Eh korang dah tengok video kat MukaBuku tajuk I've been proposed and I'm enganged?? Mula-mula aku macam tak nak tengok video-video macam ni sebab korang tau je lah internet aku selaju kura-kura berjalan. Bila nak tengok video aku perlukan kesabaran yang tinggi supaya aku tak rasa hangat, berangin bila melihat perkataan L.O.A.D.I.N.G itu! Kalau kesabaran nih hilang habis aku kerjakan encik L.O.A.D.I.N.G itu,haha.
Tapi bila melihat lebih daripada 30 orang kawan-kawan aku share video yang same..aku pun rasa aku patut tengok video nih. Apa yang bestnya video nih?? Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri aku...maka aku telah mengeluarkan encik berukband dari laci meja,lalu mula mencucuk encik berukband ke laptop..dan akhirnya terus menekan butang "connect". Sejurus aku ter"connect" maka mulalah aku menekan butang "play" dan mula menonton video ini dengan rasa puas hati berikutan encik berukband tidak lagi selow-melow seperti bulan lalu. Dan aku sangat-sangat gumbira kerana encik L.O.A.D.I.N.G langsung tidak muncul sepanjang aku menonton video ini. Sebelum aku terlupa....aku juga menonton video ini dengan mode "full screen" bagi memuaskan hati aku yang menonton..HAHA (perlu ke nak cakap???)
Ya Allah..tacing sungguh aku menonton video nih, ade lagi ke lelaki macam ni. Yang proposed perempuan dengan cara yang sangat cantik! Tak jumpe terus dengan empunya diri..tapi melalui ibu bapa. Seorang yang tak putus asa..walaupun perempuan ni pernah menolak. Yang sweetnya..lelaki ni belikan perempuan ni kamera dan proposed perempuan ni melalui gambar yang dia ambil sebelum bagi dekat perempuan tu..siap ada ros merah lagi! Hati perempuan mana lah tak cair kan...yang lagi best lelaki ni adalah pilihan ibu bapa perempuan tu. Kalau nak tau perempuan tu baru berumur 19 tahun..hihi. Hai adek!
Mereka baru je bertunang 17 Disember lepas..kalau nak tau macam mane laki ni proposed..tengok sendiri la video ni. Sesuai sangat lagu "A Thousand Years" tu..sekarang ni aku suka sangat dengar lagu nih,hahaha.
Nama adek ni Dena..dan dia ada blog jugak. Check it out k! <<DENA>>