Usai
makan makan malam, Papa, Mama dan Abang As berkumpul di ruang tamu sambil
berbual kosong seperti biasa. Qaseh sempat memerhatikan gelagat abang As yang
pastinya tengah menceritakan kisah yang lucu. Papa dan Mama dilihat ketawa
sambil menekan perut masing-masing. Abang As memang pandai kalau bab bercerita.
Kisah yang biasa-biasa sahaja boleh menjadi lawak habis. Kalau diasah lagi
bakat yang ada, abang As ada potensi untuk masuk Maharaja Lawak. Amboi..pandai
pulak aku bagi comment?
Qaseh
membantu Mak Mah membersihkan meja makan dan mengangkat pinggan mangkuk ke
singki untuk dicuci. Mak Mah yang telah berkhidmat sebagai pembantu rumah
selama lebih 20 tahun telah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Mak Mah
jugalah yang telah mengasuh dan menjaga Qaseh dari kecil. Banyak sungguh jasa
Mak Mah kepada keluarga ini. Begitu juga dengan abang As. Jika Mak Mah tidak
membawa abang As tinggal di rumah ini dahulu, pasti Qaseh akan kesunyian kerana
dia lah satu-satunya anak tunggal Mama dan Papa. Abang As pula adalah
satu-satunya anak saudara Mak Mah. Mak Mah membawa abang As tinggal disini selepas ibu bapa abang As
meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Hanya Mak Mah lah
satu-satunya saudara yang abang As ada. Jadi, Mama dan Papa telah menjadikan
abang As sebagai anak angkat mereka. Tetapi semenjak abang As belajar di universiti
dan kemudiannya bekerja, dia tinggal diluar. Katanya, ingin berdikari dan tidak
mahu lagi menyusahkan Mama dan Papa.
“Qaseh,
dah la tu, tak banyak mana pun pinggan nak cuci ni. Apa kata, Qaseh pergi
potong buah tembikai atas meja tu. Boleh?” Mak Mah memberi idea.
“Apa kata………Qaseh tak mahu??.
Hahahaha. Takdelah.. Booooleh sangat lah Mak. Apa pulak tak boleh” Qaseh suka
menyakat Mak Mah yang juga dipanggil Mak.
“Eh..eh..budak ni, kenakan Mak ye!”
Halimah menarik hidung Qaseh yang nakal. Suka benar mengenakan orang. Tapi itu
lah pengarang jantung semua orang. Telatah Qaseh yang nakal, manja, ceria dan
sangat menghormati orang tua itu lah yang menjadikan dia kesayangan semua.
Qaseh
membawa buah tembikai yang siap dipotong ke ruang tamu. Mama tersenyum-senyum
memandang dia. Aikk..dah kenapa Mama ni??
“Alhamdulillah..anak Mama ni ringan
tulang orangnya. Macam dah boleh kahwin je..kan bang?” Puan Suraya menyakat
anak daranya yang seorang itu.
“Ehhhh…boleh sangat Mamanya.
Haa..Qaseh jangan malu jangan segan bawak je calon menantu Papa tu datang jumpa
Papa dan Mama. Esoknya pun boleh nikah!” Encik Ghazali juga turut sama dengan
isterinya mengenakan Qaseh.
“Eh..eh.. Mana boleh, Qaseh kena utamakan orang
yang lebih tua. Tu, abang As tu yang kena kahwin cepat. Dia dah 28, Qaseh baru
25 tahun tau” Qaseh pula pass baton kepada Asfarizal. Tak pasal-pasal
kan. Tapi memang betullah, orang yang patut Papa dan Mama risaukan adalah abang
As, bukan dia! Abang As sampai sekarang masih solo. Ape cer??
“Amboiii..pandai
dia mengelak ye!” Asfarizal acah-acah menunjukkan penumbuknya kepada Qaseh. Dia
sempat melihat jam di tangan. Sudah tiba waktu dia balik ke rumah bujangnya.
Lagipun, dia masih ada hal yang belum selesai dengan Qaseh. Hal lewat petang
tadi.
“Erm..Mama,
Papa.. As nak minta diri dulu. Esok pagi As kena jumpa client penting”
Asfarizal meminta izin Encik Ghazali dan Puan Suraya.
