Assalamualaikum wbt......
26/12/2014 (Jumaat)
– Dalam berapa hari ni Zai pergi kerja berhujan, balik kerja pun berhujan. Inilah nasib penunggang motosikal macam Zai. Redha ajelah.
Tapi hujan kali ni
lebih dahsyat sebab beberapa kawasan di Kuala Pilah ditenggelami air akibat hujan
yang tak berhenti-henti. Sepanjang perjalanan balik kerja, kiri kanan banjir. Air
Sungai Kuala Pilah naik dan menyebabkan rumah-rumah yang berdekatan dengan
sungai contohnya dekat depan Masjid Jamek dan Kg.Sawah Lebar dinaiki air.
Begitu juga di kawasan Senaling, Selaru, depan Giant, dan Ulu Bendul.
Sumber gambar: Facebook Kuala Pilah Group
28/12/2014 (Ahad) - Kapal terbang Air Asia QZ8501 (Surabaya-Singapore) dilaporkan hilang. Last contact 7:24 am. Kejadian ni beberapa bulan selepas tragedi MH17. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk QZ8501 dan tak lupa juga untuk MH370.