Walaupun agak terlewat, tapi aku tetap nak buat entri ini. Hehe. Bukan apa, esok lusa boleh la dibuat kenangan. Ini pun salah satu hari yang penting dalam hidup aku. Apa orang kata 'Big Day'. Haa gituu.
Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pembelajaran aku di UiTM dengan jayanya. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun ye. Kalau dulu rasa lama je nak habis, sebab kebanyakan kawan-kawan aku 3 tahun je. Tapi dekat fac aku, Fakulti Sains Gunaan (FSG) ni, course Food Science and Technology atau nama glemernya 'Food Tech' adalah antara course 4 tahun. Sabor je lah :p
Hari Graduasi aku jatuh pada hari Selasa, 19 November 2013. Dan yang 'special'nya kami grad pada hari terakhir Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79, pada sidang terakhir iaitu sidang 17. Jadi kami lah yang menjadi penutup kepada konvokesyen UiTM kali ni. Bangga tak? Haha. Oklah, walaupun mula-mula tak puas hati sebab dapat konvo hari selasa, petang pulak tu. Tapi nak buek camno?? Redho aje lah. Nasib baik special sebab VC sendiri yang bagi skrol dan course kami adalah course pertama yang naik ke pentas. Hehe.
Sebelum tu, hari jumaat 15 November 2013, adalah hari ambil jubah. Nasib baik aku dah tanya sifu aku, si Raihan tips pasal hal konvo ni. Sedikit sebanyak membantu aku dan kawan-kawan sebab kami tak payah beratur panjang dari jalan bawah nak ke DATC tu sampailah ke depan pintu DATC. Hehe. Sebabnya, kami memang datang awal. Walaupun dah state ambil jubah pukul 2.30 p.m, tapi kami dah lepak-lepak depan DATC tu sebelum pukul 2 p.m lagi. Hahaha. Bila dengar soksek soksek bebudak ni dah mula nak pi beratur kat depan pintu DATC tu, kami pun ape lagi..cepat-cepat pi kat depan pintu tu jugak. Dah tu, lepas je kitorang pi beratur, berdoyon-doyon pulak orang mengikut. Haiyaa!
Nak tau lagi satu tips tak? Kalau tak nak beratur panjang-panjang tu...datanglah lewat sikit dalam pukul 4 p.m. Masa tu memang dah kurang orang. Time tu jugak dah ada rehearsal. Tapi ramai je yang tak pi rehearsal tu..duduk luar dekat khemah. Aku salah seorang la tu. Hehe.
Esoknya pulak, 16 November 2013, kami ada pre-convo photoshoot. So, malam tu, aku, tjah & syikin stay rumah ain dekat kuang. Thanks ain bagi tumpang tido rumah kau. hehe. Pagi-pagi esoknya dalam 7.40 a.m, kami dah gerak dari rumah ain ke shah alam. Janji dengan photographer pukul 9.00 am. Venue pertama yang kami pergi shoot adalah di kawasan sekitar menara SAAS.
Luv u all! |
Then, shoot betul-betul depan menara SAAS. Ce teka aku yang mana? Hahaha. Well, ofcoz la kat centre. Always centre. Tu la kelebihan gadis-gadis petite dan cute ni :p Hahaha nak jugak! Ala..yang pakai kain warna maroon tu ha. Saja nak bagitau, kot-kot tak kenal. Ceihhh
Yang ni pulak dekat fac aku, Fakulti Sains Gunaan (FSG). Femes jugak fac aku ni, kalau korang pernah tgk Papadom, haaa lokasi shooting diorang tu kat fac aku ni lah. hehe.
Owh, dan lokasi yang paling ditunggu-tunggu adalah di depan canseleri. Dari mula-mula menjejakkan kaki ke UiTM lagi, memang dah pasang niat..time konvo nanti nak amik gambar kat sini. Alhamdulillah, tercapai jugak impian tu. Hehehe
Dan akhirnya hari yang ditunggu-tunggu. Terima kasih yang tak terhingga untuk insan-insan di atas kerana sentiasa menjadi tulang belakang kejayaanku.
9 comments:
Tahniah..dah tercapai cita-cita, semoga menjadi pekerja yg cemerlang lepas ni..
tahniah kak, mcm kenal je tempat.. tempat yang Yaya tgh menuntut ni..huhu ^_^
Congratulation ...!!!!!!
Moga kehidupan lebih ceria dlm menempuhi alam pekerjaan :D
Setakat menempuh dunia baru yg lebih mencabar. Ehehe. Tahniah~
Terima kasih semua :)
congrats again zai..bestnye dah convo kan :)
typo
*selamat*
Hai, marya ada kwn jugak kt uitm yg ambik course ni. Tp die belum grad, dia baru je habis prakrikal. Nama dia Zai Suhairah, kalau kenal :)
Hai Marya! Oh xkenal la dear..myb kalau tgk muka mungkin penah tgk la kot, cuma taktau nama je. hehe
Post a Comment