“Haaa..tengok tu! Dia pun mengelak
jugak..cakap pasal kahwin terus nak balik” Qaseh segera mengambil peluang
keemasan untuk mengenakan Asfarizal lagi. Gamat suasana apabila semua orang
ketawa melihat Qaseh mengenakan Asfarizal. Muka Asfarizal juga sudah kemerahan.
Malu la tu!
Selesai bersalaman dengan Papa, Mama, dan Mak Mah, abang As memberi
isyarat mata kepada Qaseh agar mengikutnya ke kereta. Qaseh menurut sahaja, dia
tahu abang As ingin mengetahui cerita yang berlaku lewat petang tadi.
Adoii..ingatkan dia dah lupa!
“Ok..sekarang dah tak de
masalah kan untuk Qaseh cerita dengan abang? So, tell me what happened??”
Soal Asfarizal sebaik sahaja mereka sampai ke kereta.
“Ok.
Fine!. Tak de apa pun sebenarnya. Cuma Qaseh jatuh dalam tasik je” Qaseh
berterus terang dengan ‘slumber ya ya’ dia aje. Tapi dia juga rasa ayat
“Cuma Qaseh jatuh dalam tasik je” itu memang tak boleh blah. Hahahaha..
“Whaaaat?????? Jatuh dalam
tasik?” Tanpa sedar Asfarizal meninggikan nada suara kerana terkejut.
“Shhhhhhhhh….Eeeee,
abang ni. Nak bagi Mama dengan Papa dengar ke?” Geram pula Qaseh dengan Asfarizal.
“Sorry..sorry. Tapi, macam
mana Qaseh boleh jatuh?” Soal Asfarizal lagi. Dia betul-betul risau kerana dia
tahu Qaseh tidak tahu berenang.
“Hmm..Qaseh tak sedar yang Qaseh berdiri betul-betul dekat tebing tasik tu, entah macam mana boleh tergelincir. My bad! Huh. Nasib baik ada orang selamatkan Qaseh tadi” Qaseh sengaja tidak menceritakan lebih lanjut tentang mamat poyo tiada perasaan tu. Malas mahu memanjangkan cerita. Lagipun, mamat tu sememangnya tidak bersalah. Dia yang jatuh sendiri. Haishh, nasib baiklah handsome. Rasa macam tengok Choi Si Won depan mata beb!
“Hisy
Qaseh..Qaseh lain kali hati-hati la sikit. Kata pergi jogging, tapi yang
pergi duduk dekat tebing tasik tu buat apa? Kalau Mama dan Papa tahu ni mesti
diorang risau. Lagi satu, kenapa pergi sorang? selalu kan pergi dengan Zyra..”
bebel Asfarizal lagi. Patutlah Qaseh nak berahsia sangat dengan Papa dan Mama.
“Alaaa..benda dah nak jadi. Nak buat
macam mana. Zyra balik kampung la abang.”
“Ada je jawapan dia kan, memanglah
benda dah jadi, tapi sebelum jadi tu lah kita kena beringat dan berhati-hati.
Lain kali, kalau Zyra tak ada, bagitau abang. Abang boleh temankan” Sempat lagi
Asfarizal berpesan kepada Qaseh. Bukan niat nak menyibuk, tapi dia risau
terhadap keselamatan Qaseh.
“Baik bos!” jawab Qaseh seperti
sedang menerima arahan ketua.
DANIAL mengambil tempat duduk di meja makan. Ibu dan adiknya, Damia Marya
telah sedia menunggu di meja makan. Tanpa berlengah, dia membaca doa. Memang
menjadi kelaziman untuk mereka makan malam bersama-sama. Sejak ayah meninggal
dunia, ibu dan adiknya dibawa tinggal bersama dengannya. Lagipun, Damia telah
mendapat tawaran belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Sekarang, Damia sudah pun berada di semester 4 pengajiannya dalam bidang Akaun.
“Dengar cerita ada orang tu jadi hero
hari ni kan ibu?” Damia memulakan bicara dengan
memerli abangnya.
Errkk..cepat betul cerita tersebar.
Aduhai ibu…kenapa lah pergi cerita dengan si Damia ni.
“Nak perli Along la tu?”
“Cerita la Along..siapa yang Along
selamatkan ni, lelaki ke perempuan??” Damia cuba mengorek cerita dari abangnya
yang perahsia itu.
“Perempuan…” Sepatah jawapan yang
diberikan Danial.
Damia yang tengah menyuap nasi ke
mulut ternganga tidak percaya. “Woww..Along selamatkan perempuan? Cantik ke
Along??”
Terkejut juga Damia kerana abangnya itu memang susah nak ambil
berat tentang perempuan, kiranya bukan jenis gentleman sangat la. Kalau
ada ‘awek cun nak mampos’ jatuh pun pandai-pandai lah ‘awek cun
nak mampos’ tu bangun sendiri. Along nak tolong? Memang tak lah. Bukan dia tak
tahu, Along tu terkenal dengan gelaran ‘iceberg’ masa study dulu.
Dia bukan jenis layan perempuan. Lagi-lagi awek yang tergedik-gedik. Ramai
jugak la hakak-hakak yang frust. Tapi tadi tu melibatkan hidup dan mati
kan. Takkanlah kejam sangat Along tak tolong perempuan tu. Tak pasal-pasal je
ada orang mati lemas dalam tasik tu nanti.
“Ermm..biasa-biasa je”
Boleh pulak dia jawab biasa-biasa, padahal cantik jugalah perempuan
tadi tu, kulit putih melepak, mata bulat warna coklat. Tapi, kalau dia cakap
cantik nanti, makin giat lagi si Damia ni mengenakannya. Arghhhh..lantak la.
Cantik pun tapi menyusahkan aku. Buat apa?.
“Iyelah tu.. Along kamu ni, Ratu
Cantik Malaysia pun dia kata biasa-biasa je. Tak tahulah ibu, macam mana lagi
baru cantik kat mata dia.” Puan Halina menyampuk.
“Camni punyo peel, tahun bilolah ibu nak dapek menantu ni
Along oii?” Tambah Puan Halina lagi dengan loghat noghori.
Sudah berbuih mulut minta Danial cepat-cepat beristeri. Tapi dia tetap
juga dengan perangai anti-perempuan. Tapi..dia tahu, anaknya itu bukanlah species
gay, cuma species tak mesra alam sangat dengan perempuan. Siang
malam tak putus doa seorang ibu untuk anak sulungnya itu supaya cepat bertemu
jodoh.
“Ibu ni..ke situ pulak.
InsyaAllah, kalau ada jodoh kahwin la Along nanti. Ibu jangan risau lah”
Hmmmm..hal kahwin lagi yang dibangkitkan ibu. Seboleh-bolehnya dia
cuba untuk mengelak. Bukan tidak mahu mendirikan masjid. Tapi…belum berjumpa
calon isteri yang sesuai. Dan mungkin juga dia yang memang tak pandai dalam
hal-hal memikat perempuan.
“Ibu..kalau Along ni lambat sangat bagi ibu menantu, adik boleh
bagi ibu menantu dulu” Damia pula menyampuk sambil tersengih-sengih macam
kerang busuk.
“Amboi..gatalnya adik ni. Dah ada pakwe la tu?” Danial menempelak.
“Mana ada ada la..adik main-main je. Along ni pun..”
“Haa..adik, jangan nak mengada ye. Awak tu belajar lagi. Bagi
laluan kat Along kahwin dulu, faham?” Puan Halina sengaja memberi amaran manja
kepada Damia. Bukan dia tak tahu, Damia hanya main-main saja. Saja mengusik
abangnya.
“Yelah buuu..adik lambat lagi la. Mesti la adik bagi along kahwin
dulu. Yang muda kena dahulukan yang lebih berusiaaaaa…tak gitu?” Damia sengaja
menekankan perkataan berusia itu untuk memerli Danial.
Danial mencebik adiknya. Malas mahu melayan si Damia. Kalau dilayan
makin menjadi-jadi. Akhirnya dia juga yang akan terkena.
Salam Qaseh Sayang,
Qaseh Nur Balqish