Apa khabar blogger-blogger gigih sekalian? Kalau sihat, alhamdulillah. Zai? Tak berapa sihat sekarang ni. Kena chicken pox. Huhu. Dah tua-tua ni baru nak kena chicken pox. Wah, memang meriah la satu badan ni diserbu peminat chicken pox kan!
Mengikut bacaan aku, orang dewasa yang kena chicken pox lagi teruk berbanding kanak-kanak. Lagi banyak. Rasenye ye lah kot. Aku tak pernah kena masa kecik, so tak tau lah macam mana budak-budak kena chicken pox. Hari ni hari ke-9 aku kena. Dah 9 hari la tak kerja. Rasenya dalam 2-3 hari lagi boleh la kerja sebab dah hampir baik. Cuma ada beberapa kawasan yang masih lagi dijajah. Jahat betul Varicella Zoster nih! Hahaha.
Ni lah antivirus yang diberi nama Aciclovir. Menurut doktor, Aciclovir ni bagus kerana mempercepatkan segala cucu cicit chicken pox ni keluar. Kena makan 2biji 5kali sehari. Lelah! Tapi aku stop ambil ubat ni pada hari ke4 sebabnya Aciclovir ni macam tak sesuai untuk aku. Aku perasan setiap kali lepas aku makan ubat ni badan aku mesti panas tetiba. Lepas tu suhu dia macam taknak turun-turun. Aku kena makan panadol barulah suhu aku turun dan keluar peluh sebanyak-banyaknya macam la aku baru lepas marathon lari. Mula-mula aku ingatkan demam aku tu berpunca dari chicken pox ni. Tapi lepas aku stop makan ubat tu aku tak demam langsung dah!
Macam-macan betul jadi kat aku. Tu aku tak cite lagi satu hal. Takpe itu aku simpan sendiri. Tak penting pun. Hehehe. Baru-baru ni kecoh pasal Granny Smith dan Gala apple dari US yang dijangkiti Listeria monocytogenes kan? Rupanya dalam peti sejuk aku ada apple Granny Smith tu. Hampeh. Nasib baik tak abis aku makan. Ada lagi 3 biji. Sekarang aku dah lupuskan apple-apple itu. Aptb.
Dah, stop cite apple tu. Aku nak bagitau ni aku dapat interview spa, 29 Jan 2015. Jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41. Doakan aku ye kawan-kawan! Aku nak pi study ni. Bye! Hehe