Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

About Me

Assalamualaikum wbt...

******************************************************************************************************

Siapa Perempuan Kampung Moden?

Perghh soalan..bajet kau tu Fatin Liyana? Yuyu Zulaikha? Apetah lagi Hanis Zalikha? Haaaachuuum!!!! *terbersin tak henti-henti*

Well..aku tak femes amos macam blogger-blogger diatas. Aku manusia biasa yang makan nasi, mandi 2-3 kali sehari, tido dan bangun bila waktunya dan kentut pun bau wangi  busuk! (opkos laa..Fasha Sandha kentut pun busuk tau :D )

Tapi..yang paling penting aku khalifah Allah SWT di muka bumi ni dan ummat Rasullulah SAW. Dan Islam agamaku, Al-Quran dan Sunnah panduan hidupku.

Nama *femes* yang aku gunakan di alam maya adalah Zainatul Abu Bakar. Ini memang nama aku..tapi bukanlah nama penuh sebab nama aku panjang. Jadi nak diringkaskan jadilah Zainatul Abu Bakar. Sebenarnya nama penuh aku NUR ZAINATUL FEKEHAH BINTI ABU BAKAR (panjang kan,hihi). Untuk memudahkan korang, aku ringkaskan lagi nama aku. Jadi panggil saje aku "Zai". Boleh?

Sekarang ni aku masih lagi bergelar pelajar sepenuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, course Bachelor of Science (Hons) Food Science and Technology. Sekarang bergelar pelajar tahun akhir yang sedang sibuk dengan thesisnya. Sem depan akan menjalani latihan industri dan lepas tu...Convo!

Karakter Si Perempuan Kampung Moden..

Ini lagi satu soalan yang boleh tahan tinggi 'confident level' nya sebab dengan tanpa segan silunya nak bagitau bagaimana karakter sebenar si pemilik blog. Kau ingat orang lain nak tau?haha.

Tapi takpe..aku dengan baiknya nak bagitau sendiri karakter sebenar aku di alam realiti *bukan fantasi*. Samada korang nak tau atupun tak..ya terpulang dong! Daripada nama blog aku pun 'dah terang lagi bersuluh' korang dah tau aku ni orang kampung! Perempuan Kampung! Jadinya..kadang-kadang, aku agak naif sikit dalam beberapa perkara. Contoh paling mudah...aku tak berapa nak kenal makanan-makanan barat. Sebab dah terbiasa dengan tekak melayu. Tapi itu tak bermakna aku tak boleh telan langsung makanan barat. Aku boleh..sebab aku tak memilih makanan dan aku juga suka mencuba makanan baru. Yang aku maksudkan disini, aku tak kenal makanan barat yang korang semua kenal..contoh: Triffle. Aku haram nak tau benda macam tu. Tapi bila aku baca blog-blog tentang makanan dan masak memasak, barulah aku tau sikit.Huhu.

Selain naif dan cute (wekkk) aku juga pemalu orangnya! Kenapa? Tak percaya? Betul ni...tengok muka laa. Hehe. Dan aku juga pendiam sikit terutamanya dengan orang yang aku tak berapa rapat. Tapi bila aku selesa dan dah kenal lama orang tu..aku cakap banyak :D Jadi bila aku senyap je tu...janganlah kata aku sombong tau! Kenal dulu..baru tau. Disebabkan rase malu yang menebal..aku susah sikit nak mulakan perbualan. Jadi kena 'warm-up' dulu :)

Ade orang cakap..muka aku ketat je dan bengis, huhu. Ampunnnn buk! Muka aku memang macam ni dalam keadaan normal. Aku bukannya bermuka "manis". Dan aku rabun orangnya...kadang-kadang dah dekat baru nampak siapa gerangan orang yang berada kat hadapan aku. So, kadang-kadang aku dah terlambat nak senyum..huhu. Kalau aku dah nampak..awal-awal lagi aku prepare nak senyum :D


manis tak? (Y)


Kenapa namakan blog ni Blog Perempuan Kampung Moden?

Pertama, sebab aku memang bercadang nak namakan blog aku dengan nama yang senang dan mudah diigat. URL blog ni pon senang kan nak taip,hihi. Kedua, aku kan memang perempuan kampung (Y). Mula-mula nak letak perempuan melayu terakhir. Tapi kan...macam cliche je. Sebab tu lah aku come out dengan nama ni. Ketiga, aku tak berniat pon nak letak "moden" kat hujung tu. Tapi disebabkan pada masa tu blogger tak benarkan aku guna letak url "perempuankampung" sahaja, jadi aku pon tambahlah moden kat belakang. Begitulah kisahnya. Walaupun aku tak berapa kenal makanan-makanan barat, tapi aku "moden" dari segi lain. Sebab aku jenis up-to-date jugak la tentang ape yang berlaku di internet, haha. Sebabnya..diantara kawan-kawan aku selalu tau lebih awal dari mereka (bukan riak ye).





No comments: