Huh..gempar! berita seyes gempak kebabom..aku?? saksi utama pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berumur dalam lingkungan 7thn. Ye..betul, sayalah saksi utama kes pembunuhan ini. Nape?? xpercaya? Meh sini saya ceritakan segala-galanya.
Tragedi ni bermula apabila saya tinggal berseorangan di rumah. Mak saya xde kat rumah sebab dia g kenduri kawen kat mane ntah. Saya pon tinggal la keseorangan...kemas rumah, masak, tengok tv sume...boringnya! Lepastu saya pon keluar ke halaman rumah...tgk2 pokok bunga, tiba-tiba saya terasa nak pergi ke rumah jiran saya sebab saya dah boring sangat ni tinggal kat rumah sorang-sorang. Rumah jiran saya ni kat atas bukit.
Saya pon terus la ke rumah jiran saya ni....sampai je kat depan rumah dia, saya terdengar suara bising-bising dari dalam rumah. Saya pon jalan kedepan lagi sebab nak tengok ape yang bising2 kat dalam rumah tu. Pintu rumah dia xtutup dengan rapat. Saya pon tinjau la kat pintu yang xtutup rapat tu. Tiba-tiba, saya nampak seorang lelaki memegang sebilah pisau! Pisau tu dihalakan ke arah seorang kanak-kanak perempuan!! Dan..................dengan sepantas kilat pisau yang ade kat tangan lelaki itu telah menikam budak perempuan yang tidak berdosa ni. Kejadian ni berlaku tersangatlah pantas sehingga aku terkedu sampai xde suara pon yang keluar dari mulut aku untuk menghalang lelaki tersebut dari membunuh budak perempuan tu.
Seluruh tubuh aku menggeletar....xpernah seumur hidup aku tengok kejadian kejam ni live depan mata aku sendiri. Naseb baek aku masih ade kudrat untuk balik semula ke rumah aku. Aku xtau ape yang perlu aku buat. Aku rase bersalah yang amat sangat sebab xdapat tolong budak tu. Kalo aku mampu buat sesuatu tadi, mesti budak tu hidup lagi sekarang. Rase bersalah ni membuatkan aku xtenang. Aku berjalan mundar-mandir dalam rumah. Tiba-tiba, aku dengar pintu pagar dibuka, aku dengan yakinnya mengatakan bahawa mak aku dah balik. Aku pon dengan sepantas kilat berlari membuka pintu untuk mendapatkan mak aku. Tiba-tiba...............................................................
sebaik sahaja aku buka pintu, lelaki pembunuh itu berada DIHADAPAN AKU!!!! Dia tersengih kat aku sambil menayangkan pisau tadi.OMG..how come dia boleh ade depan rumah aku?? Aku rase dia xtau aku nampak perbuatan dia tadi. Nasib baek aku xkeluar dari rumah lagi, so dengan sepantas kilat, aku tutup pintu rumah aku, then terus kunci dari dalam. Aku tersangatlah takut...aku berharap sangat mak aku balik cepat @ polis datang ke rumah aku. Tapi, how come polis nak datang kat rumah aku..sebab aku xreport lg pon pasal kes bunuh tadi.
Setelah beberapa lama aku bersembunyi dalam rumah, tiba-tiba, aku terdengar siren polis! Owhh..this is miracle, thank god! Aku berkata dalam hati.."may be ade jiran aku yang jumpa mayat budak tu dan report polis" Aku tinjau keluar dari tingkap rumah aku. Aku nampak ramai polis depan pintu pagar rumah aku. Tiba-tiba................................... krekkkkkkkkkkkkkkkk. Aku nampak rum8 aku bukak pintu bilik! Aku tengok jam, kol 6.28 minit pagi. La............................
mimpi rupanya. Seyes punya real. Berpeloh-peloh aku, rupanya mimpi je. Tapi, wa cakap lu memang macam real situation je mimpi tu. Xbleh la, bleh plak mimpi kes pembunuhan tu. Ni first tyme aku mimpi kes-kes criminal macam ni!
p/s: tolong la jangan buat perkara-perkara tak baik depan mate aku. aku TAK NAK jadi saksi kepada mane-mane kejadian pon! Trauma beb trauma!!
p/s penaja: HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP KANAK-KANAK!
sayangi kanak-kanak ok! |
This message was brought to you by www.perempuankampungmoden.blogspot.com