Assalamualaikum wbt...
Ya Allah lamenya Zai
tak update blog!. Winduuuu... Kalau boleh diukur, lebih daripada 200% tau!
Hahaha. Apa khabar cik blog? Apa khabar kawan2 blogger? Sorry..dah lama tak
blogwalking. Entah apa yang disibukkan pun tak tau lah. Duniawi...duniawi.
Hahah.
Bukan blog je yang
terabai sejak beberapa bulan ni, tapi hobi membaca pun turut terjejas. Adoii!
Ada banyak sangat buku dalam simpanan yang masih belum dibaca tau. Buku-buku
yang dibeli masa Big Bad Wolf, Seremban aritu pun tak berusik lagi. Novel-novel
yang dibeli sebelum tu pun sama. Tetiba rasa bersalah yang amat dasyat, sama
macam perasaan sebaik saja balik dari shopping sakan. Haha. Faham tak perasaan
tu?
Dan sejak mula
mengenali novelis Acik Lana (memang sebelum ni tak pernah dengar dan baca novel
beliau), maka Zai telah mengidam nak dapatkan novel Acik. Baca reviews dari
blog dan Goodreads, rata-rata bagi good feedback keatas semua novel-novel Acik.
Ah sudah! I don’t have enough money utk beli semua novel-novel tu!.
Takpe..takpe, kita pilih 2 novel je dulu. Dari reviews2 yang Zai baca, ramai
yang suka Pelangi Cinta Buat Suami (PCBS).
“Pelangi Cinta Buat Suami adalah novel
Acik Lana yang PALING best!!”
And few comments
yang serupa..so, masuklah PCBS dalam wishlist. At the same time terbaca post
dekat FB group Acik, akak Lina Rosli bukak order semua novel2 Acik (kecuali
novel Perempuan Yang Paling Aku Cinta-sebab Limited Edition). Part paling best,
dapat novel sekali dengan sign Acik. Wow! Dan akhirnya, Aku order PCBS dan
Akadku Yang Terakhir (AKYT).
Kebetulan cuti
jumaat lepas, Zai pun mula la baca PCBS. Memang Wow! Acik dapat buat Zai terus
membaca sampai habis. Satu hari je boleh habiskan novel PCBS yang boleh tahan
tebal, 823 m/s. Zai suka Imanina yang selamba dan kuat semangat, Qalif yang
panas baran tapi sebenarnya adalah lelaki yang sangat romantik asalnya.
Bayangkan Imanina
(Nina) jatuh cinta dengan Tengku Qalif (TQ) hanya melalui diari TQ yang ditulis
sepanjang perjalanan cinta antara TQ dan arwah isterinya, Liyana. Nina kenal
siapa TQ melalui luahan TQ dalam diari tu. Nina mahu mengembalikan TQ kembali
menjadi lelaki seperti dalam diari dan dia mahu jadi wanita sebertuah Liyana.
TQ pulak panas baran dan seakan menyalahkan takdir atas kematian Liyana. Yelah,
Liyana meninggal masa honeymoon diorang. Bayangkan.....huhu
TQ masa tu dah
macam mayat hidup. Terperuk je dalam bilik. Pertemuan dia dengan Nina pun
berlaku masa Nina datang kenduri tahlil kat rumah TQ dan masa datang hantar
baju Mama TQ. Itupun, Nina asik kena tengking je dengan TQ. Tiba-tiba Nina
offer diri untuk jadi isteri TQ. Memang mengamuk sakan la mamat tu! Tapi sebab
tercabar, TQ setuju dengan perkahwinan diorang.
Bermulalah
jalan-jalan penuh liku Imanina mengejar cinta suami sendiri (banyak part2 best
mase ni...nak tau kena baca lorh) Dan akhirnya bila dia mula mengecap bahagia,
TQ pulak outstation ke Myanmar. Pada masa sedang bercakap dengan Nina melalui
Skype, ada lanun yang menyerang dan menembak Qalif. Ya Allah, masa ni Zai
sendiri pun dapat rasa apa yang Nina rasa waktu tu.
Sampai sekarang Zai
still terbawa-bawa dengan perasaan sedih Imanina yang kehilangan Tengku Qalif
selama 4 tahun. Semua orang cakap yang TQ dah jadi arwah. Lanun tu tembak TQ
dan buang dalam laut. Tapi Imanina tak percaya dan terus setia menanti TQ
(walaupun kesetiaan tu hampir je nak goyah, hihi). Bila orang jumpa TQ dan bawa
balik Malaysia, tapi Tengku Qalif dah jadi macam orang lain. Hilang ingatan
pulak tu! Aduhh...
Cuma kecewa sikit sebab di pengakhiran cerita Zai harap sangat TQ dapat balik ingatan dia. Tapi takpelah janji TQ dah berubah dan mula menerima Nina & Humaira.
Apa-apapun Zai bagi
4.5/5 stars untuk PCBS! Yeah, memang best! Tak rugi beli.
Percayalah
kasih... kesetiaan ini, kesetiaan yang tak kau duga. (sukanya ayat ni! Hehe)
3 comments:
salam, welcome back..
Novel tak sambung lagi..hehe..dah kerja ke?
nohas: wasalam..Tq! Tq! slalu singgah blog setiap kali ada entri baru. hehe. Projek novel tu sambung lg..tp bukan cite Bila Encik iceberg Cair tp cite lain. Malas nak update kat blog sbb suka tuka cite and fkta. Nnt org pening. kihkih. Psl kje tu blom lg..msh kje biasa2
Lama tak update sampai kita pun terlupa nak dtg blog walking ke sini huhuhu :D
well.. welcome back :D
Post a Comment