Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)
Showing posts with label photoshoot. Show all posts
Showing posts with label photoshoot. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Sorotan 2012 : Episod Suka Duka Seorang Aku

Assalamualaikum wbt....


Ehem..kat mane celebrate tahun baru malam ni? Dengar cerita Dataran Shah Alam ade UIA,Diana Amir semua. Tapi aku tak pegi laa..banyak lagi tak study ni oii..hehe.

Well, ada macam-macam rencah tahun 2012 ni. Ade manis, masam, pahit, kelat semua cukuplah. Boleh buat lauk dah, heh! Untuk tidak membuang masa mari kita lihat apa yang berlaku dalam tahun 2012 ini.

1. Percutian Ke Pantai Bagan Lalang

Ini antara kenangan paling best tahun ni. Semenjak kawan-kawan dah berkereta ni, panjang pulak langkah kitorang kan. Kalau dulu sem1 hingga sem4 takde pon buat plan-plan macam ni. Cuti sem semua senyap dengan hal masing-masing. Tapi kali ni kami buat plan ke Bagan Lalang selepas final exam. Balik lambat sikit la..tapi aku tak balik rumah lagi sebab kena start FYP dah.

Tarikh: 14 Julai 2012
Hari: Sabtu
Tempat: Pantai Bagan Lalang,Sepang
Aktiviti: Makan-makan, mandi-mandi, game Running Man, hehe



Untuk kisah lanjut sila ke [entri ini]


2. Dugaan Final Year Project (FYP)

Ini telah menjadi satu kenangan pahit pada permulaan, tapi berakhir dengan indah, insyaallah. Ye..memang pahit, sakit pada mulanya. Analisis droplet size terpaksa dilakukan di UiTM Puncak Alam kerana particle size analyser (alat untuk measure droplet size) tidak terdapat di UiTM Shah Alam. Project aku adalah berkaitan santan yang menjalani proses pembekuan-nyahbeku (freeze-thaw). Kena bekukan santan dalam freezer selama 24 jam, keesokan harinya "thaw"-maksudnya biarkan ia cair kepada keadaan asal selama lebih kurang 5 jam pada suhu bilik..kemudian barulah dijalankan analisis untuk santan tersebut. Ini adalah cycle yang pertama. Aku ada 2 cycle. 

Cycle kedua juga sama seperti tadi, masukkan semula kedalam freezer dan biarkan cair diluar dan buat lagi analisis yang sama. Bayangkan macam mana aku pergi ke Puncak Alam dengan membawa sample yang masih belum cair sepenuhnya. Sampai di lab Puncak Alam, jadi beku semula disebabkan air-cond, fuh banyak cabarannya tau. Dan analisis ini perlu dilakukan setiap 4 hari. Memang berulang-alik dari Shah Alam ke Puncak Alam disaat orang lain bersenang lenang dirumah menghabiskan cuti sem. Aku hanya pulang ke rumah seminggu sebelum raya uolls ~~

Tapi alhamdulillah, sekarang aku diperingkat akhir thesis. Baru sahaja hantar softbound, tunggu dipulangkan semula dan bila dah di approve, akan kuhantar untuk di hardbound. Akhirnya akan habisla seksaan FYP ini, hehe. Tak lama lagi, sabar duhai hati :p


Tadaaa!softbound FYP, nantikan bila dah di hardbound :)
Untuk kisah lanjut sila ke [entri ini]


3. Hadiah hari jadi yang ohsem bersama Yuyu Zulaikha

Mungkin ramai followers blog ni dah tau yang aku menang peraduan photoshoot makeover bersama kak Yuyu Zulaikha (kak Yuyu tua setahun dari aku ). Ini adalah salah satu pengalaman paling manis dan berharga dalam hidupku. Aku bersyukur sangat Ya Allah atas pengalaman ini. Jutaan terima kasih kepada friendlyfashion dan kak Yuyu  sendiri.



Tarikh: 23 Jun 2012
Hari: Sabtu
Tempat: Bukit Gita Bayu, Serdang


Untuk kisah lanjut sila ke [entri ini] dan [entri ini]

4. Kursus Pra Perkahwinan 

Ehem ehem..alahai malunya nak cakap pasal ni. Hehe..kite dah ade sijil kawen uolls. Tunggu jejaka idaman melamar je ni, kekeke. Takpe saya sabar tunggu awak yang entah sape :p


Kami dah ade sijil kawen, Yeayy!!
Tarikh: 13 & 14 Oktober 2012
Hari: Sabtu & Ahad
Tempat: Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam

5. Steamboat bersama teman-teman dan entiti tidak dikenal pasti

Satu lagi memori indah untuk tahun 2012. Pada mulanya macam makan-makan biasa tapi bila upload gambar di facebook, ada Hamba Allah ternampak satu entiti yang tidak dikenalpasti berada dikalangan kami *mood seram* huhuhu


Nampak tak kat sebalik tiang tu? huhuhu
Tarikh: 19 September 2012
Hari: Rabu
Tempat: Subang

