sentiasa ada disisi kamu :p

Sunday, April 1, 2012

Another Pretty Little Liars - Never Trust a Pretty Girl With an Ugly Secret

Assalamualaikum wbt..


Haa...tengok tajuk macam ade new series "Pretty Little Liars" je kan. Eh, korang tau tak ape "Pretty Little Liars" ni? Pretty Little Liars (PLL) adalah novel remaja karangan Sara Shepard. Mengisahkan Aria, Emily, Hanna dan Spencer yang kehilangan kawan baik mereka ataupun lebih tepat dipanggil ketua geng diorang ni, Alison. Alison ni kire Queen bee la dalam sekolah tu. Tapi kematian Alison atau lebih dikenali sebagai Ali ni adalah misteri. 

Sampai sekarang masih belum diketahui lagi siapa pembunuhnya. Ade pulak yang menyamar jadi "A" dan kacau bilau kan hidup Aria, Emily, Hanna dan Spencer. Habis sume rahsia depa pecah satu persatu disebabkan si "A" yang jahat ni. Tapi rahsia-rahsia tu hanya geng2 diorang je yang tau dan jugak Alison, tak de orang laen lagi yang tau. So, persoalannya, siapa "A"?? dan siapa yang bunuh Alison??

Kalau kau malas nak baca buku..boleh la pergi tengok ceritanya kat tv.Aku memang minat giler la dengan cite nih. So, bila aku suke cite ni..aku dah bertekad nak kumpulkan kesemua novel series ni.Kalau ade yang tak tau, boleh pegi tengok [The Official Site-Pretty Little Liars]


Ni series yang the latest aku beli kat Mid Valley

Baru ade 3 series, tunggu ade duit nak beli lagi.bila nak bace???hmmmm






NotaKaki: Yang spoilnya aku dah tau sape 'A ' sebab aku pegi tanya encik google, huhu. Biasala..aku tak suke tunggu lame-lame :p