Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)

Sunday, May 12, 2013

Bicara Hati...

(Now playing : Berhenti berharap - Sheila on 7)

Kawan A: Kau ada boyfriend?
Aku       : Takde..
Kawan A: Tipulah...ade ni..kau saja je sorok kan?

Kawan B: Kau ada boyfriend?
Aku        : Takde..takde sape nak :(
Kawan B: Kau tu memilih sangat..bla bla bla bla

Hurmm...letih nak jawab macam ni. Kalau aku diamkan nanti ade lagi spekulasi yang akan dibuat.

'Diam tu ada la tu' - Duhhh

Percayalah...takde apa pun yang aku dapat bila aku bohong. Bila aku bohong mengatakan yang aku ada teman istimewa, serupa macam aku menipu diri sendiri. Bahagia di mata orang lain, hakikatnya masih sendiri?


[sumber gambar]

Kalau aku cakap aku tak pernah bercinta, apa pulak kata kamu?


Tipulah.............

Itulah..kalau aku cakap pasti ramai yang tak percaya. Dan aku pun tak tau kenapa. Kenapa ye? Takpelah..apa apapun aku tak pernah bercinta lagi dalam erti kata yang sebenar. Cinta monyet itu aku pernah lalui, waktu itupun aku masih mentah. Jadi itu tak dikira la ye. Hingusan sangat masa tu.

Selepas itu..aku tak pernah bercinta sampailah zaman universitiku. Puas hati?

Dan untuk isu "memilih".....

Aku tak rasa aku memilih. Memilih tu maksud kamu apa ye? Memilih lelaki-lelaki hensem, kaya?

Tak, aku tak pernah memilih dan tak punya peluang memilih sekalipun. Sebab takde seorang lelaki pun yang pernah approach aku sehingga hari ini. Jadi..bagaimana aku boleh dilabel "memilih"?? 

Tapi aku masih sendiri mungkin juga kerna karakterku yang pendiam, garang dan tak berapa mesra mungkin? Maaf..aku bukan perempuan yang cantik dan manis. Aku sedar itu. Raut wajahku juga serius. Lelaki diluar sana boleh jadi tak berkenan dengan karakter seperti itu kan. Jadi takde sebab kamu tak percaya bahawa aku masih sendiri lagi ye?hihi

Insyaallah..suatu hari nanti aku juga pasti berteman seperti kalian. Doakan aku boleh? ^_^

[sumber gambar]





7 comments:

Unknown said...

alah akak jgn sedih2.mesti ada yg suka kt akak tu tp senyap je. Jodoh kita Allah dah tetapkan. =)

zainatul abu bakar said...

Anis: hehe..thanks, tak sedih cume letih nak jawab bila orang tak percaya.

Azhafizah MN said...

hanya hati je yang tahu kan..be happy dgn apa yang kamu buat..usah pk apa yg org akan ckp..

p/s: pasal font tu awak boleh cari kat dafont.com :)

zainatul abu bakar said...

Kak Fiza: Thanks kak :)

ewanthology said...

muda lagi, bukan sesuatu yg pelik kalau still single. blaja rajin2, cari keje elok2. kumpul duit byk2 .... masa tu nnt berebut lelaki dtg.... huhu

Syirah Haziqah said...

Akak.. kita geng. takpe, still young. :D just fokus to study and success. ;)

nabila biela said...

insyaAllah dear=)