6. Hangout bersama roomates tersayang

Rasa bersyukur sangat sebab dapat roomates yang best sangat sem ni (kembang hidung diorang,kahkahkah). Thanks for the sweet memory this sem my dear roomates, Kak El (yang suka cakap sensorang, hehe) dan Chaca (si sleeping beauty, hehe padahal aku pon kuat tido, kekeke)



Kak El-Chaca-Me :)
Chaca-KakYah-KakEl-Me (not included in this pic-KakTiqa)
Sayangnye ini tahun terakhir dan sem terakhir aku di UiTM. Jadi ini juga merupakan kali pertama dan terakhir aku sebilik dengan diorang. Huhu sedihnyaaa >.<


Tarikh: 23 Oktober 2012
Hari: Selasa
Tempat: Setia City Mall

8. Kuala Pilah, Here We Come! : Durian

Baru je publish entri ni. One of the sweet memory this year ^_^
Untuk kisah lanjut sila ke [entri part 1] dan [entri part 2]

**************************************************


Selamat Tahun Baru 2013. Semoga kita semua akan mencipta lebih banyak memori indah pada tahun 2013 :)




Tuesday, July 3, 2012

Hadiah Hari Jadi Yang Ohsem!

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, legaaaaaaaa...dapat mengeluarkan toksin2 dalam badan setelah 3 jam menjawab exam toxic! Huhu..ape pon keputusannya aku redhoo je. Inilah nasib dapat exam gap sehari je..dalam masa sehari tu lah nak menghafal semua benda, pffftt.


Dah...lupakan segala perkara yang tak best dan marilah kita story2 benda yang best lagi ohsem! Untuk pengetahuan korang, birthday aku jatuh pada tarikh 16 Jun setiap tahun (ofcoz laaa..tu pon nak cakap?). Kalau tahun-tahun lepas, birthday aku biasa-biasa je. Tambahan pulak birthday aku semestinya jatuh pada waktu cuti sem. Tahun nilah buat pertama kalinya..dan julung kalinya birthday aku bukan dalam waktu cuti sem! haha. Terima kasih buat kawan-kawan untuk ucapan selamat anda!


Mungkin ada yang dah tau apa hadiah hari jadi aku yang best lagi ohsem tu kan, kan? Tapi biarlah aku officially umumkan kat sini (eceh!) Bahawasanya, aku menang contest dibawah anjuran friendlyfashion





Tak percaya??? hehe






Alkisahnya..pada pagi birthday aku tu, dengan hati yang senang lagi gumbira, dan berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, aku pon join lah contest ni. Idea nak menulis 8 sebab nak menang contest pon laju je keluar. Sebenarnya, aku dah lama nampak post kak yuyu pasal contest ni...tapi masa tu aku tak rasa lagi nak join. Entah macam mane..terjoinnn pulak kan. Alhamdullillah syukur sangat-sangat...akhirnya dapat jugak aku jumpe blogger famos amos Yuyu Zulaikha nih.

Sebenarnya dari dulu lagi pasang angan-angan nak jumpe kak yuyu. Sebab musababnya..aku dan kak yuyu ni sama-sama comel (oppps!) Maksud aku ketinggian aku lebih kurang je ngan kak yuyu. Aku 144 cm..kak yuyu 140 cm. Kalau ambik gambar kan cunnn gitu! muahahaha. Termakbul jugak impian aku ni..terima kasih Yuyu Zulaikhafriendlyfashion & Eight :D


Aku ni pon first time tau pasal friendlyfashion nih, lagipun mereka baru je bertapak kat Malaysia ni. Di friendlyfashion ni lahh tempatnya korang boleh jual baju, beg, kasut, accessories dll DAN di sini jugak lah tempat nak beli barang2 preloved yang CANTIK LAGI MURAH! serius, tak tipu. Diorang hanya sediakan tapak untuk anda jual item anda...urusan jual beli adalah antara anda dan member yang lain...bukannya melalui mereka. Tapi yang bestnya mereka akan tolong promotekan item
anda tu. Sebagai seorang yang gilakan kasut haruslahh aku ushaa kasut-kasut kat situ. Memang berkenan sangat...tapi disebabkan baru-baru ni aku baru je beli kasut, so terpaksa lah pendamkan hasrat membeli kasut tersebut :(




Tak ketinggalan...usha lah jugak online shop Eight. Baju kat sana pon cantik-cantik. Diorang ade lancarkan ADARA RAYA COLLECTION..so sesapa tak tempah baju raya lagi...baiklah anda beli je..tukang jahit pon dah tak amik tempahan sekarang kan, hihi. Pada hari kejadian..baju aku disponsor secara rasminya oleh Eight dan accessories oleh friendlyfashion




Kalau korang nak menang kamera Canon A330 IS boleh lah join contest terbaru friendlyfashion kat [SINI]. Diorang selalu buat contest, kalau nak jadi lucky winner macam aku, selalulah usha page mereka ok :)