Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Tuesday, March 15, 2011

.: i miss u :.

Assalamualaikum...


Edisi kali ni...edisi rindu-rinduan k. harap maklum. Entah kenapa sejak akhir2 ni rasa rindu yang teramat. Rindu kat sape?? Hmm...rindu kat mak (of coz!..tiap2 ari pon rindu), rindu kat ex-roommate, rindu kt kwn2 lame, rindu kt anak2. Oppss..jgn salah sangka. Anak2 kepada abang sy..a.k.a anak2 buahku; permata hatiku; pengarang jantungku...hmmm ape lagi kome nak. Tak sabar nak balik 'rumahku syurgaku'..nak jumpa buah hati saya tu..daniel, sabrina n si comel suci qaisara <3<3


Mak saya cakap..suci qaisara baru je baik dari demam. Dan badan dia pon dah naik. Mak cakap lagi.."Suci tu macam orang tuo, leter kemain..nak golak pon ado tengok perangai dio" Hahaha..bagi sesape yg xpaham bahaso nogori ni..meh sini den translate. Leter tu sama dengan banyak cakap, mulut murai dan yang same maksud dengannya. Golak tu adalah ketawa. Kenapa mak saya cakap macam tuu...Suci ni adalah budak kecik comel yang cepat tangkap dan cerdas otaknya. Ape je yang dia dengar dari sekeliling..dia akan ikut. Sebagai contoh; bila kite marah dia sebab dia nakal dsbnya...dia akan cakap "ni rumah adek ni". Entah kenapa dia mesti akan cakap macam tu..mungkin dia ingat orang marah dia macam nak halau dia keluar dari rumah..haahahaha. kelakar betol; xde kena mengena pon..tiba2 cakap macam tu. Lepastu..bila mak saya datang dekat dia..macam xbagi usik benda kotor dsbnya..dia akan cakap macam ni "ngan dok okek2..pak kang". Ha...apo bondo eh plak ni kan. Dia cakap jangan duduk dekat2 dia..sepak nanti. Ni tak lain dan tak bukan...dia mesti selalu dengar akak n abang dia si sabrina & danial cakap macam tu.


Satu lagi yang buat saya tak sabar nak jumpe si Suci ni sebab...dia sangat @ tersangat sukalah menyanyi dan menari. Baru berumur 1thn @ 2thn (xsure la)...setiap kali dia dengar je muzik..dia akan ikut nyanyian tersebut dgn tarian skali. Cukup pakej!. Walaupun xberape nak clear ape yang dia sebut...tapi yang pastinya dia dapat megikut nyanyian yang paling hujung. Hujung2 pon jadilah kan Suci..asalkan ade bunyi. Serius..memang terhibur la tengok dia nyanyi...adakah Suci bakal menjadi penghibur no1 Malaysia suatu hari nanti?? same-samelah kita tungguuuuuuuuuu.....


Saya juga xsabar nak jumpe si Daniel & Sabrina. Daniel baru je masuk asrama. Beria-ia nak masuk asrama..adelah kengkawan yang nak diikutnya tu. Padahal rumah xde jauh mane pon dr sekolah. Ayah dia pon dah pening mase awal2 sesi persekolahan aritu sebab si Daniel ni xdapat masuk mane2 asrama penoh..walaupon dengan result yang baek; 4A1B. Akhirnya masuk ke sekolah lamaku..Sek.Men.Keb.Tuanku Muhammad. Lepas dah masuk sekolah..bising plak nak sekolah Za'ba. Huh..sabo je la ngan budak ni. Pujuk punya pujuk oleh ayahnya..akhirnya kata putus dicapai bahawa dia akan tetap bersekolah disitu..tetapi dengan syarat dia dimasukkan ke asrama. Masuk bona lah kau! hahaha. Ade ke patut dia kate kat sekolah lame aku tu..xde sukan!. Eh Hello..sekolah tu pernah jadi sekolah sukan la. Amboii...nak sangat sukan kan..masuk je lah sek.sukan bukit jalil tu.


Ha..last skali, si Sabrina. Dia jadi pengawas tahun ni. Tak sabar nak dengo cerita si kecik ni plak. Dia sangat bahagia berada di rumah..sebab abangnya, Daniel xde kat rumah. Diorang dua ni xbleh jumpa..kalo jumpe je mesti gadoh. Kat rumah tu xpernah nak aman.


Ok. Layan la video kat bawah ni:


*i like*


*stacy*

No comments: