Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Thursday, October 24, 2013

BAB 1

Qaseh meneguk air mineral yang dibawa dengan rakusnya. Dia duduk di kerusi yang disediakan selepas menamatkan dua pusingan larian mengelilingi tasik. Ramai orang yang mengunjungi Tasik Shah Alam pada hujung minggu itu. Dia sudah lama tidak ke sini untuk jogging. Susah juga dirasakan untuk menghabiskan dua pusingan. Kalau tidak kuat semangat, tidak sampai satu pusingan lagi dia sudah angkat bendera putih.
Jam sudah menginjak pukul 6.15 petang. Tidak mau berlengah, Qaseh beredar dari kerusi itu untuk balik. Alunan nada dering “Just Give Me A Reason” daripada telefon bimbit kesayangan berbunyi nyaring minta diangkat. Tertera nama Mama di skrin telefon.
Hello, Assalamualaikum, Mama!”
Ye..Qaseh nak balik la ni. Kenapa Mama?”
“Oh..Abang As dah sampai ke? Awalnya…”
Ok..Ma, Qaseh balik sekarang jugak!”
Auchh!” Tanpa disedari dia telah terlanggar seseorang. Kuat juga perlanggaran itu, badannya sakit kerana orang yang di langgar itu boleh tahan sasa juga badannya. Tapi dia tak dapat melihat dengan  jelas raut wajah lelaki itu kerana dia berkaca mata hitam.
 “Erkk..Saya minta maaf encik. Saya tak perasan encik tadi”
Tanpa bercakap lelaki itu menunjukkan tangannya ke arah sebuah buku berwarna hitam di atas rumput yang berada betul-betul di tepi tebing tasik.
“ Ya Allah! Buku encik ye? Ok..ok saya pergi ambil. Saya betul-betul minta maaf.”
“Bila pulak buku tu terbang ke situ? Oh..mungkin masa aku terlanggar dia tadi kot!.” Qaseh membuat telahan sendiri. Jujurnya dia tidak perasan langsung lelaki itu membawa buku, apatah lagi bila dilihat dari jarak perlanggaran tadi dengan buku itu agak jauh. “Fuh..boleh tahan kuat juga aku langgar dia tadi. Nasib buku tu tak selamat masuk dalam tasik. Kalau tidak…”
Qaseh segera mendapatkan buku itu. Bila di belek rupanya sebuah buku lukisan. Di halaman hadapan terdapat lukisan pemandangan sebuah tasik. Cantik lukisan lelaki itu. Mungkin seorang pelukis.
Ehemm..”
Qaseh terkejut dengan deheman lelaki tersebut. Tapi yang membuatkan dia paling terpana adalah wajah tanpa perasaan di hadapannya. Lelaki itu dilihat sudah menanggalkan kaca mata hitam yang di pakai tadi. Qaseh bagaikan bermimpi apabila wajah lelaki itu persis artis Korea, Choi Si Won yang diminatinya.
Hello, sketch book saya!” Pinta Danial dengan nada yang sedikit meninggi  kerana perempuan itu dilihatnya kaku memandang wajahnya.
Disebabkan terkejut dengan sergahan lelaki itu, Qaseh hilang imbangan dan tiba-tiba..
Dushhh!!”
“Toloong! Encik tolong saya!” Jerit Qaseh apabila tiba-tiba dia jatuh ke dalam tasik gara-gara disergah lelaki tanpa perasaan itu. Sudah la dia tidak tahu berenang. Lelaki itu pula macam tiada tanda-tanda untuk menjadi hero menyelamatkan dia yang mungkin akan lemas di dalam tasik itu.
Tiba-tiba lelaki itu terjun ke dalam tasik mendapatkan Qaseh. Itu pun selepas teriakan dia meminta tolong tadi mula mendapat perhatian orang ramai. Mungkin tidak mahu dilihat sebagai seorang yang tidak gentleman, lelaki itu dengan terpaksa rela turun juga menyelamatkannya.
“Encik..terima kasih selamatkan saya dan saya minta maaf pasal tadi.” Qaseh cuba meminta maaf sekali lagi dengan memberikan senyuman yang paling manis untuk lelaki itu. Lain yang di harapkan lain pula terjadi. Lelaki itu masih tidak menghadiahkan dia sebuah senyuman mahupun menunjukkan rasa simpati.
 “See??” Tiba-tiba Danial mengangkat sketch book miliknya dan ditayangkan di hadapan muka Qaseh.
“Terima kasih basahkan sketch book saya!” Dengan hati yang sebal, Danial segera meninggalkan perempuan itu di situ. Sedikit pun dia tidak bertanya sama ada perempuan itu ok ataupun tidak. Sudah lah dia dilanggar dengan kuat, sketch book kesayangan pula basah disebabkan perempuan itu. Ini betul-betul membuatkan dia kehilangan mood.
*************************************************************

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah percubaan pertama saya untuk menulis. Menjadi penulis dan punya novel sendiri adalah impian yang lama sangat terpendam dalam diri saya. Mungkin inilah masanya saya perlu berani mencuba. Kalau tak cuba, kita tak tau kan? Saya mengharapkan comment-comment membina dari anda semua. Terima kasih sebab sudi baca :)


Friday, October 11, 2013

H.U.J.A.N


Hujan...

Hujan ini selalu mengingatkan aku pada kenangan lalu.

Kenangan ketika kecil. Ketika ayah masih ada.

Aku ingat lagi dahulu..ayah hanya punya motorsikal.

Dengan motorsikal itu lah ayah hantar aku ke sekolah setiap pagi.

Untuk memastikan aku tak akan basah kuyup ke sekolah, ayah buat sendiri baju hujan itu.

Aku ingat lagi baju hujan yang di buat ayah sangat besar.

Muat untuk aku dan ayah sama-sama berlindung dari kebasahan.

Aku akan membonceng di belakang ayah sambil bersembunyi di dalam baju hujan ayah yang besar itu.


Jadi aku tidak akan basah apabila sampai ke sekolah.

1946-2005
Ayah..adik rindu ayah SANGAT-SANGAT



Yang sentiasa merinduimu,
Adik.
10102013