Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Thursday, January 12, 2012

Pelik Tapi Tetap Comel ;)

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..ade kesempatan lagi nak join aktiviti ke-8 Geng Fiq'ra di musim-musim peperiksaan ni,hehe. Ingatkan malas nak join..nak tunggu aktiviti seterusnya lepas habis final exam...tapi apakan daya hati ni tak boleh bersabar lagi,excited nak masuk.HAHAHA.


Kali ni kena senaraikan 10 perkara pelik dan 10 perkara comel tentang diri kita. Wah banyaknya nak senaraikan...HAHA,jap nak pikir jap! 


OK..berikut adalah 10 perkara pelik dan 10 perkara comel tentang diri aku. Tak taulah pelik dan comel ke tak...huhu.


10 Perkara Pelik Tentang Diri Aku:


1) Aku suka simpan apa sahaja barang atau benda yang ade dengan aku..dan aku TAK SUKA buang barang-barang aku. Serius. Even, buku latihan masa darjah satu pon sebahagiannya masih ada dekat rumah aku tu. Entah..aku cuma tak suka buang ape-ape barang pon. Tapi ini tak bermakna bahawa aku tak suka buang sampah ok!Haha.


2) Aku suka makan makanan yang ade bawang putih dan aku suka bau bawang putih tu sendiri. Aku rasa bau bawang putih wangi. Ramai yang tak suka bau bawang putih kan..tapi tak tau kenapa aku sangat suka bawang putih. Dan aku suka bila kupas bawang putih, bau bawang putih tu melekat kat tangan :))


3) Seorang yang sangat suka BERANGAN! terutamanya masa dalam toilet..sebab tu bila aku pergi toilet lama. Aku akan habiskan scene angan-angan aku tu baru aku keluar...HAHAHA


4) Suka subjek SEJARAH masa sekolah..sebab aku rasa subjek tu menarik. Serius tak tipu.Aku suka subjek yang kena hafal. Tak suka subjek yang kena kira-kira. Sangat tak suka subjek ADD MATH..sebab tak faham. Tapi bila dah masuk Universiti..suka pulak subjek yang ade kira-kira. PELIK!


5) Suka baca majalah,buku, atau surat khabar yang lama-lama. Aku dah khatam baca novel sastera abang aku masa dia sekolah dulu-dulu..dalam tu ade cerita pasal uda dan dara la..macam macam. Ejaan ayat tu pon style lama orang dolu-dolu,contoh chinta, cherita, sa-kampung,haha. Aku ni berjiwa klasik ke? tapi aku tak suka pulak dengar Klasik Nasional...muahaha


6) Semenjak aku kenal dan tau apa itu pen "g'soft"..aku tak pernah mengkhianati beliau. Kalau bukan pen "g-soft"..aku tak akan beli!huhu


7) Aku tak boleh bercakap sambil tengok mata orang tu..bab bab mata ni memang kalah. Aku akan pura-pura buat keje lain sambil bercakap dengan orang. Maaf, tapi memang susah la nak bertahan lama..bukan dengan lelaki je tapi perempuan pon.


8) Masih tido dengan emak lagi walaupun diusia 22 tahun ini (bukan dibawah ketiak ye..tapi disebelah beliau). Ape aku kesah? Nak cakap aku anak mak..cakaplah! memang aku anak 
emak pon..abih tu anak sapo laie??hehe


9) Suka tukar-tukar tulisan. Suka tengok tulisan kawan yang cantik-cantik..nanti tiba-tiba bila tulis dah jadi macam tulisan kawan tu..walaupun tak pernah nak berlatih tulis macam tu. Tiba-tiba akan bertukar.


10) Suka pakai jam dan gelang tangan di pergelangan tangan kiri..tak pernah pakai di sebelah kanan.


10 Perkara Comel Tentang Diri Aku (maaflah kalau anda rasa tak comel,haha):


1) Tak suka menangis depan orang lain..hatta di depan emak sekalipun. Aku suka carik port-port best yang sunyi untuk aku menangis. Fakta #akusukamenangis.


2) Lebih suka diam dari bercakap..infact, aku memang pendiam sikit, cuma dengan orang-orang tertentu je aku banyak cakap.


3) Seorang pendengar yang baik. Kau boleh luahkan apa-apa je dengan aku. Aku akan diam dan dengar. Kalau aku mampu tolong, aku tolong. Tapi, walaupun tak dapat tolong..aku suka bila kau rasa beban kau dah hilang sikit bila cerita dekat aku.


4) Suka curik-curik bau baju arwah ayah. Sampai sekarang aku masih rindukan arwah,walaupun dah hampir 7tahun arwah pergi. Sentiasa nak rasa arwah ada disisi.


5) Tak pernah lupa telefon emak di kampung setiap hari. Rasa lain..dan tak best bila tak dapat cakap dengan emak sehari. Suka cakap lama-lama dengan emak sampai habis kredit atau sampai emak marah sebab lama sangat,haha. Sentiasa akan pesan kat emak..mintak emak doakan segalanya dipermudahkan untuk aku.


6) Sangat suka makan makanan kampung,terutama masak lemak cili api. Tak berapa suka makanan barat. Nama blog ni pon #perempuankampungmoden kan,hehe.


7) Tak boleh tido kalau tak de benda nak peluk...MESTI! HARUS! WAJIBUN! ade bantal kecik ke..bantal bucuk ke ;) comel tak?hehe. Kalau tak de benda nak peluk, aku susah nak tido..baring ke kiri baring ke kanan pon tak tido tido jugak.


8) Sangat cerewet kalau nak beli kasut..aku rambang mata bila tengok kasut terutama HEELS! Aku nampak semuanya cantik, rasa nak beli semua. Kedai kasut la kedai yang paling lama aku akan masuk berbanding kedai baju.


9) Suka makanan yang berasaskan durian, contohnya sambal tempoyak, sambal daun kayu (terkenal kat Negeri Sembilan) dan jem durian yang emak buat.


10) Suka simpan rambut panjang dan suka emak sikatkan rambut. Kadang-kadang saje je cakap kat emak kepala aku gatal,nanti mesti emak akan tolong tengokkan kot kot ada rambut gatal (ala rambut ni tegak tegak dan keras, tak taulah korang panggil ape..tapi mak kata rambut tu la yang buatkan gatal). Tapi sebenarnya sebab aku nak suruh emak sikatkan rambut aku. Aku suka bila emak sikatkan rambut aku macam kecik-kecik dulu.






Berikut adalah bukti sy LIKE penaja-penaja hadiah :)
































12 comments:

Elong Bujang said...

Salam kenal ...

Kamil Kahar said...

sedih baca point comel no.4...ase simpati sgt...its ok zai kalo sekadar nk lepaskan rindu...tabahkan hati ye... :)

zainatul abu bakar said...

Ok..thanks kamil :) gud luck ye

deardearyhaty.blogspot.com said...

hye assalamualaikum..:)

nasha sanza said...

good luck dear!

zainatul abu bakar said...

Waalaikumussalam :) thanks singgah ye

zainatul abu bakar said...

Thanks darlg, hihi:)

zahidahwahid said...

saya pun suka heel..dan saya juga sangat cerewet kalau nak membeli heel...selagi tak jumpa yang macam saya nak saya memang akan cari sampai jumpa...
http://www.zahidahwahid.com/2012/01/5075/

fiQ'Ra said...

“ Pelik VS comel “

Gud luck dear ♥

zainatul abu bakar said...

yeayyy! ade geng :)

Original CikTeddy said...

wah..mnarik la kamu ni =)

Miss Nadya said...

hehe..unik nih..hehe..nice to meet you..:)