Mereka Sudah, Awak Bila Lagi??

~~Welcome~~

Ini adalah blog peribadi kepunyaan seorang perempuan kampung :)
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Bicara Hati...

(Now playing : Berhenti berharap - Sheila on 7)

Kawan A: Kau ada boyfriend?
Aku       : Takde..
Kawan A: Tipulah...ade ni..kau saja je sorok kan?

Kawan B: Kau ada boyfriend?
Aku        : Takde..takde sape nak :(
Kawan B: Kau tu memilih sangat..bla bla bla bla

Hurmm...letih nak jawab macam ni. Kalau aku diamkan nanti ade lagi spekulasi yang akan dibuat.

'Diam tu ada la tu' - Duhhh

Percayalah...takde apa pun yang aku dapat bila aku bohong. Bila aku bohong mengatakan yang aku ada teman istimewa, serupa macam aku menipu diri sendiri. Bahagia di mata orang lain, hakikatnya masih sendiri?


[sumber gambar]

Kalau aku cakap aku tak pernah bercinta, apa pulak kata kamu?


Tipulah.............

Itulah..kalau aku cakap pasti ramai yang tak percaya. Dan aku pun tak tau kenapa. Kenapa ye? Takpelah..apa apapun aku tak pernah bercinta lagi dalam erti kata yang sebenar. Cinta monyet itu aku pernah lalui, waktu itupun aku masih mentah. Jadi itu tak dikira la ye. Hingusan sangat masa tu.

Selepas itu..aku tak pernah bercinta sampailah zaman universitiku. Puas hati?

Dan untuk isu "memilih".....

Aku tak rasa aku memilih. Memilih tu maksud kamu apa ye? Memilih lelaki-lelaki hensem, kaya?

Tak, aku tak pernah memilih dan tak punya peluang memilih sekalipun. Sebab takde seorang lelaki pun yang pernah approach aku sehingga hari ini. Jadi..bagaimana aku boleh dilabel "memilih"?? 

Tapi aku masih sendiri mungkin juga kerna karakterku yang pendiam, garang dan tak berapa mesra mungkin? Maaf..aku bukan perempuan yang cantik dan manis. Aku sedar itu. Raut wajahku juga serius. Lelaki diluar sana boleh jadi tak berkenan dengan karakter seperti itu kan. Jadi takde sebab kamu tak percaya bahawa aku masih sendiri lagi ye?hihi

Insyaallah..suatu hari nanti aku juga pasti berteman seperti kalian. Doakan aku boleh? ^_^

[sumber gambar]





Thursday, December 22, 2011

Sweetnya Bila Lelaki Melamar Perempuan Macam Ni :DD

Assalamualaikum...


Eh korang dah tengok video kat MukaBuku tajuk I've been proposed and I'm enganged?? Mula-mula aku macam tak nak tengok video-video macam ni sebab korang tau je lah internet aku selaju kura-kura berjalan. Bila nak tengok video aku perlukan kesabaran yang tinggi supaya aku tak rasa hangat, berangin bila melihat perkataan L.O.A.D.I.N.G itu! Kalau kesabaran nih hilang habis aku kerjakan encik L.O.A.D.I.N.G itu,haha.


Tapi bila melihat lebih daripada 30 orang kawan-kawan aku share video yang same..aku pun rasa aku patut tengok video nih. Apa yang bestnya video nih?? Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri aku...maka aku telah mengeluarkan encik berukband dari laci meja,lalu mula mencucuk encik berukband ke laptop..dan akhirnya terus menekan butang "connect". Sejurus aku ter"connect" maka mulalah aku menekan butang "play" dan mula menonton video ini dengan rasa puas hati berikutan encik berukband tidak lagi selow-melow seperti bulan lalu. Dan aku sangat-sangat gumbira kerana encik L.O.A.D.I.N.G langsung tidak muncul sepanjang aku menonton video ini. Sebelum aku terlupa....aku juga menonton video ini dengan mode "full screen" bagi memuaskan hati aku yang menonton..HAHA (perlu ke nak cakap???)


Ya Allah..tacing sungguh aku menonton video nih, ade lagi ke lelaki macam ni. Yang proposed perempuan dengan cara yang sangat cantik! Tak jumpe terus dengan empunya diri..tapi melalui ibu bapa. Seorang yang tak putus asa..walaupun perempuan ni pernah menolak. Yang sweetnya..lelaki ni belikan perempuan ni kamera dan proposed perempuan ni melalui gambar yang dia ambil sebelum bagi dekat perempuan tu..siap ada ros merah lagi! Hati perempuan mana lah tak cair kan...yang lagi best lelaki ni adalah pilihan ibu bapa perempuan tu. Kalau nak tau perempuan tu baru berumur 19 tahun..hihi. Hai adek!


