Salam Ramadhan buat saudara seIslamku..semalam adalah hari pertama kita berpuasa. 1 Ramadhan kali ni jatuh pada hari sabtu. Mesti ramai yang balik ke kampung untuk berbuka dan bersahur bersama keluarga tersayang. Aku tak balik..lepas habis final exam, aku terus stay untuk buat FYP (Final Year Project). Aku nak siapkan masa cuti sem ni jugak. Sebabnya...naik sem nanti aku plan nak discuss result je. Bukan baru nak wat experiment. Masa orang cuti ni la makmal tu kosong sikit. Nanti dah naik sem, berebut pulak nak guna makmal. Ade jugak yang bergaduh berebut test tube nanti...hahahaha. (tak lawak ok)
Tapi kan...ape yang kita rancang tu tak semestinya berjalan seperti yang kita harapkan. Aku tau, kita merancang..tapi Tuhan yang menentukan (ecehceh). Banyak dugaan sepanjang aku buat FYP ni. Banyak sangat...sampai aku tak tau nak cakap macam mane. Banyak menangis pon sebab FYP. Aku dah lame tak balik jumpe mak. Cuti Gawai seminggu dulu pon aku tak balik sebab nak buat FPD (Food Product Development). Lepas exam pon tak balik lagi sebab FYP pulak. Haaaa...paham tak ape yang aku rase sekarang ni??
FYP aku pulak tak berjalan lancar...lagi laaaa aku sedih. Dah lah aku berkorban tak balik. Jadi FYP please be good to me! Tak kesian ke kat aku??? hmmm...hisshhhh sedih sungguh. Aku tau mesti ada diantara korang yang akan cakap..alaaaa relax la..biasa la tu...semua orang pon macam tu. Tapi kan...experiment aku ni kira simple je...tapi dia leceh sangat. Entah macam mane nak cakap. Bak kate orang, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" huhu.
Ada satu analysis ni aku kena buat kat Fakulti Farmasi, UiTM puncak alam..lagiiii lah leceh. Kalau buat kat lab UiTM shah alam tak pe lagi. Ni haaa..nak pergi sana, terpaksa pulak menyusahkan kawan aku untuk hantar aku sebab aku tak de kenderaan. Analysis ni kena buat selama 2 minggu...kena pergi sana setiap 4 hari. Aku dah pergi buat analysis tu hari jumaat baru-baru ni. Tapi macam tak jadi je :(( Tulahhhhh yang buat hati aku tak tenteram...macam-macam yang aku pikir. Macam kena extend duduk kat sini lagi, huhuhu. Aku punyalah plan...dalam 3 Ogos ni dah selesai dah analysis tu.
Sekarang ni..ape yang aku buat...aku mesti teringat-ingat pasal FYP aku. Hati aku tak tenteram...aku tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata. Inilah dugaan paling besar buat aku Ramadhan kali ni. Ya Allah please make me strong, Allahuakbar!
Kadang-kadang Allah bagi kita hujan,
Kita tanya mana matahari?
Rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi.
Kadang-Kadang Allah beri kita malam yang pekat,
Kita tanya mana bulan?
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang.
sumber gambar pak cik google |