Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Wednesday, May 30, 2012

Dinner : Arabian Night

Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh tak update ape-ape kat blog ni. Harini nak update pasal dinner baru-baru ni. Macam yang korang baca kat atas tu tema dinner course kali ni adalah Arabian Night. Aku amik course ape? -Food Tech-

Dinner Food Tech atau lebih dikenali dengan nama persatuan "PERTEMA (Persatuan Teknologi Makanan)" ni sebenarnya dah lebih dua minggu berlangsung, tapi macam biasa aku takde masa lagi nak update. Bizi sebenarnya..sebab 25hb tu aku ade presentation proposal FYP. So, lepas dinner memang kena fokus untuk presentation pulak. Cuak kemain, nasib aku tak terketar-ketar nak bercakap macam presentation FPD dulu. Bukan ape sebab bilik tu sejuk sangat..aku dah la cuak, memang terketar-ketar,nasib baek dapat control sikit.

Untuk makluman korang biasanya dinner course aku ni diadakan untuk meraikan part 7 yang akan habis belajar tak lama lagi. Memang fun sangat dinner tu, banyak persembahan..tak de lah boring sangat. Bila tau pasal tema dinner ni adalah Arabic Night, aku dah boleh agak dah bebudak ni konpem melaram habis..tak kurang jugak yang akan berpurdah. I wonder how they are going to eat,hehe ^_^

Aku?? Cuma pakai baju, tudung, dan kasut yang ade sahaja. Yang aku nak highlight kan kat sini "aku tak keluar se sen pun untuk dinner kali ni, weeeee". Bangga sungguh aku sebab dapat berjimat-cermat. Kalau tidak, aku adalah antara makhluk yang suka melaram kemain. Makeup pon aku pakai tepek je. Ape nak jadi-jadilah, jangan jadi macam zombie sudah. Aku memang tak pandai nak makeup-makeup ni. So, lets the picture tell the stories ok :)



Inilah hasil pandai-pandai tepek makeup kat muka sendiri (takdelah macam zombie kan,kan??,hehe)


Ni my favourite picture ^_^





us ~~ (tengok, kitorang biasa-biasa je kan, semua pakai baju sedia ada)

Wif our princess jasmine (dah agak dia akan menang dari awal lagi)

Sebagai penutup, terimalah gambar aku yang bajet perempuan melayu terakhir ni, muahaha

p/s: cubalah untuk me'minimum'kan perbelanjaan anda untuk baju dinner, dan lagi bagus kalau anda beli baju yang dapat dipakai pada waktu dinner mahupun hari-hari biasa. Jadi tak lah membazir. Kalau anda nak pakai costume macam 'our princess jasmine' tu sewa je. Baju-baju mcam tu pakai time dinner je..kalau beli membazir la, bukan boleh dipakai hari-hari biasa pon, betul tak??hehe





Friday, May 18, 2012

Dahsyatnya tabiat makan penduduk Huntington!

Assalamualaikum wbt..


Jujur, aku rasa sangat bersalah dengan blog nih. Aku ibarat seorang tuan yang tak bertanggungjawab. Selalu biarkan belog nih bersawang takde entri baru. Bak kata pepatah melayu, "hidup segan mati tak mau". Maafkan tuanmu ini wahai belog. Bukan aku sengaja tapi aku sangat-sangat sibuk sekarang. InsyaAllah, kalo ade ruang dan waktu yang sesuai pasti aku akan update entri-entri baru.


Malam ni aku nak kongsi cerita dengan pengunjung belog tentang tabiat makan penduduk Huntington, West Virginia. Korang pernah dengar tentang rancangan yang bertajuk "Jamie Oliver's Food Revolution"? Bagi sesiapa yang minat tengok rancangan masakan kat tv tu pasti kenal dengan Jamie Oliver kan?? Haaa...rancangan ni adalah satu usaha murni Jamie Oliver untuk mengubah tabiat makan penduduk Amerika. Sebenarnya rancangan ni telah bersiaran pada 26 Mac 2011. Aku tertengok rancangan ni kat 8 tv aritu.


Untuk pengetahuan korang, Bandar Huntington ni pernah digelar sebagai "unhealthiest city in America". Malu kan kalau bandar yang kita duduk ni digelar macam tu. Mula-mula Jamie sampai kat bandar tu, penduduk tempatan tak dapat terima tindakan Jamie sebagai orang luar datang tempat mereka dan nak ubah cara mereka makan selama ni. Kalau korang nak tau kebanyakan penduduk tempatan mengalami masalah obesiti sebab mereka ni suka sangat makanan segera. Contohnya, pizza, ayam goreng, sosej dan yang sama waktu dengannya. Diorang ni semua tak suka sayur dan buah-buahan.


Aku sangat suka dengan pendekatan yang diambil Jamie ni. Dia mulakan perubahan dari peringkat rendah dahulu, iaitu sekolah. Bak kata orang "melentur buluh biarlah daripada rebungnya", betul tak?? Mula-mula si Jamie ni pergi tinjau dulu keadaan kat kantin sekolah dan makanan favourite pelajar. Korang tau tak sarapan pagi pelajar kat sekolah tu adalah Pizza! Makanan tengah hari pulak kentang putar tapi bukan guna kentang tapi tepung segera, mereka cuma bancuh dengan air dan bagi kat pelajar. Walaupun ade buah-buahan yang disediakan, tapi semua buah-buahan tu masuk dalam tong sampah sebab diorang memang tak suka buah dan benda-benda lain yang baik untuk tubuh. Even susu pon diorang hanya minum yang ade flavour, kalau bagi susu segar ke tong sampah lah nampaknya.


Jamie jugak pergi melawat sebuah keluarga yang mengalami masalah obesiti. SEMUA ok semua ahli keluarga dari anak sampai mak bapaknya obese. Bila geledah dapur diorang, takde satu pon makanan berkhasiat. Semuanya benda bergoreng, segera, dan mudah. Tapi nasib baik diorang ni dapat terima nasihat Jamie dengan hati yang terbuka...siap tanam lagi bekas penggoreng diorang dalam tanah dan berjanji takkan keluarkan balik. Jamie siap bagi resepi yang sihat lagi untuk keluarga ni.


Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal rancangan ni [SILA KLIK SINI]












sumber gambar: pak cik google




Saturday, May 12, 2012

SEGMEN: saya blogger universiti dari?

Assalamualaikum w.b.t...


Selamat pagi! Bukak dashboard pagi ni ternampak segmen yg dibuat oleh blogger [Afifah Daliliey]. Rasa macam menarik dan senang je..so aku pun nak join. Lame dah tak join segmen-segmen macam ni. Lagipon daripada belog ni berhabuk...baik lah aku conteng2 sikit kan..


Ok, marilah kita berkenalan ngan owner blog huduh ni. Nama diberi Nur Zainatul Fekehah Binti Abu Bakar. Panjang kan? hahaha..nasib lah bakal suami aku nanti nak sebut nama aku yang panjang ni. Tapi boleh panggil zai je. Akan berumur 22 tahun pada 16 Jun nanti. Muda lagi :)


Saya adalah blogger dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Sedang menuntut dalam tahun 3. Mengambil jurusan Sains dan Teknologi Makanan. Semester 6. Tak lame je lagi nak abis study..pada tahun hadapan InsyaAllah. So, ade lagi blogger2 dari UiTM Shah Alam??? Selamat berkenalan untuk semua!