Mereka baru je bertunang 17 Disember lepas..kalau nak tau macam mane laki ni proposed..tengok sendiri la video ni. Sesuai sangat lagu "A Thousand Years" tu..sekarang ni aku suka sangat dengar lagu nih,hahaha.


Nama adek ni Dena..dan dia ada blog jugak. Check it out k! <<DENA>>








NotaKaki: Lepas tengok video nih..ternanti-nanti lelaki budiman yang datang nak meminang aku :) #angananganmatjenin

Wednesday, May 18, 2011

Day1: Your Current Relationship, If Single Discuss How Single Life Is


Assalamualaikum…

Hye sume! Memandangkan ramai blogger dah buat 30 days challenge ni, aku pun nak buat gak la. Macam best je. Mula2 aku tengok cik epal buat benda ni..pastu yuyu zulaikha buat gak..ingatkan mane lah diorang jumpe benda ni..rupenye amik kat incik google je..hahaha. Ok..day 1: tell about your current relationship. If single, discuss how single your life.
Uishh..my current relationship?? I SINGLE MINGLE JE LAGI AND ALWAYS AVAILABLE…muahahaha. Ishh..betul la, apesal tak caya plak. Ade sesape ke yang mengaku dia kekasih hati aku?? Kalo ye sila tampil kehadapan..aku bagi penumbuk sulung sekali..hahaha. Aku ni garang..sebab tu la lelaki takut nak mendekati aku..muahahaha. Dah la garang…pastu “cengih” (betul ke ejaan camni?)plak tu bak kate kawan2 sekelas aku. Sebab tu la aku sesuai untuk lelaki yang berani je..hahaha. Tapi..segarang-garang dan secengih-cengih aku, hati aku baik woo..(masuk bakul angkat sendiri!) dan ade kelembutan yang korang tak nampak dari luaran…korang kenal aku dengan lebih mendalam, baru tau. Nampak je aku macam ni..tapi aku sangat sensitive, walaupun korang cakap dalam nada gurauan..aku myb tetap terasa hati…dan aku tak akan menangis depan orang..tak cool la beb!, tapi aku akan menangis bila orang tak de ataupun time tido. Hati aku sangat fragile..ye aku mengaku tu. Entah ape2..padahal aku tau orang tu gurau je..aku tetap makan hati gak. Aku bagitau awal2 la ye..aku sangat complicated untuk difahami dan sangat mudah berubah mood walaupun bukan time datang bulan..hihihi.

If single, discuss how single your life? Ermmm…macam mane nak discuss ni ek?? Ok macam ni lah…ye aku single mingle seperti statement diatas. Aku tak pernah bercinta! Huhuhu…how naïve is that. Setakat cinta monyet gayut2 atas pokok tu penah la sekali. Itu pun..just suke ngan budak lelaki tu ok! Bukannya “cinta”. Ala…mase umo 9 tahun kot (giler advance!), ape la yang budak umo 9 tahun paham makna sebenar cinta! Jadi..itu cumalah setakat suke2 je..pen merah, pen biru, u marah, I lap u..muahahaha. So..aku memang tak penah bercinta sampai la sekarang. Kalo kawan2 aku yang lain dah 10, 20, 30 orang ex-boypren..aku tetap maintain solo. Setiap minggu bergelumang ngan lab report yang menimbun..keluar pun ngan kawan2 perempuan je..TAK PENAH DATING! Huhuhu..mesti korang kate boringnya hidup aku..a’ah memang kadang2 aku rase boring, sunyi! Tapi..bila aku sibuk, tak de la aku pikir sangat pasal tu.

Tapi kan…bagus gak aku tak penah bercinta! Sebab..bile kawen nanti, suami aku adalah CINTA PERTAMA dan TERAKHIR aku.Sweet tak?? Ha..cube korang pikir, pakwe/makwe korang sekarang ni..tak semestinya akan jadi suami/isteri korang, betul tak?? Ye lah..kalo yang bercinta bertahun-tahun tu sampai ke jinjang pelamin..baguslah..tapi kita hanya mampu merancang, tuhan yang menetukan! Kalo boleh aku tak nak bercinta sekarang…tapi aku nak bercinta selepas kawen…lagi romantic!hahaha. Aku penah cakap kat mak aku..”nanti omak carikanlah adek suami ye”, pastu mak balas, “ekau carik lah sendiri, nanti omak carik an tak berkonan plak”..”erm yolah2 nanti orang cari sendiri”. Bagi aku..tak perlu terkejar-kejar mencari cinta, biarlah cinta yang datang cari kita..Allah lebih mengetahui siapa jodoh kita, kita cuma perlu yakin ajal, maut, jodoh, pertemuan semua tu di tangan Allah :p