Ehem..kat mane celebrate tahun baru malam ni? Dengar cerita Dataran Shah Alam ade UIA,Diana Amir semua. Tapi aku tak pegi laa..banyak lagi tak study ni oii..hehe.
Well, ada macam-macam rencah tahun 2012 ni. Ade manis, masam, pahit, kelat semua cukuplah. Boleh buat lauk dah, heh! Untuk tidak membuang masa mari kita lihat apa yang berlaku dalam tahun 2012 ini.
1. Percutian Ke Pantai Bagan Lalang
Ini antara kenangan paling best tahun ni. Semenjak kawan-kawan dah berkereta ni, panjang pulak langkah kitorang kan. Kalau dulu sem1 hingga sem4 takde pon buat plan-plan macam ni. Cuti sem semua senyap dengan hal masing-masing. Tapi kali ni kami buat plan ke Bagan Lalang selepas final exam. Balik lambat sikit la..tapi aku tak balik rumah lagi sebab kena start FYP dah.
Tarikh: 14 Julai 2012
Hari: Sabtu
Tempat: Pantai Bagan Lalang,Sepang
Aktiviti: Makan-makan, mandi-mandi, game Running Man, hehe
Untuk kisah lanjut sila ke [entri ini]
2. Dugaan Final Year Project (FYP)
Ini telah menjadi satu kenangan pahit pada permulaan, tapi berakhir dengan indah, insyaallah. Ye..memang pahit, sakit pada mulanya. Analisis droplet size terpaksa dilakukan di UiTM Puncak Alam kerana particle size analyser (alat untuk measure droplet size) tidak terdapat di UiTM Shah Alam. Project aku adalah berkaitan santan yang menjalani proses pembekuan-nyahbeku (freeze-thaw). Kena bekukan santan dalam freezer selama 24 jam, keesokan harinya "thaw"-maksudnya biarkan ia cair kepada keadaan asal selama lebih kurang 5 jam pada suhu bilik..kemudian barulah dijalankan analisis untuk santan tersebut. Ini adalah cycle yang pertama. Aku ada 2 cycle.
Cycle kedua juga sama seperti tadi, masukkan semula kedalam freezer dan biarkan cair diluar dan buat lagi analisis yang sama. Bayangkan macam mana aku pergi ke Puncak Alam dengan membawa sample yang masih belum cair sepenuhnya. Sampai di lab Puncak Alam, jadi beku semula disebabkan air-cond, fuh banyak cabarannya tau. Dan analisis ini perlu dilakukan setiap 4 hari. Memang berulang-alik dari Shah Alam ke Puncak Alam disaat orang lain bersenang lenang dirumah menghabiskan cuti sem. Aku hanya pulang ke rumah seminggu sebelum raya uolls ~~
Tapi alhamdulillah, sekarang aku diperingkat akhir thesis. Baru sahaja hantar softbound, tunggu dipulangkan semula dan bila dah di approve, akan kuhantar untuk di hardbound. Akhirnya akan habisla seksaan FYP ini, hehe. Tak lama lagi, sabar duhai hati :p
Tadaaa!softbound FYP, nantikan bila dah di hardbound :) |
3. Hadiah hari jadi yang ohsem bersama Yuyu Zulaikha
Mungkin ramai followers blog ni dah tau yang aku menang peraduan photoshoot makeover bersama kak Yuyu Zulaikha (kak Yuyu tua setahun dari aku ). Ini adalah salah satu pengalaman paling manis dan berharga dalam hidupku. Aku bersyukur sangat Ya Allah atas pengalaman ini. Jutaan terima kasih kepada friendlyfashion dan kak Yuyu sendiri.
Tarikh: 23 Jun 2012
Hari: Sabtu
Tempat: Bukit Gita Bayu, Serdang
Untuk kisah lanjut sila ke [entri ini] dan [entri ini]
4. Kursus Pra Perkahwinan
Ehem ehem..alahai malunya nak cakap pasal ni. Hehe..kite dah ade sijil kawen uolls. Tunggu jejaka idaman melamar je ni, kekeke. Takpe saya sabar tunggu awak yang entah sape :p
Kami dah ade sijil kawen, Yeayy!! |
Hari: Sabtu & Ahad
Tempat: Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam
5. Steamboat bersama teman-teman dan entiti tidak dikenal pasti
Satu lagi memori indah untuk tahun 2012. Pada mulanya macam makan-makan biasa tapi bila upload gambar di facebook, ada Hamba Allah ternampak satu entiti yang tidak dikenalpasti berada dikalangan kami *mood seram* huhuhu
Nampak tak kat sebalik tiang tu? huhuhu |
Hari: Rabu
Tempat: Subang
6. Hangout bersama roomates tersayang
Rasa bersyukur sangat sebab dapat roomates yang best sangat sem ni (kembang hidung diorang,kahkahkah). Thanks for the sweet memory this sem my dear roomates, Kak El (yang suka cakap sensorang, hehe) dan Chaca (si sleeping beauty, hehe padahal aku pon kuat tido, kekeke)
Kak El-Chaca-Me :) |
Chaca-KakYah-KakEl-Me (not included in this pic-KakTiqa) |
Tarikh: 23 Oktober 2012
Hari: Selasa
Tempat: Setia City Mall
8. Kuala Pilah, Here We Come! : Durian
Baru je publish entri ni. One of the sweet memory this year ^_^
Untuk kisah lanjut sila ke [entri part 1] dan [entri part 2]
**************************************************
Selamat Tahun Baru 2013. Semoga kita semua akan mencipta lebih banyak memori indah pada tahun 2013 :)
2 comments:
happy new year....pasni photoshoot ngan i plak yer...hihi
ok dear :) hehe. happy new year
Post a Comment